"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Saat artikel ini ditulis, keganasan zionis Israel di bumi Gazzah sudah masuk hari yang ke 15, Pelbagai kezaliman Israel telah berjaya mereka lakukan. Tentera Zionis telah berjaya membunuh hampir seribu orang rakyat di tanah haram Palestin. Wanita menjadi janda, anak menjadi yatim piatu, nenek kehilangan cucu, ayah memeluk mayat anaknya, guru melihat anak murid bergelimpangan di dalam kelas, doktor yang sudah alah dengan bau darah dan mayat dan kuburan luas yang masih basah dengan tanah merah.
Saat itu, tentera HAMAS sedang mengatur gerak, merancang strategi, merapatkan saf dan menyediakan bekal dengan sebanyak-banyaknya untuk menguburkan tentera Zionis Israel. Gelombang qunut Nazilah dari seluruh dunia membawa kekuatan yang maha hebat kepada tentera HAMAS yang kerdil ini. Setiap anggota HAMAS diwajibkan berqiamullail sepertimana yang pernah dilakukan oleh Panglima Salahuddin Al-Ayyubi ketika berjaya merampas kembali Palestin dari cengkaman tentera salib. Allah menjadi saksi berkat doa, telah membekalkan kekuatan kepada tentera Islam diwaktu itu. Suasana yang berlaku di Palestin, membawa kita kembali ke tanah air tercinta, bumi Malaysia ini. Apa mungkin bumi ini aman dari keganasan dan kezaliman. Apabila melihat kadar jenayah yang bertambah, maksiat yang bermaharajalela, hiburan yang melampau dan pelbagai jenis kejahatan masih banyak berlaku di Malaysia. Amankah kita dengan cara kita??? Mari kita fikirkan kezaliman yang berlaku di Israel :
1. Israel merampas tanah rakyat Palestin dan diberikan kepada rakyatnya. 2. Israel meroboh rumah rakyat Palestin diberikan kepada rakyatnya. 3. Israel menembak rakyat Palestin. 4. Israel menangkap rakyat Palestin tanpa bicara. 5.Israel menjual produknya ke seluruh dunia untuk menjayakan agenda menjajah Palestin. 6. Israel melalaikan dunia dengan memperkenalkan pelbagai hiburan dan maksiat. 7. Israel menjadikan Amerika sekutu utamanya menjayakan rancangannya. 8. Israel mengawal ekonomi dunia. 9. Israel menekankan supaya pengajian Islam diawasi. 10.Israel merosakkan anak-anak ramaja dengan kecanggihan teknologi dan komunikasi. Semua itu dilakukan oleh Israel, dan sedarkah semua kezaliman yang disebut di atas ada di Malaysia:
1; Di Terengganu tanah yang diberi hak oleh Kerajaan PAS Terengganu telah dirampas oleh Kerajaan UMNO Terengganu. 2. Di Terengganu bukan sahaja rumah rakyat yang di roboh tapi masjid dan surau-surau, bukan sahaja di Terengganu malah di Selangor sewaktu kerajaan UMNO memerintah. 3. Rakyat Terengganu pernah ditembak sewenang-wenangya di Batu 6, oleh Polis tanpa apa-apa sebab munasabah. 4. Di Malaysia ISA alat kerajaan UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat supaya taat kepada kerajaan UMNO. 5. Banyak produk-produk Israel berada di Malaysia kerana kerajaan UMNO boleh banyak untung daripada cukai produk ini. Sebab itulah barangan Israel dan Amerika mudah sahaja diperolehi di sini. 6. Hiburan menjadi darah daging rakyat Malaysia hasil didikan Kerajaan UMNO, bayangkan berapa banyak program hiburan kat televisyen tu. Setiap saat, setiap jam setiap waktu penuh dengan hiburan yang melalaikan. 7. Kerajaan UMNO takut dengan Amerika, kalau berani putuskan hubungan dengan Amerika. 8. Di Terengganu, Kerajaan Pusat merampas wang royalti minyak bertahun-tahun lamanya yang sepatutnya dinikmati rakyat Terengganu. Punyalah jahat UMNO ni. Wang rakyat suka-suka je dia ambik. 9. Jahatnya Kerajaan UMNO wang PERKAPITA untuk Sekolah Agama Rakyat(SAR) disekat kerana takut dengan pelajar keluaran sekolah agama menentang UMNO. Najib sendiri menuduh sekolah agama sarang pengganas. Akhirnya berpuluh-puluh sekolah agama ditutup kerana kebatasan wang untuk mengurus sekolah agama. 10. Remaja Malaysia di bawah kerajaan UMNO semakin rosak akhlaknya, kerana pendidikan agama tidak ditekan kepada rakyat. Mereka belajar berdasarkan sukatan pendidikan yang sekular, dan tiada roh agama. Demikian kezaliman Israel dan juga kebetulan berlaku di Malaysia, di bawah pemerintahan kerajaan UMNO. Apa lagi???? Kalau betul anda bencikan kezaliman tentera zionis Israel, marilah juga kita hancurkan rejim UMNO yang sama melakukan kezaliman, ayuh kita menangkan PAS di Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu P036. Takbir!!!!!!!!!!
Sebagaimana israel laknatullah takutkan pejuang-pejuan Islam, begitulah UMNO takutkan gerakan-gerakan Islam yang bakal menjatuhkan kerajaan mereka.
Kalau kita lihat sekarang ini kebangkitan para pemuda Islam dalam memahami kehidupan Islam semakin meresahkan mereka.
Mereka takut kehilangan kuasa yang bermakna mereka akan kehilangan segala kemewahan yang telah mereka kecapi selama ini hasil dari menzalimi rakyat.
Janji Allah pasti benar. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi dari Islam.Hancur UMNO!TAKBIR!!!