SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Berkuburnya Darul Aman Demi MTS Nurul Aman
Sunday, January 06, 2008

Hari ini saya begitu gelisah memikirkan tentang berita yang baru sahaja saya dengar. Antara ingin gembira atau perlu bersedih tentang peristiwa yang berlaku. SMU(A) Darul Aman, Kok Lanas ditukarkan kepada Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman. Entah mengapa saya teragak-agak ingin menulis cerita ini, takut mencetuskan ketidakselesaan sesetengah pihak. Tapi biarlah, biar kalam ini berbicara. Kritikan atau cadangan langsung tiada niat jahat yang terselindung, tetapi demi melihat tiada yang menjadi mangsa keadaan.
Pertama : Gembira
Siapa yang tidak gembira apabila sebuah lagi Maahad Tahfiz Sains dibuka untuk orang ramai memasukkan anak-anaknya yang berpeluang menghafaz Al-Quran dan bakal menjadi seorang hafiz kelak. Sekarang ini Kerajaan Islam Negeri Kelantan di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) memacu misi untuk meramaikan para hafaz Al-Quran di negeri ini. Apa tidaknya dengan Bangunan MTS di Pasir Genda Tanah Merah yang bernilai jutaan ringgit menjadi mercu tanda bahawa Kerajaan Islam Kelantan bersungguh-sungguh melaksanaan misi meramaikan hafiz Al-Quran. Oleh kerana permintaan yang ramai satu cawangan Tahfiz Sains di buka di Kampung Berangan, Tumpat.

Manakala kemasukan pada tahun 2008, menyaksikan kebanjiran permohonan untuk menempatkan anak-anaknya ke MTS menyebabkan Yayasan Islam Kelantan(YIK) mengambil tindakan drastik dengan membuka satu lagi cawangan di sebuah sekolah separuh bantuan kerajaan gred B, SMU (A) Darul Aman, Kok Lanas. Di atas kehendak YIK, para pelajar yang masih belajar di sekolah itu dikehendaki berpindah ke sekolah lain................


Kedua : Saya Sedih

Bila difikirkan kembali, saya menjadi sedih dengan tindakan YIK menutup SMU(A) Darul Aman demi mendirikan cawangan Maahad Tahfiz Sains. Sebelum ini sekolah ini sememangnya amat uzur dari segi infrakstrukturnya dan jumlah pelajar yang tidak ramai. Di Daerah Kok Lanas inilah satu-satunya sekolah agama yang masih lagi bertahan sejak PERKAPITA disekat oleh kerajaan zalim Malaysia. Dengan jumlah pelajar yang kecil sekolah ini masih lagi beroperasi dan saya masih ingat sekolah ini pernah menerima anugerah kecemerlangan akademik pada peringkat PMRU dan PMR.

Di sekolah ini pelajar tempatan dari Kok Lanas ditarbiah dan didik dengan pendidikan Islam yang syumul yang tidak ada di sekitar daerah Kok Lanas ini. Sekolah ini menjadi harapan penduduk setempat untuk melihat anak-anaknya cemerlang dari sudut sahsiah dan akademik. Ya, kadang-kadang saya lihat sekolah ini ibarat "Hidup segan Mati Tak Mahu'. Namun ia tidak boleh menjadi sebab mengapa ia harus ditutup.

Usaha para guru untuk menarik anak-anak belajar di sini begitu jelas. Walaupun sukar mendapatkan bantuan untuk membangunkan sekolah ini namun mereka berusaha mencari dana untuk menceriakan sekolah ini. Kalau dahulu pagar buruk, tapi kini sudah ditukar kepada pagar batu demi memastikan masyarakat tertarik untuk menghantar anak ke sini. Akhirnya usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka yang prihatin untuk membangunkan sekolah agama ini berakhir dengan arahan dari pihak atasan YIK untuk menukarkan sekolah agama ini kepada Maahad Tahfiz Sains atas faktor permintaan yang tinggi dari pihak luar daerah Kok Lanas dan luar dari Kelantan.


AKHIRNYA MEREKA MEREMPAT, SEKOLAH MEREKA DIRAMPAS

Begitulah takdir menentukan bahawa pelajar-pelajar yang masih belajar di sekolah ini akhirnya merempat di daerah sendiri. Mereka langsung tidak menyangka cuti panjang persekolahan akhir tahun 2007 membawa episod getir dalam hidup mereka. Sangkaan mereka tahun 2008 mereka masih lagi tetap belajar di sini, namun idea "pantas", "cerdas", dan "bijak" daripada YIK menyebabkan pelajar asal yang BERHAK belajar di sini akhirnya merempat. Mereka diarahkan untuk berpindah ke sekolah agama berdekatan.

