SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Belajar Di Madinah
Wednesday, December 19, 2007
Universiti Islam Madinah
Assalamualaikum..........


2 hari lepas saya mendapat panggilan dari abah yang sekarang berada di Mekah.


"nak belajar di Madinah tak?" Abah bertanya kepada saya menyebabkan saya terpingga-pingga.

"mestilah nak, kenapa?" saya menjawab dengan penuh ghairah seraya tersenyum hairan.

"abah berjumpa dengan pelajar Malaysia yang belajar di universiti Madinah, katanya mudah sahaja nak belajar di Madinah, hanya guna sijil SPM"..

Berita jauh yang abah sampaikan menyebabkan saya masih lagi dalam kebingungan. Persoalan yang sedang bermain dalam fikiran saya sekarang adalah : "Adakah aku boleh mula memasang angan-angan untuk belajar di Madinah sekarang?"

Peristiwa yang berlaku menyebabkan saya mula merasa rindu untuk ke sana. bumi berkah. Saya mula memasang angan-angan besar. Pada mulanya saya ingin menyimpan sahaja impian ini dalam hati. Kata orang benda yang diheboh-hebohkan kadang-kadang tak jadi. Ungkapan ini menyebabkan saya tidak berani memasang impian yang tinggi, takut-takut tak jadi pula. Tetapi bermula hari ini saya mula berdoa memohon kepada Allah untuk mendapat tempat ke sana. Doa yang belum pernah saya ungkapkan sebelum ini.
Adakah mungkin Allah memilihku untuk ke sini? Berdoalah untuk saya, semoga cita-cita untuk faqih dalam ilmu agama dimakbulkan oleh Allah S.W.T.


" Allahumma faqqihu fiddin"

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 3:40 AM  
4 Comments:
  • At 12/19/2007 3:22 PM, Anonymous Anonymous said…

    try test..cubaan.cubaan 123

     
  • At 1/04/2010 8:59 AM, Blogger Unknown said…

    Salam, nak tanya sikit macam mana dgn proses permohonan. Nak mohon kt mana? Minta tolong sgt2. Thanks

     
  • At 1/05/2010 5:59 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    Print borang kat internet, atau dapatkan kat mana2 Yayasan pendidikan Negeri..kalau kat kelantan ana ambik kat yayasan islam kelantan..kemudian,terjemah siji2 berkaitan-SPM, surat beranak, dan kena ambik sekurang2 nya 2 surat sokongan dari lepasan madinah atau arab saudi...kmudia hantar...atau kalau ada duit gi temuduga terus kat universiti islammadinah..

    ana masih memasang impian utk ke sana...Ana doakan kita berjaya..

     
  • At 1/05/2010 8:05 PM, Blogger Unknown said…

    Salam, print kat internet? Boleh bagi link tak?. Macam saya nie bukan lulusan sekolah agama boleh ke memohon? Yg adapun cuma spm dan stpm, tu pun bukan jurusan agama. Tapi dalam hati teringin sgt nak ke sana.

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com