SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Alhamdulillah, Syukur Dengan Seadanya
Thursday, March 13, 2008


Semalam saya menerima berita yang menggembirakan hati saya. Saya memperolehi keputusan yang agak baik dalam SPM. Walaupun bukan straight A tetapi A dalam 7 mata pelajaran amat memberangsangkan bagi saya insan yang kerdil ini. Sesungguhnya sebalik kegembiraan ini saya sambutnya dengan tangisan kesyukuran. Bila kenang kembali, alangkah susahnya untuk memperolehi keputusan sebegini rupa. Berapa jenis banyak pengorbanan yang dilakukan sehingga mencapai keputusan ini. Kesusahan dalam hidup mengajar erti sebenar pentingnya suatu pengajian. Ertinya apabila kita rasa susah, kita akan bersungguh mengeluarkan diri daripada kepompong kesusahan dan berusaha mengatasi cabaran yang ada. Jerih dan perih saya hidup di sekolah ini pada logiknya tidak memungkinkan saya berjaya sebegini rupa. Pada hati kecil saya, bimbang jika keputusan ini menjadikan ujian yang berat untuk saya. Saya bimbang sekali, perasaan takabbur atau sombong menyelinap masuk dalam diri saya sewaktu memprolehi keputusan ini. Oleh sebab itulah, sebaik saya gembira saya menangis semahu-mahunya membuang perasaan takabbur.


Jika difikirkan kembali, saya tidak selayaknya memprolehi keputusan sebaik ini. Sedangkan usaha yang saya lakukan kecil sekali. Sikap saya tidaklah cemerlang. Tetapi harapan saya sebelum ini menggunung tinggi untuk berjaya. Di sini ucapan terima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab di atas kejayaan ini..




TERIMA KASIH KEPADA YANG TERISTIMEWA



Terima kasih kepada Mie dan Abah, di atas segala-galanya. 18 tahun umur saya, 18 tahun jugalah Mie dan Abah memberikan segala-galanya. 18 tahun yang begitu membebankan Mie dan Abah. Sumber inspirasi di atas segala kejayaan ini. Ini sahaja hadiah yang termampu untuk anak ini mampu berikan. Air matalah yang sentiasa mengiringi saya pada menyatakan rasa sedih, gembira, susah dan senang. Kejayaan ini akan menjana cita-cita yang mendatang. InsyaAllah. Maaf yang mampu diucapkan untuk segala kesalahan, kecelaruan, sikap dan feel yang ditimbulkan oleh anak ini.

Keluarga faktor utama di atas kejayan ini. Cabaran, nasihat, kritikan dan kejayaan keluarga yang lalu menjadi pembakar untuk kejayaan ini.



Terima kasih yang tak terhingga kepada guru-guru sekalian. Ini sahaja yang mampu saya buktikan pada segala ajaran yang gur-guru berikan. Tiada sumber lain sebagai sumber rujukan utama melainkan cikgu dan ustaz-ustazah. Alhamdulillah, titik peluh cikgu saya amat hargai. Nasihat guru menjadi penguat semangat tatkala saya rungsing memikirkan sukarnya untuk memahami pelajaran ini. Istimewa buat Cikgu Marzuki Isa (Bahasa Melayu dan Sejarah) banyak masa saya habiskan dengan cikgu, pengalaman yang cikgu kongsikan bersama menjadikan saya begitu rapat dengan cikgu. Pendekatan cikgu dalam pengajaran amat saya kagumi. Pengalaman yang cikgu kongsikan mengeratkan hubungan melebihi hubungan guru dan pelajar. Ucapan cikgulah yabg sering saya pegang. "Struggle", perkataan yang menyebabkan saya melangkah maju ke hadapan tanpa menoleh kebelakang lagi. Terima kasih cikgu.



