SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Haji : Rehlah Iman Menuju Tuhan
Monday, October 22, 2012
Salam Syuhada'

Menunaikan haji adalah impian semua muslim yang beriman dengan Tuhan. Menunaikan haji ertinya menyempurnakan tuntutan 5 rukun Islam yang berdiri sejak wahyu turun kepada Rasulullah S.A.W. Tidak lengkap kehidupan seorang muslim yang mampu dan berkudrat jika tidak menyempurnakan ibadah haji yang agung ini. Satu-satunya ibadah yang dinamakan 'nasik haj' atau 'manasik haj'. Ia adalah impian orang tua dan orang muda, orang sihat dan orang sakit, orang kaya dan orang miskin, orang kuat dan orang lemah. Ia didik sejak kecil lagi akan peri penting menunaikan kewajipan ini.

Terbayang kesusahan ummi dan abah semasa ingin menunaikan haji dahulu. Menunggu wang yang cukup dari hadiah pencen abah barulah dapat merasai nikmat menunaikan ibadah ini. Masih ingat rayuan abah kepada pihak Tabung Haji untuk meluluskan quota haji untuk abah dan ummi. Selepas bersusah payah barulah dapat menunaikan ibadah ini. Masih teringat air mata yang membasahi seluruh ahli keluarga kami menghantar abah dan ummi, seolah-olah itulah perpisahan terakhir kami. Itulah antara detik-detik mendebarkan sebagai seorang tetamu Allah.

Meninggalkan keluarga yang tersayang semata-mata menyahut panggilan Ilahi, dengan mengorbankan sebahagian wang ringgit dan melepaskan tanggungjawab keluarga di rumah hanya kerana satu kalimah 'labbaikallah'. Kalimah yang mungkin memisahkan kehidupan tetamu Allah dan juga keluarganya. Tidak tahu adakah masih ada rezeki untuk pulang kembali ke rumah. Kerana kita tidak tahu 'mati kita adakah jenazahnya di halaman sendiri atau di tanah suci.'

Nabi memberitahu ganjaran syurga terus kepada pelaku haji mabrur. Satu ganjaran agung yang dijanjikan Allah menjadikan amalan agung melebihi jihad di jalan Allah kecuali mati syahid. Istimewa para pelaku haji ini jikalau mati dalam keadaan berihram kafannya juga dalam ihram yang dipakainya. Allahu Akbar!!.

Hebatnya ibadah haji ini adalah pada masa dan tempatnya. Haji berlaku pada 8, 9. 10, 11, 12 , 13 Zulhijjah iaitu waktu-waktu genting dan kemuncak berlakunya haji. Setiap hari pada hari-hari yang penting ini penuh dengan maknanya yang tersendiri. Hari kelapan dinamakan hari tarwiyyah (persediaan) di situ bermula perjalanan pelaku haji ke Mina untuk persediaan pada hari keesokannya. Hari kesembilan dinamakan hari wukuf (berhenti), para pelaku berhenti seketika memanjat doa di kawasan arafat. Sebelum perjalanan ke Mudzdalifah selepas maghrib. Manakala hari 10 dinamakan 'Anhar'(korban) ataupun eid adha, para pelaku haji melaksanakan ibadah melontar jamrah 'aqabah, menyembelih korban, bertahallul, tawaf dan sai'e haji. Kemudian hari-hari keseterusnya 11, 12 dan 13 dinamakan hari tasyrik dimana aktiviti melontar jamrah di kawasan mina'.

