SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Bila Tazkirah Dibenci Orang
Saturday, December 10, 2011
Seringkali pemberani dibenci oleh penguasa. Sudah lama saya tidak menulis dan inilah ruang untuk saya menulis.

Saya menulis setelah saya ditimpa satu insiden yang menyebabkan saya merasa sedih.

Petang tadi saya dihubungi oleh sahabat, akh Basri untuk menggantikan tempatnya bertazkirah di KK1. Saya terkejut dengan pelawaan itu. Kerana inilah pelawaan pertama kali saya terima setelah 6 bulan saya tidak bertazkirah.

Setelah bercuti semester selama empat bulan, setelah berkelana ke Mekah dan selepas bukanya semester baru. Pentazkirah bukan lagi kerja saya. Saya bagaikan bersara dari bidang ini buat waktu yang begitu lama.

Saya menerima beberapa eksiden perihal tazkirah. Pernah semasa saya bertazkirah dalam dewan kuliah, seorang muslimat menegur saya. Katanya tazkirah saya membuatnya sakit hati. Saya seperti ditampar oleh kuasa ghaib. Rupa-rupanya tazkirah saya dibenci orang.

Dan semalam adalah kali pertama saya bertazkirah di bangunan surau KK1. Sebelum saya bertazkirah seorang pensyarah melihat saya. Kemudian dia memanggil seorang wakil penganjur dan berbincang-bincang dengannya.

Saya menangkap beberapa butir percakapan diantara pesnyarah itu menyebut perihal saya sebagai pentazkirah. Kemudian sahabat ini datang berbisik kepada saya supaya bertapis sikit dalam tazkirah.

Oh, baru saya sedar tazkirah saya dibenci pensyarah itu. Saya asalnya ingin bercakap dengan bahasa lembut dan sederhana. Tetapi seperti tercabar dengan amaran pensyarah, saya menggunakan nada bahasa demontrasi saya.

Sungguh saya sedih tazkirah untuk mengubati hati saya yang selama 6 bulan saya berhenti dan dihentikan ini dikasari dengan amaran busuk penguasa.

Baru kali ini saya sedar tazkirah saya dibenci orang. Entah beberapa orang lagi yang membenci tazkirah saya. Bahasa pejuang rupanya ditakuti oleh penguasa.

Sila jemput lagi saya bertazkirah. Saya ingin tahu berapa ramai lagi penguasa membenci saya. Atau membenci tazkirah saya,

posted by tok pulai chondong @ 1:18 AM  
3 Comments:
  • At 12/10/2011 2:29 AM, Blogger Ruqaiyah Hmy said…

    salam, cume sekadar perkongsian..
    mungkin tak semua yang benci "bahasa demonstrasi", ada yang suka kerana rasa semangat perjuangan berkobar-kobar...

    cumanya, tips ana di sini, kita cuba bayangkan kita bercakap dengan diri sendiri, atau orang cakap macam tu, ditujukan kepada kita..kalau kita sendiri terasa, bermakna orang lain pun mungkin turut terasa...

    seorang daie menyampaikan dari hati ke hati, bukan dari dari mulut ke telinga..maksudnya, daie turut merasai perasaan orang yang menerima dakwah..

    wallahua'lam...ana just share...mungkin langsung tak bertepatan dengan maksud entry ni...wallahua'lam...

     
  • At 12/10/2011 10:24 AM, Blogger tok pulai chondong said…

    Jazakallah atas nasihat itu..

    Apa yg saya mention disini ialah sikap ketakutan pentadbir bertaraf akademik dgn student, hanya sekadar utk bertazkirah pun diberi amaran.. ini budaya bodoh dunia kampus

     
  • At 12/22/2011 12:19 AM, Anonymous Anonymous said…

    bil hikmah wa ilm ya akhi..

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com