“Sesungguhnya aku turunkan Al-quran itu dalam bahasa arab supaya kamu berfikir”
Hari ini saya terlintas untuk berbicara berkenaan dengan sekolah agama. Mengapa saya terlintas sedemikian, kerana tiba-tiba saya teringat pada kisah saya ketika di sekolah rendah dahulu. Peristiwa itu berlaku ketika saya berada di darjah tiga. Pada satu sesi pembelajaran, seorang cikgu membawa kami satu topik yang agak menarik pada ketika itu. Iaitu “Cita-cita Kamu Pada Masa Hadapan”. Setiap orang dikehendaki memberitahu cita-citanya pada masa hadapan. Ketika saat menunggu giliran saya ditanya, saya sempat mendengar cita-cita dari kawan saya, ada yang ingin menjadi polis, askar, pensyarah, guru dan pelbagai lagi. Saya tersenyum kerana sudah bersedia dengan jawapan saya. Sehinggalah sampai kepada giliran saya, guru itu bertanya kepada saya : “Apa cita-cita awak pada masa hadapan?” Tanpa melengah-lengahkan masa saya terus menjawab dengan yakin: “ Cita-cita saya adalah menjadi seorang ULAMA’. Keadaan pada ketika itu sunyi seketika. Guru yang bertanya terkesima dengan jawapan saya. Beberapa detik kemudian, kawan saya yang bernama Fadhil ketawa dan mengejek saya lantaran lucu atau hairan dengan cita-cita saya itu. Selepas peristiwa itu, kawan-kawan memberikan gelaran ulama’ kepada saya. Sehinggalah beberapa tahun kemudian, apabila guru bertanya tentang cita-cita saya pastinya adalah kawan-kawan yang lain cepat-cepat beritahu bahawa saya bercita-cita kononnya menjadi seorang ulama’. Sebenarnya sejak kecil lagi saya didik oleh abah dengan kefahaman Islam yang kukuh. Semangat saya tentang Islam begitu membara di dalam jiwa. Sejak kecil lagi abah sudah memberitahu kepada saya bahwa : “Kamu hendaklah menjadi seorang hafiz al-Quran apabila dewasa”. Cita-cita abah itu tersemat di dalam jiwa, dan tekad saya menjadi seorang penghafal Al-Quran membara sejak kecil lagi. Abah sering menasihatkan saya bahwa: “Apabila kamu menjadi seorang penghafaz Al-Quran, kamu boleh membawa seluruh ahli keluarga masuk ke syurga”. Kata-kata ini menyebabkan saya semakin bertekad untuk menjadi seorang hafiz. Tetapi sehinggalah ke hari ini ketika saya di hujung usia 18 tahun, cita-cita abah masih belum tertunai. Saya gagal masuk ke Maahad Tahfiz kerana keputusan UPSR saya tidak layak untuk diterima sebagai pelajarnya. Ketika itu Allah sahaja yang tahu betapa hibanya hati saya lantaran gagal ke sana. Namun saya mendesak abah agar mencari Maahad Tahfiz swasta yang membolehkan saya belajar menghafal Alquran. Tetapi malangnya semuanya gagal kerana dua sebab: Pertama keputusan UPSR saya tidak membolehkan saya memohonnya dan yang kedua yuran bulanan tahfiz mencapai RM500 sebulan. Sedangkan di waktu itu kewangan begitu mendesak…….Akhirnya cita-cita saya menjadi seorang Hafiz seperti terhenti seketika. Sehinggalah saya membuat keputusan untuk belajar di sekolah menengah ugama arab. Maka di sinilah bermulanya catatan hidup saya sebagai seorang remaja bergelar pelajar agama arab yang menuntut ilmu agama dan ingin mempertahankan martabat bahasa arab sebagai bahasa syurga. “Sesungguhnya aku turunkan Al-quran itu dalam bahasa arab supaya kamu berfikir.” Labels: Dakwah |
Salam perjuangan...
Hafiz tak semestinya kita kena belajar di sekolah hafiz.. ramai kawan akak yang bukan dari sek agama tapi hafazan mereka melebihi pelajar sek agama.
Akak harap cita2 anta untuk menjadi ulama' akan tercapai. InsyaAllah.. yang penting ikhlaskan niat dan perbanyakkan ilmu. kerana ramai ulama' sekarang yang mengunakan title ulama' untuk merosakkan agama...
Pastikan adik mengambil STAM kerana dengan STAM sajalah melayakkan adik untuk mendalami bidang keagamaan. Ambillah kos Usuluddin.
Akak ex-student SMU(A)Ar-Rahmah Kenali..(Sek Tok Kenali)
SALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN KALAM ALLAH!!!