SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Ummi
Sunday, January 02, 2011


Hari pertama permulaan sem. Aku bergegas ke LCCT. Sudah dua hari ummi di Dengkil, melawat cucu baru. Anak Munsif. Dua malam lepas aku sempat ke majlis bercukur anak Munsif, Ulfah. Sempat bertemu mata dengan Ummi walau sekejap. Jarak Dengkil dengan USIM sekitar 15 minit. Ummi ceria dengan kelahiran cucu baru yang ke lapan ini.

Hari ini ummi akan pulang ke Kelantan. Ummi keseorangan datang ke Dengkil kerana abah sakit. Gout abah datang menyerang lagi. Abah sukar untuk berjalan dalam tempoh ini. Sepatutnya abah dapat menemani ummi datang ke sini. Aku dapat panggilan dari ummi yang dia akan berlepas pulang ke Machang jam tiga petang. Aku ponteng satu kuiah untuk pergi ke LCCT.

Sampai di sana, aku tercari-cari ummi, tapi tidak ku jumpa. Panggilan tak diangkat. Saat aku mundar -mandir. Aku terpandang seorang perempuan di atas kerusi roda. Jauh aku merenung perempuan itu. Sehinggalah aku terpandang Munsif, yang memberi isyarat untuk aku pergi mendekatinya.

Tak disangka, perempuan berkerusi roda itu adalah ummi. Terus aku tercenggang. Menyalami ummi. Terkejut campur terharu, melihat ummi di atas kerusi roda. Rupanya ummi sakit kaki. Tak larat untuk berjalan jauh. Aku bungkam melihat ummi berkeadaan begitu. Perasaan berdosa menyerang aku. Allah, ampunilah aku.

Niat untuk menyatakan hasrat kepada ummi terbatal. Sehingga ummi disorong masuk ke dalam, ummi menyalamiku, dan diselitnya not kertas bewarna biru. Sekali lagi aku terharu. Sememangnya poketku kering. Tapi untuk meminta dengan ummi janggal sekali. Tapi ummi terlebih dahulu memberi dan tahu tentang aku.

Aku menunggang pulang ke kampus dengan perasaan bercampur-baur. Air mata mengalir laju. Tak sangka aku sudah dewasa. Dewasa dalam keadaan masih menyusahkan ummi. Aku dewasa dalam keadaan aku tidak sedar bahawa ummi sudah meningkat usianya. Bodohnya aku, ummi sakit tanpa aku mampu untuk melakukan sesuatu.

Petang itu aku sekali lagi membuat panggilan kepada ummi. Alhamdulillah ummi selamat sampai dan abah sudah pulih dari sakti gout yang dihadapinya. Kemudian aku bertekad menyatakan hasrat kepada ummi. Aku mendengar nasihat ummi. Tenang sudah perasaanku.

Terima kasih ummi. Semoga ummi terus dikurniakan kesihatan. Untuk aku terus menerima kasih sayang ummi. Moga Allah beri aku ruang untuk membalas jasa ummi. Anak yang sering berdosa ini begitu mengharapkan lembayung kasih ummi. Agar jalanku terus lurus bersama rahmat Ilahi..


posted by tok pulai chondong @ 3:50 PM  
1 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com