Hari ini adalah hari pertama aku ke Maahad dengan langkah bersemangat sebagai seorang calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Suasana hari ini bingit dengan suara pelajar-pelajar yang begitu gembira bertemu rakan-rakannya setelah sekian lamanya bercuti dan tidak bertemu. Bagi calon yang memperolehi keputusan PMR dan SMU, ucapan tahniah bertalu-talu kedengaran. Ada yang cemerlang, maka berpuas hatilah dengan usahanya, ada yang gagal, maka kecewalah ia dek kerana usaha yang tak seberapa.
Jualan Langsung HLM
Hari ini yang datang untuk STAM hanya 18 orang daripada 40 orang lebih pelajar yang mengambil SPM pada sem yang lepas. Topik hangat yang dibincangkan berkaitan dengan perniagaan jualan langsung yang sedang giat mereka jalankan. High Leveling Marketting(HLM) satu syarikat jualan langsung produk orang melayu muslim dari Kelantan. Saya sering di ajak untuk menyertainya, namun saya menolaknya memandangkan langsung tidak berminat dengan perniagaan direct selling ni. Sahabat-sahabat saya sebenarnya begitu teruja dengan sistem mata yang digunakan dalam perniagaan ini. Entahla, desakan ekonomi yang kuat menyebabkan ramai sahabat cuba mencari jalan keluar untuk meningkatkan kedudukan ekonomi keluarga masing-masing. Dalam pada itu kami tidak puas hati dengan kedudukan kelas pelajar STAM. Kami terpaksa diletakkan di tingkat bawah kerana pertambahan kelas dari tingkatan lain. Hari ini, guru kelas saya begitu ceria dan tampak bersemangat hendak mengajar. Entahlah "ustazah Rabbani" ni sukar utk mengetahui feelnya. Kadang-kadang moody, dan lazimnya sukar untuk memberi senyuman. Namun nampak hari ni senyum memanjang.
Guru Datang Silih Berganti
Kenapalah perkara begini sentiasa saya alami sejak saya memasuki sekolah ni. Seringkali guru yang baik dengan pelajar, pandai mengajar dan tinggi ilmunya hanya singgah sebentar mengajar di bumi Maarif ini. Kadang-kadang geram juga. Hari ni saya dapat berita Ustaz Lutfi sudah letak jawatan dari mengajar di sekolah ini kerana mendapat tawaran KPLI. Sedihnya, saya baru merancang untuk menyambung menadah kitab dengannya. Kitab SYAMAILU MUHAMMAD (Keperibadian nabi Muhammad) belum lagi dapat dihabiskan. Saya begitu teruja untuk menadah kitab ini kerana Ustaz Fi mempunyai ijazah dan sanad kitab ini. Jika saya fikirkan kembali, mungkinkah saya tidak layak berguru dengannya lantaran dosa yang masih lagu melekat pada jiwa saya. Ya Allah ampunilah hambamu ini. Ustaz Adnan, UStaz Azmil Umur(aljabali), Ustaz Azlan, Ustaz Fitri(assudani), Mudir Fakhruddin, dan sebilangan ustaz yang saya kagumi kerana ilmu dan kebaikannya pergi meninggalkan saya terkapai-kapai di daerah Maarif ini. Entahla, bila lagi dapat saya ketemu lagi untut menuntut ilmu dengan mereka.
Segan
Satu perkara yang menyebabkan saya segan untuk bermuamalah dengan guru-guru adalah kerana ramai sangat guru perempuan kat sekolah ni. Sedangkan pelajar sekolah ni semuanya lelaki. Hari ni saya berhajat nak menghantar buku-buku rujukan SPM yang saya pinjam dari beberapa orang guru. Niat saya untuk memberi sedikit hadiah tanda terima kasih, dan semalam saya membeli beberapa kerongsang baju dengan harga murah di tapak jualan Expo. Tapi hari ni, tiba-tiba je rasa segan nak bagi hadiah ni. Apa yang saya fikir adalah takut-takut cikgu yang terima hadiah ni fikir yang saya ni nak bodek dia ke, apa ke...Malu lah saya. Hajat tu saya batalkan pada hari ni. Ni la susahnya ada cikgu perempuan...
Minggu orientasi
Seperti tahun-tahun yang berlalu, saya seringkali disibukkan dengan pelbagai program. Seperti biasa saya sekali lagi ditugaskan untuk merencanakan program untuk pelajar baru. Kertas Kerja Minggu Ukhuwwah ISlamiah (MUIS) baru sahaja siap ditaipkan..Sekadar ini sahaja, Jam 4.15 pagi. Rumah ni sungguh sunyi sekali. Saya pergi dulu