DALAM KEADAAN TERPINGGA-PINGGA

Saya tahu pastinya ada pelajar yang terkejut beruk, sedih dan pastinya ada yang mengalirkan air mata kerana sekolah kesayangan mereka bukan lagi menjadi tempat mereka untuk belajar. Jika hari pertama sekolah dibuka, biasanya pelajar-pelajar perempuan sibuk membersihkan kelas dan membetulkan meja, manakala pelajar-pelajar lelaki pastinya sedang bermain di luar kelas bersama dengan kawan-kawan sementara menunggu loceng pertama dibunyikan.


Tapi pada hari itu, mereka diserahkan buku rekod sekolah, mengisi borang pertukaran sekolah, tidak perlu membayar yuran sekolah, tidak perlu membersihkan kelas dan tidak perlu mengambil buku teks. Pada hari itu mereka bersalaman dengan guru-guru buat kali terakhir bersama dengan teriak tangis kerana sedih di atas perpisahan mengejut yang terjadi. Entah bila pasti mereka akan bertemu. Sedang di minda mereka: "Di Mana Aku Ingin Belajar."

Alhamdulillah, jika ada yang masih istiqamah, mereka pasti akan menyambung pengajian mereka di mana-mana sekolah arab yang berdekatan. Walau berdekatan, ia tetap jauh dari tempat tinggal mereka. Mereka perlu berkorban demi pelajaran agama tidak tercicir.




SIAPA YANG MENJAGA KEBAJIKAN MEREKA

Dalam kalangan mereka ada yang susah, kesempitan wang, tiada kenderaan dan pelbagai kesusahan lagi yang timbul selepas mereka di arah berambus dari sekolah itu. Pernah dahulu saya ingat sekolah ini menawarkan yuran percuma kepada sesiapa yang mendaftarkan anaknya di sini. Tetapi kini siapa yang ingin membela nasib mereka? Ada yang yatim, miskin, keluarga bercerai dan pelbagai lagi..Siapa ingin membela mereka? Siapa?

TEGARKAH MEMBIARKAN MEREKA MEMBUAT KEPUTUSAN

Dalam keadaan terdesak ada yang mengambil keputusan untuk bersekolah sahaja di sekolah menengah biasa. Siapa yang bertanggungjawab???Tegarkah melihat mereka berada di sekolah menengah harian biasa dek kerana tiada yang ingin membela nasib mereka.

SAYA PERNAH BERSAMA MEREKA

Saya pernah bersama dengan pelajar-pelajar di sini dalam satu program smart solat. Saya memahami perasaan mereka, saya menghayati masalah mereka dan saya menangis bersama-sama mereka. Ada yang meluahkan perasaan sedih kepada saya, ada yang meluahkan masalah peribadi mereka....saya mandi-manda bersama adik-adik di sini. Adik-adik di sekolah ini memanggil saya abang dan nilai ukhuwwah bersama mereka pasti saya ingat sampai bila-bila.


HADIRNYA MTS....SEPANTAS KILAT SEKOLAH ITU DIBANGUNKAN..

Langsung saya tak menyangka setelah pelajar SMu(A) Darul Aman berpindah, sepantas kilat sekolah itu mula dibangunkan. Kantin yang buruk dicat, bangunan dicantikkan........pastinya orang tidak akan kata lagi ini sekolah buruk.....

Hairan saya, mengapa kini baru dibangunkan oleh YIK. Mengapa tidak ketika sebelum pelajarnya dipindah. Ahh..sedihnya..Sukar sekali saya ingin meramalkan sikap YIK ni... Alangkah bagusnya jika pembangunan seperti ini dilakukan sejak dulu lagi, bukan pada era MTS yang baru dibuka ini.. Dengar kata projek berharga 8 juta akan segera dibangunkan untuk keselesaan pelajar Maahad Tahfiz Sains (MTS)....


ADIK-ADIK INILAH RANJAU DALAM PERJUANGAN

Mungkin ini nasihat saya untuk adik-adik yang berpindah.. Sabarlah Allah taala akan membalas pengorbanan adik-adik.. Sememangnya orang yang belajar agama ini seringkali ada cabaran dan ranjau perlu ditempuhi. Ingatlah kita nih adalah golongan asing. Islam datang dengan asing dan kembali pun dengan asing. Istiqamahkan perjuangan untuk terus belajar di sekolah agama..