Cikgu Tajuddin (Perdagangan) selama 6 tahun cikgu mengajar saya, menyebabkan saya tidak canggung malah selesa bersama cikgu. Guru kelas yang pengetahuan am yang luas dan baik dengan pelajarnya. Teacher Wan Azlina (Matematik tambahan, Bahasa Inggeris dan Matematik) saya minta maaf pada teacher kerana tidak dapat melakukan yang terbaik untuk mata pelajarannya, 3 madah yang membebankan teacher langsung tiada kesulitan untuk teacher mengurusnya. Betul kata teacher, masa teacher kerap meja saya kosong lantaran tugas yang begitu menghimpit saya. Apapun itu bukan alasan bagi saya. Sikap saya, saya pohon maaf. Teacher is a big hypermall market of knowledge,loving and spirit.



Ustaz Lutfi (Bahasa Arab Tinggi 1) ustaz muda yang saya kagumi dengan ilmunya, namun hanya setahun dapat bersama. Ustazah Raihan (Bahasa Arab Tinggi 2) saya pantang dicabar. cabaran ustazah saya tunaikan dan buktikan melalui pencapaian ini. Terima kasih di atas didikan ustazah. Cikgu Kamaruddin(P Akaun) Tempoh masa yang amat singkat untuk menghabiskan sukatan tidak memungkinkan saya lulus mata pelajaran ini. tapi pengorbanan cikgu mengadakan kelas malam membuktikan kami mampu lakukan yang terbaik. Terina kasih di atas keyakinan cikgu kepada kami.



Ustazah Nabilah (Alquran & Sunnah) Ustazah yang saya suka sekali apabila tiba waktu beliau mengajar. Latih tubi oleh ustazah berjaya!Ustaz Hashim (Syariah Islamiah) benar kata ustaz "belajar bukan untuk lulus periksa sahaja"!! Celoteh ustaz menyebabkan saya tidak kering gusi untu ketawa. Cikgu Hazilawati (Sains) the sporting teacher. Cikgu Ismail (guru tuisyen Sains) terima kasih cikgu Mail disaat kami cemas tiada guru untuk mengajar sains, cikgulah yang sanggup hadir untuk membantu kami. Terima kasih semua cikgu, ustaz dan ustazah. Tak lupa kepada MUdir, Ustaz Lah, yang memberi kepercayaan untuk kami buktikan kejayaan ini.

Terima Kasih kepada sahabat-sahabat yang amat memahami jiwa saya. Kita berusaha bersama-sama sehingga ke titik akhir dalam tempoh begitu singkat. Pelbagai telahan negatif kita terima dengan terbuka. Banyak masa kita habiskan bersama. Meredah hutan semata-mata menghadiri kelas malam. Kita semua telah berjaya buktikan bahawa kita MAMPU melaksanakan amanah ini. Kita KUAT untuk memikul tugas ini.

Begitu juga kepada sahabat dakwah, terutamanya Hamid yang banyak bekorban masa pelajaran demi menjayakan agenda dakwah di sekolah. Banyak masa dihabiskan semata-mata agar adik-adik ditarbiyah dengan sempurna. Pedih telinga mendengar teguran sekeliling melihat kita asyik dengan aktiviti ini. Tapi kita faham, semua itu kita tidak mahu, tetapi AMANAH dakwah ini perlu kita tunaikan. Sesungguhnya kita telah berusaha MENOLONG agama Allah, dan InsyaAllah kita DITOLONG olehNya. Itulah iktikad kita.





Terima kasih semua. Saya masih teringat sujud DHUHA yang terakhir sebelum mengambil keputusan tiba-tiba air mata jatuh ke lantai. Pada saya itulah AIR MATA KEHAMBAAN yang luruh kerana RAPATNYA kita dengan SANG PENCIPTA. Surah Ta Ha yang saya baca sebelum terima keputusan begitu sayu dan menenangkan jiwa, sangkaan saya bahawa saya bakal membuat kejutan untuk diri saya. Betul saya mampu membuktikan untuk diri saya. Terima Kasih Allah.

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 11:18 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com