SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Kembali Ke Kudat
Friday, December 28, 2007




Khayr, Umayr, Dhuha & Aufa(KUDA) akhirnya kembali semula ke Kudat selepas hampir 2 bulan bercuti di kampung halaman. 2 bulan juga lamanya saya terpaksa berperang dengan 4 orang anak saudara ni. Masing-masing mempunyai keletahnya yang tersendiri. Kadang-kadang tu terlebih nakal pula. Akhirnya tangan ini ringan mencubit dan mulut ini nyaring menempik. Sejenak terfikir juga saya, kenapalah "bekeng" sekali dengan anak saudara...


Abu Talib bapa saudara yang cemerlang


Seusai saya membaca Fiqh Al-Harakah (Dari Sirah Nabawiyyah), saya sebenarnya tersentuh dengan pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan Abu Talib kepada anak saudaranya, Nabi Muhammad S.A.W. Usahanya membela segala perbuatan nabi sungguh dikagumi. Apabila puak musyrikin Mekah meminta agar anak saudaranya tidak lagi menyebarkan agamanya dan menggugut ingin membunuh nabi, beliau dengan tegasnya membela nabi walaupun tidak mengikut ajaran Islam yang dibawa oleh nabi S.A.W. Manakah lagi kita dapat melihat insan sehebat Abu Talib. Tapi akhirnya beliau mati tanpa memeluk Islam. Sesungguhnya Allah sahaja mengetahui perkara disebaliknya.


Kecil-kecil lagi sudah diajar dengan rotan


Saya sebenarnya kasihan melihat anak saudara saya apabila diberi hukuman dengan rotan pada setiap kesalahan yang dilakukan. Timbul pertanyaan di hati saya: "Beginikah cara mengajar anak mengikut Islam?" Usia yang kecil tidak sepatutnya pada pendapat saya diajar dengan sebegini. Nampak kasar sangat. Seingat saya masa kecil dulu saya juga penah dirotan, tetapi bukan pada umur sekecil ini. Umur sebegini perlu lebih banyak ajar daripada memberi hukuman. Mereka perlu diasuh dengan sebaiknya mengikut acuan Islam yang sebenar. Saya teringat pada hadis nabi : "Ajarlah anakmu sembahyang ketika usia tujuh tahun, dan rotanlah pada umur 10 tahun"(saya tidak pasti ketepatan matan hadis ini).


Anak-anak sekarang semakin Nakal


Faktor pemakanan mungkin membawa kesan kepada perubahan sikap anak-anak kecil sekarang. Saya perhatikan mereka kadang-kadang terlebih aktif dan bertambah nakal. Mereka cepat belajar sesuatu lebih daripada kita sendiri terutamanya dalam bidang teknologi. Anak saudara saya tiba-tiba sahaja sudah pandai mencari game melalui internet, sedangkan tiada siapa pun yang mengajar. Rupa-rupanya dia belajar melalui pemerhatian. Kepintaran anak-anak sekarang tidak sama dengan zaman sebelum ini, dalam waktu saya kecil-kecil dulu.


Semoga Allah menjadikan saya bapa saudara yang baik dan kasihkan anak saudaranya seperti kasihnya Abu Talib terhadap nabi Muhammad S.A.W. Anak-anak adalah penyejuk mata dan penawar hati. Membantu dalam waktu susah dan berkongsi kegembiraan dalam waktu kita senang. Saya terpaksa menunggu hampir setahun lagi untuk bertembu dengan mereka kembali. Setahun juga saya terpaksa menahan rindu dalam hati..Allahu Akbar!Allahu Rahman! Allahu Latif!

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 12:59 AM  
1 Comments:
  • At 2/12/2008 11:07 PM, Anonymous Anonymous said…

    sekarang tidak rotan lagi.... tak berkesan... tok pulai tak rasa kena rotan, sebab tok grup kedua, kami yang grup pertama ni biasa jer kena rotan!tak caya?

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com