Medeka!!!!!!!!!yeah!!..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana sesungguhnya kebebasan yang hampir setahun ditunggu sudah dikecapi. Kebebasan yang membawa erti bahawa tidak perlu lagi mengadap sukatan pelajaran SPM, tak payah serabut nak pikir-pikir cara nak jawab periksa sebab semuanya dah berakhir.
Hari terakhir periksa, entah kenapa hati ni tiba-tiba sahaja meruntun sedih. Sedih bila terkenangkan sudah hampir enam tahun aku duk belajar di sini. Terharu betul sebab dunia Maarif ini akan ku tinggalkan. Kertas akhir subjek Bahasa Arab Tinggi Kertas 2 aku jawab sungguh-sungguh. Sebelum masuk dewan periksa aku sempat memberi nasihat akhir buat rakan-rakan supaya jawab sungguh-sungguh kertas akhir dan jangan keluar awal. Seminit sebelum masuk dewan aku sempat bergambar sambil bergaya dengan blezzer aku. Sebenarnya aku nak buang perasaan gedebar yang tiba-tiba sahaja menyerang. Kertas akhir aku jawab dalam masa 2 jam, jadi lebihlah 30 minit. Tempoh 30 minit tu aku bantu kawan sebelah..Biasalah lah hari akhir ni pengawas periksa buat biasa jer. Sebaik tamat periksa kami bergambar buat kali terakhir. Entah bila lagi dapat berkumpul semula dengan diorang.. Apa yg diorang tengok haa(kerusi sisyahid kosong)
Selepas exam ni aku sebenarnya dibebankan dengan pelbagai tugas. Tugas sebagai seorang yang aktif dalam persatuan dakwah membuatkan aku masih belum tenang untuk berehat seperti kawan-kawan lain.. Sekadar untuk peringatan untk diriku, berikut adalah senarai tugas yang wajib aku laksanakan:
- mesyuarat untuk program dakwah 2008
- perancangan aktiviti badan dakwah 2008
- Persediaan untuk memperkasakan usrah
- tamrin untuk para nuqaba'
- cari duit poket (kena kerja lani)
- barisan kepimpinan untuk tahun hadapan
-Perbaharu iman
- Taubat dari segala dosa
- STAM 2008 (target mumtaz sufi)
- kelas tafaqquh fiddin
- hafaz quran
- Jual baju labuh muslimah
MasyaAllah! banyaknyo wei!!
maksudnya aku masih belum bebas....Hidup ini dipenuhi dengan tugas, kadang-kadang membebankan, merungsingkan dan menggembirakan. Seolah-olah tiada ruang untuk berehat. Hakikat perjuangan penuh onak dan liku. bila aku dengar lagu ghuraba' membuatkan jiwa ini merintih pilu mengingatkan kembali mujahidin yang tak henti-henti berjuang untuk mengakkkan syiar Islam. Misi utama aku sekarang ni ialah MEMPERKASAKAN USRAH DI SEKOLAH.jadi aku tak boleh berlengah-lengah lagi. Bab kata pepatah arab : Bertangguh tangguh pencuri masa.
Labels: Kehidupan |
assalamualaikum
saya rasa mcm ni lah
mmg tak leh nafi keruntuhan akhlak tu dari bdk2 sek biasa
tapi saya tak anggap pun semua budak sek agama baik
-dari pengalaman akak-
dulu akak kagum sangat dengan bdak2 sek agama ni,kwn2 ramai sek agama,kwn tuisyen pun ramai,muslimin muslimat ni bukan main baikkan nampak dgn kopiah dan tdg labuh..boleh djadikan idolalah...akak tak sek agama pun..tapi,bila masuk U,pandangan akak dah berubah,sbb yang duk bertudung litup tu,semua dah tercabut..nasib baik cabut ganti tdg biasa,yg cabut,pakai baju ketat pun ada..nila setitik,rosak susu sebelanga..kalau dulu nampak diorg ayu je,tapi ada plak bertepuk tampar dgn lelaki...sebaliknya plak,bdk2 yg tak bersekolah agama ni plak duk bertungkus lumus nak tarbiyah sana sini...rasa terkilan sgt...sedih pun ada...
kesimpulannya mcm nilah
penerapan iman tu adalah segalanya,kalau iman kita kuat,bumi mana kita pijak pun,kita kukuh jgak...
sampai satu tahap rasa bosan bila dgr org tanya bdk2 tdg labuh tu sek agama ke dulu?..samalah,dulu perspektif akak pun gitu,tapi bila ramai kwn2 dari sek biasa pun ada nilai iman dan teguh setiap hari menuntut ilmu agama,baru tau nilai sebenarnya "manusia"
so,jgnlah duk pandang kitorg yg sek biasa ni sblah mata,mcm kita tak mampu nak belajar agama plak,agama kan wajib...wallahuaklam