Pada tempoh-tempoh itu adalah tempoh dimana segala doa dimakbulkan Tuhan. Bermula di miqat tempat berniat ihram sehingga ke mina' adalah waktu dan tempat yang mustajab untuk berdoa. Tidak pernah ada waktu yang berterusan yang Allah kurniakan dengan  ruang yang luas dan lama untuk berdoa kecuali waktu dan tempat ini. Maha Suci Tuhan mengurniakan kehebatan ini! Satu yang menarik, disaat nabi menyuruh berdoa, tetapi tidak banyak doa yang warid dari nabi tentang doa-doa yang nabi baca. Sedangkan semasa nabi usai melontar jamrah, nabi berdoa dengan doa yang panjang sehinggakan sahabat memberitahu panjangnya sepanjang surah al-baqarah!!. Tapi tiada siapa yang tahu apa yang nabi baca. Hikmahnya adalah doa adalah rahsia antara kita dengan Allah, tiada siapa yang tahu hajat kita kecuali Allah dan doa kita tulus kepada Allah. Bertawassullah dengan nama dan sifat Allah semasa berdoa sepertimana yang Rasul ajarkan.

Air mata Rasulullah S.A.W semasa haji membuktikan betapa tulus dan besarnya haji yang dilaksanakan Rasulullah. Rasulullah semasa ingin memulakan tawaf di sudut hajarul aswad, Rasulullah S.A.W mencium hajarul aswad kemudian Rasulullah S.A.W menangis dengan penuh linangan air mata. Jika membaca kisah ini, Rasulullah S.A.W menunjukkan kesungguhan ibadah yang ingin dilaksanakan. Rasulullah S.A.W minum bersama dengan yang lain tanpa layanan istimewa, Rasulullah S.A.W tidur di mina dan Muzdalifah sepertimana para sahabat lain tidur tanpa ada layanan khusus. Rasulullah S.A.W menjadi mufti kepada persoalan-persoalan tentang haji, membantu para pelaku haji melaksankan haji. Subhanallah dapat dibayangkan betapa indahnya proses haji pada zaman Rasulullah S.A.W.

Tatkala Rasulullah S.A.W menyampaikan khutbah di arafah yang dinamakan khutbah perpisahan, ramai sahabat menangis, kerana mereka terasa inilah khutbah terakhir Rasulullah, dan tidak lama kemudian Rasulullah meninggal dunia. Begitu beruntungnya para sahabat yang sempat mendengar secara langsung khutbah dan wasiat terakhir Rasulullah S.A.W.

Alangkah indahnya rehlah haji para pelaku haji jika dapat merasai sepertimana rehlah haji Rasulullah bersama sahabat. Allah Akbar!! Haji Rasulullah penuh dengan ketenangan, zikir, talbiah, bantu-membantu, bertolak ansur dan juga segala perlakuan sahabat berdasarkan petunjuk wahyu hadir melalui keterangan Rasulullah S.A.W, sepertimana mafhum sabdanya : "Ambillah dari aku (cara-cara) melaksanakan ibadah haji kepada kamu."

Hati yang dibawa pelaku haji adalah hati yang khusyu' dan tunduk kepada Allah. Apa guna bersusah-payah menunaikan haji dalam keadaan hati yang kosong. Jasad yang kuat melangkah dengan hati yang kering dari zikrullah adalah mayat hidup yang berjalan tanpa manfaat. Inilah cabaran terakhir dalam melaksanakan ibadah haji, cabaran hati dan perasaan. Hati yang lara, maksiat, takabbur, riya' dan sum'ah mana mungkin dapat memperoleh ganjaran syurga yang dijanjikan Allah!!

Taubah nasuha! Pohon doa yang sesungguhnya! Biar Allah bagi hati yang baru dan bersih dari segala kekotoran itu. Biar Allah padam segala dosa lampau itu! Biarlah Allah penuhi hati yang baru ini dengan hiasan Al-Quran peneman barzakh dan syurga!

Rehlah iman bertemu Tuhan, moga Allah bersama kita dalam melaksanakan ibadah haji, biar ruh bersama dengan kita, biar hati yang baru bersama dengan kita supaya jasad ini mampu membawa hati, lidah, mata dan anggota kita ke syurga denga megah bertemu Ilahi. Ya Rabbi!! Dengarlah!!

Sebelum saya melangkah pergi, mohon doa kalian semua moga Allah kurniakan haji yang mabrur dan sai'e yang disyukuri. Amin...

6 Zulhijjah 1433 H - Riyadh -



Labels: , , , , , ,

posted by tok pulai chondong @ 3:31 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com