Judul Asal : Raudhah Al-Muhibbin Wa Nuzhah Al- Musytaqin Judul : Taman Orang-Orang Memendam Cinta & Rindu (Menurut Al-Quran & Sunnah) Penulis : IBNU QAYYUM AL-JAUZIYYAH Mukasa Surat : 443 m/s
+ Pro : - Membangkitkan permasalahan cinta yang sejati -Cinta Kepada Allah dihuraikan dengan penuh cermat dan padat - Cinta dihuraikan mengikut prioriti -Berdasarkan dalil Quran dan hadis yang ditakhrijkan asal matan dan sanadnya
- Kontra : - Bahasa Indonesia - senarai perawi hadis dan matan hadis bercampur baur.. -kadang-kadang sukar utk difahami hadis yang ingin dimaksudkan Huraian ringkas : Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga habiskan buku ini setelah seminggu saya mengambil masa untuk mentelaahnya. Sememangnya sukar sekali untuk mendapatkan buku keluaran Malaysia.Asyik-asyi k indon sahaja yang rajin terjemah buku sehebat ini. Istilah yangg digunakan pun kadang-kadang sukar untuk difahami. Tetapi saya dapat habiskan pembacaan saya dengan penuh penghayatan sehingga pada akhir bacaan air mata mengalir tanpa sengaja.
Pada saya, banyak bab yang dibahaskan menarik hati saya untuk dikongsi bersama.
Mukaddimah : Bandingan akal dan nafsu dihuraikan menarik perhatian saya untuk menghayatinya.
Antara isi yang menarik ialah : Percintaan kepada Allah sebagai topik utama yang dibincangkan, terasa kesal dihati dan rasa bersalah menyelinap di hati saya apabila perbahasan yang membawa kita kepada menunaikan hak Allah dan hak kita sebagai hambanya..
Topik cemburu juga mencuit perasaan saya dan memasukkan unsur humor di dalamnya. Antaranya cemburu Aisyah Radiallahu anh terhadap madunya. Apabila pembantu madu Aisyah membawa semangkuk bubur untuk nabi, tiba-tiba Aisyah menepis mangkuk bubur tersebut kerana cemburu. Kemudian Rasulullah menyuruh pembantunya membawa mangkuk itu ke dapur dan memberitahu : “Ibu kamu hari ini cemburu, bawalah mangkuk itu ke dapur…”
Topik bidadari di syurga sungguh mengelojakkan perasaan saya sebagai orang yang masih muda….MasyaAllah betapa indahnya bidadari yang digambarkan melalui buku ini….
Apabila diceritakan balasan syurga, seolah-olah kita sedang berada di dalamnya.. huraiannya membuatkan rasa rindu untuk bertemu dan melihat Allah Yang Maha Tinggi..
Kisah di zaman sahabat dan tabiin mengenai derita orang yang mencintai begitu menyedihkan perasaan saya..Berapa ramai yang meninggal kerana derita cinta…Betapa ramai yang mampu menjaga nafsu dari dirosakkan sehingga meninggal dunia..Allahuakbar..
Akhir sekali apa yang membuatkan saya mengalirkan air mata apabila penulis membahasan tentang celaan terhadap nafsu.. Bagaimana neraka digambarkan dan betapa buruknya seksaan kepada penzina..Allhuakbar,.gerun masih melekat dihati saya…Bacalah buku ni best…
Ungkapan Menarik dalam buku ini : -
“ Jiwaku akan merasa senang kerana ilmu dan tubuhku pun akan menjadi kuat kerananya, sehingga bisa ku dapatkan ketenangan”
“ Ruh itu laksana pasukan yang dikerahkan. Seberapa jauh pasukan itu saling mengenal, sejauh itu pula mereka akan bersatu, dan seberapa jauh mereka tidak saling mengenal, sejauh itu mereka berselisih” – Alhadis
“Pandangan mata itu laksana anah panah beracun dari berbagai macam anak panah iblis” – Alhadis
“Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi Dan (kesudahan baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa”-Al-qashash:83
“Sesungguhnya Bukan Mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada” – Alhajj:46
“Tunggalkan Allah dalam cinta dan berikan kepadaku kasih sayang, atau cintamu kepadaku sebagai cinta kerana kasih sayang, yang telah dimasukkan oleh Allah ke dalam hati orang tua kepada anaknya, bukan cinta disamping cinta kepada Allah”
“ Cemburu itu bisa mensucikan hati dan melenyapkan kotorannya sebagaimana tungku api yang melenyapkan karat besi”
“Cinta itu ialah bara di dalam hati, membakar apa pun yang tidak dikehendaki sang kekasih”
“Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya, adalah ketakutan kepadanya , daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupnya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong, bererti cinta itu kosong.”
Labels: Akademik, Tarbiah |