Salam syuhada',
Salam penyaksian kezaliman zionis Israel terhadap saudara kita di Gaza, Palestin. Allah, betapa beratnya rakyat palestin menanggung azab pedih terjahan peluru pembunuh untuk rakyat Palestin. Hari ini Palestin menangis ketika saat "sisyahid" sedang termenung memikirkan kedunguan diri. Saya hari ini masih beku untuk bertindak sebagai seorang yang sepatutnya pembela nasib rakyat Palestin. Di mana hilangnya semangat saya untuk memperjuangkan pembebasan palestin.
Saya masih ingat sejarah blog ini dibuka dengan matlamat yang sungguh-sungguh membangkitkan perjuangan Palestin. Saya masih ingat diawal penulisan saya di blog ini dua tahun lepas saya asyik membicarakan tentang luahan hati ingin mati syahid. Saya ada menceritakan bahawa saya mimpi ditembak sehingga mati oleh askar zionis. Malahan kata-kata hikmat daripada Sheikh Abdul Qadir Audah saya letakkan di ruang atas blog ketika saat semangat berada dipuncaknya.
Saya dikenalkan dengan laman abu aqeedah yang banyak di dalamnya terkandung cerita-cerita perjuangan syuhada' di Bosnia-Herzogovina. Saat membaca ceritanya air mata pasti mengalir. Saya pernah salinkan artikelnya berkenaan dengan jihad di laman ini.
Saya pautkan laman palestinkini di blog ini dengan azam ingin mendapat maklumat terbaru perihal Palestin.
Dua tahun lamanya saya merancang untuk mengadakan Hari Memperingati Palestin, tapi rancangan hanya di kertas, saya gagal melaksanakannya kerana saya lihat tiada kesungguhan dikalangan mereka untuk menjayakan program ini. Saya ambil tindakan solo untuk para pelajar memperingati Palestin apabila berkesempatan memegang mikrofon. Saya akan cuba beritahu kepada semua tentang situasi di Palestin. Alhamdulillah usaha saya itu ada kesannya kerana apabila adik bertemu dengan saya dia akan menyebut-nyebut tentang Palestin. Pernah seorang adik menegur saya kerana memakai telefon bimbit i-Mobile (proksi Nokia). Kerana pernah dahulu saya bertazkirah supaya sama-sama memboikot barangan yaang menyumbang kepada Israel, antaranya Nokia. Saya malu sendirian, barulah saya tahu i-Mobile juga proksi Nokia. Kemudian saya bertukar kepada telefon China sehingga sekarang. Itupun ada adik yang tegur kerana telefon China tu tiru model Nokia. Apapun, Alhamdulillah saya sudah tidak menyumbang kepada pembunuhan rakyat Palestin.
Allah, tolonglah hambaMu ini memperkuatkan saf untuk menumbangkan kezaliman. Hanya satu perkara yang penting boleh kita lakukan untuk menyumbang kepada rakyat Palestin. Dengan sama-sama kita berdoa pada setiap solat waktu dengan doa qunut Nazilah, semoga Allah menurunkan bala tenteranya yang maha dahsyat kepada tentera Zionis yang zalim itu seperti mana yang pernah berlaku dalam sejarah tentera bergajah :
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ
1 . Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Rabbmu telah bertindak terhadap tentara gajah?
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ
2 . Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka?bah) itu sia-sia
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ
3 . dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ
4 . yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ
5 . lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)?
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Sama-sama kita doakan qunut Nazilah ini:
Terjemahannya:
Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 kam ke atas mereka, wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Tuhan Yang Bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan Yang Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan Yang Mengarakkan Awan, wahai Tuhan Yang Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka.Labels: Tarbiah |