"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Meniti hari-hari akhirku di bumi Maarif ini membuatkan rasa sebak menyelubungi perasaan. Hari-hari akhirku di sini, aku merasakan begitu berlainan, air mata asyik tergenang di kelopak mata. Bukan sebentar aku di sini, sudah tujuh tahun lamanya aku menerobos waktu melalui pelbagai onak di bumi bertuah ini. Jiwaku sudah sebati dengan suasana ini, jadi tidak ada sebab untuk aku tidak gelisah.
Dua hari yang lepas aku memaksa semua sahabat datang ke sekolah untuk liqa' kali terakhir bersama Ustazah. Di situ banyak yang aku bawakan untuk diperbincangkan. Aku menggunakan ruang liqa' itu untuk cuba menanamkan semangat dan fikrah dalam diri sahabatku. Aku meluahkan sesungguhnya peranan kita sebagai pelajar agama kepada sahabat-sahabat. Luahan aku dalam bentuk yang lembut berbau tegas, yang membuatkan hampir sahaja insan-insan yang mendengarnya menangis. Aku hampir juga meluluhkan air mata, mujurlah sempat diseka. Dalam aku bersyarah aku sempat lihat ustazah menundukkan wajahnya, ustazah sedih juga ke???
Yang pasti amanat ustazah pada hari tu sungguh mendalam dan cukup membakar roh aku dan sahabat dalam meneruskan agenda perjuangan yang belum tamat.
Aku baru menyiapkan video untuk perasmian web STAM 2008 pada esok hari. Berkali-kali juga aku menyeka air mata, sedih benar rasanya apabila meliti wajah-wajah guru dan sahabat. Entahla, moga Allah tabahkan hati menghadapi perpisahan ini.....
Untuk layari laman web STAM 2008 ni link dia: http://elmaarif.webs.com. Semoga laman ini menjadi ruang menautkan ukhuwwaah dan wasilah untuk meneruskan perjuangan. Ya, perjuangan bukan berakhir di bumi Maarif ini..Proses ini sedang berlangsung