SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Tangisan: Ramadhan & Imtihan
Friday, September 26, 2008

Salam syuhada'

Melangkah ke malam ke 27 Ramadhan Al-Mubarak semakin sayu hati saya. Apa mungkin amalan yang tak seberapa selama sebulan ini diterima oleh Allah. Ikhlaskah selama sebulan ini saya beribadah. Apa mungkin inilah bulan Ramadhan terakhir yang dapat dirasai. Suasana rahmah dan berkat ini akan meninggalkan saya beberapa hari lagi. Ah, kenapa saya baru menyedari tentang ini, kenapa tidak sebulan yang lalu....

Allah, kadang-kadang saya tidak bersungguh pun untuk beribadat di bulan berkat ini. Fikiran saya kusut, ingin mentelaah pelajaran ataupun bersungguh dalam ibadat. Malahan waktu beribadat saya percepatkan semata-mata untuk menghafal pelajaran. Apabila tiba waktu solat, fikiran saya terbayang tentang pelajaran. Apabila membaca Al-Quran, hati saya gundah untuk menghabiskannya. Apabila sedang solat terawih, perasaan khusyuk entah ke mana. Cukup lapan rakaat saya bergegas melangkah keluar ke masjid, kononnya untuk mentelaah pelajaran. Sedangkan pakcik-pakcik tua masih gagah untuk menghabiskan 21 rakaat solat sunnah yang bergandanya pahala itu. Tiba sepertiga malam, saya cuba bangun, bangun untuk bermunajat, tetapi sedikit air matapun payah untuk keluar. Allah, keras betul hati saya. Hablun min Allah masih belum kuat lagi.

Doa harian yang sering saya baca, saya cuba hayati maknanya satu persatu:

Allah, aku menzalimi diri aku, berikanlah keampunan kepadaku, sesungguhnya aku golongan yang rugi, Allah, jangan kau terbalikkan hati aku, sesudah engkau memberi hidayah, Allah, di bulan yang penuh berkat ini aku memohon, Engkau terimalah segala amal ibadah aku, puasaku, solatku, ruku'ku, sujudku, harapanku dan cita-citaku Allah kuatkanlah hafalanku, faqihkan aku dalam ilmu agamaMu Dan berikanlah kejayaan kepadaku dalam Imtihan, Allah permudahkanlah segala urusanku, Allah, engkaulah yang maha pengampun, berikanlah keampunan kepadaku, Allah, jauhkanlah aku dari maksiat selamanya, Allah, tundukkanlah hawa nafsu ini, Allah, aku mohon keredhaan syurgaMu, Dan jauhkanlah dari azab api nerakaMu

Bulan Ramadhan ini juga hubungan sesama manusia masih sukar untuk diislahkan, kadang-kadang mulut ini masih ada sisa-sisa memperihalkan peribadi orang, Sangkaan-sangkaan buruk masih belum dikikis lagi, membuang masa menjadi amalan, perbualan kosong seolah-olah menjadi madah harian menggantikan pelajaran, Sukar untuk memohon maaf, keberkatan dengan guru semakin kurang, Malas untuk bekorban, pentingkan diri-sendiri, mengelakkan diri bertolong-bantu.

Jika difikirkan tentang Imtihan yang semakin dekat, hati saya resah. Benarkah saya sudah bersedia. Mana buktinya. Setiap hari saya pulang hampir waktu berbuka semata-mata untuk mentelaah pelajaran. Selepas terawih saya memecut ke sekolah untuk belajar, saya besendirian di malam hari dalam kelas, sehingga ke sahur baru saya pulang ke rumah. Tapi kesannya masih belum nampak. Semakin banyak saya mentelaah, semakin banyak bab yang masih belum disentuh. Sentuhan untuk menghadapi Imtihan masih belum ada. Tarikh untuk melangkah ke Imtihan boleh dikira dengan potongan jari sahaja.

Saya rasa saya sudah bersungguh dalam pelajaran, cukuplah Allah tempat saya mengadu, diberi kemudahan untuk menghadapi Imtihan.


Labels: ,

posted by tok pulai chondong @ 10:31 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com