SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Kem Mendaki Puncak: Pulang Dengan Kejayaan
Wednesday, August 20, 2008

Salam Syuhada'

Alhamdulillah akhirnya program Kem Mendaki Puncak Stam & SPm berjalan dengan lancarnya. Sesungguhnya saya amat berterima kasih kepada semua guru yang merancang dan berusaha merealisasikan program ini.

Suasana indahnya pantai menambat jiwa dan menenangkan perasaan. Rasa kehambaan kepada Allah begitu dirasai. Para penceramah yang hebat-hebat, makanan yang sedap amat, tempat tidur yang selesa, ruang masa bermain pantai yang banyak dan disiplin yang longgar menyebabkan program ini menggembirakan semua peserta. Hakikatnya kejayaan program ini terletak kepada penerimaan pelajar terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah.





Saya begitu terkilan dengan sebilangan peserta yang tidak serius dalam seminar ini. Sepatutnya yuran sebanyak RM80 sepatutnya menjadi komitmen kepada peserta untuk menghayati secara bersungguh segala apa yang disampaikan.





Sedih dengan sikap sebilangan peserta terubat pula dengan kesungguhan daripada penseminar memberi kefahaman yang jelas kepada kami tentang teknik dan kaedah menjawab serta penekanan terhadap penghayatan ilmu yang terdapat dalam sukatan STAM. Saya sungguh terharu apabila mula memahami secara jelas tentang ilmu Mantiq. Suatu masa dahulu saya begitu sukar untuk memahaminya. Terima kasih kepada Ustaz Firdaus Ghazali yang berupaya menerangkan kosep mudah tentang ilmu mantiq.





Allah sahaja yang dapat membalas jasa guru-guru yang begitu bersungguh untuk melihat kami berjaya. Janji kami untuk berusaha sehingga berjaya tersemat kukuh di hati. Allahumm Taqabbal du'a ana.

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 12:46 PM  
2 Comments:
  • At 10/07/2008 10:19 AM, Blogger nur ainina said…

    assalamualaikum warahmatullah...
    ni bukanke uastaz abdullah yg bg ceramah tu??
    bekas mudir maahsd syamsul maarif labok..kan?

     
  • At 10/07/2008 6:26 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    waalaikumussalam kak ain,

    dia bukan penceramah dn bukan bekas mudir, tapi sememangnya dia mudair dan masih menjadi mudir

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com