DARI ROBOHAN DARUL AMAN YIK BINA NURUL AMAN

Jika saya adalah penduduk di daerah Kok Lanas, pastinya saya akan bersungguh-sungguh mempertahankan sekolah ini dari ditutup. Walaupun niat YIK adalah mulia untuk membina MTs, tetapi tidak sepatutunya sekolah agama dijadikan korban..Sesuatu perlu diganti oleh YIK untuk memastikan penduduk Kok Lanas terus memperolehi didikan agama secukupnya kerana MTS bukan milik penduduk Kok Lanas tetapi dihuni oleh sejumlah besar pelajar di luar daerahnya dan di luar Kelantan. Sesungguhnya YIK perlu mencari ganti di atas tutupnya SMU(A) Darul Aman..

Semoga MTS Nurul Aman memancarkan cahaya para huffaz di daerah Kok Lanas.. Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!


Labels: ,

posted by tok pulai chondong @ 11:06 PM  
15 Comments:
  • At 8/12/2008 9:20 PM, Blogger MK Faizal said…

    KAWE ORE KOK LANAS BERASO SEDIH JUGOK..
    WALAUPOM KAWE TOK SKOLOH SITUH TAPI KAWE AMAT MENGENALI SEKOLOH TUH LAMO DOH.. RAMA JUGOK SAING2 KAWE DLU KOLOH SITUH.. TAPI LONIH KENO PINDOH BLAKO DOH..
    SEAAN KO SEK2 DIO..

     
  • At 8/12/2008 11:12 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    datuk bandar, trima kasih atas komen saudara yg prihatin. begitulah kita hendaklah tanam setiap dari jiwa kita nih, perasaan prihatin dan cakna kepada keadaan sekeliling.. kawe bangga krana kok lanas masih ada anak muda supo demo..demo no duk kg baloh ko..kawe kenal ramai ore kok lanas nih..salam persahabatan

     
  • At 11/17/2008 9:01 AM, Anonymous Anonymous said…

    bukankah pada awalnya disebut sebagai pengorbanan. jadi tak eloklah diungkit rasa kesedihan atau kekesalan, takut nanti apa yang disebut sebagai pengorbanan akan jadi sia-sia

     
  • At 11/17/2008 1:03 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    salam anonymous,

    tak satu ayat pun diawal penulisan saya mengatakan ini satu pengorbanan.....

    di akhir perenggan saya katakan dikorbankan iaiut dimangsakan....terhapusnya sekolah agama bukan satu pengorbanan, tapi satu kezaliman....

    sekarang saya ingin bertanta, pelajar kok lanas nk belajar agama di mana?

    ingat, Tahfiz sains bukan pelajar kok lanas yg ramai tapi peljar diluar daerah, so siapa yh ingin membangunkan jiwa-jiwa penduduk kok lanas, sedangkan satu pusat pun tiada utk penduduk setempat khusus utk belajar agama/...

     
  • At 3/25/2009 11:44 AM, Anonymous Anonymous said…

    Maaf lewat memberi komen...I just got to know your blog when I search on MTS Kok Lanas at google.

    saya orang luar yang menghantar anak ke MTS kok lanas... 1st batch. Saya rasakan mesti lah ada ganti untuk sekolah ni tapi malangnya tiada ganti....Really tiada ganti!!
    sebagai anak jati kok lanas tidak kah saudara dan penduduk setempat membawa isu ini ke YIK atau wakil rakyat saudara...saya mmg merasa simpati dan sedih ...
    Saya rasa YIK is looking at a bigger picture not only at Kok Lanas..really sorry for what has happened!!

     
  • At 3/25/2009 5:34 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    terima kasih dengan komen saudara, saya masih menunggu surat balas dari kerjaan negeri berkenaan dgn hal ini.....sy sudah panjangkan artikel ini kepada Exco Pendidikan, dan pihak Yayasan Islam Kelantan, nampaknya mereka tidur dlm menangani isu-isu ini....

     
  • At 3/25/2009 8:28 PM, Blogger Rizal said…

    ... lor demi 1 kejayaan perlukan sejuta pergorbanan ... setakat camtu .... xder pe2 lar bagi org atasan tu.... kan sekolah menengah kok lanas still ada .... SEkolah arab kat ketereh ade kat labook ... ader ... dimana ada kemahuan disitu ada jalan .. soo .. this my coment tq.. .... kalau saper2 xkenang ngan coment ni jgn marah ekk hanya pandangan ambo jah

     
  • At 1/07/2010 2:50 PM, Anonymous Anonymous said…

    Tok, berapakah jumlah pelajar asal sekolah Darul Aman. Berapa jauhkan sekolah arab paling dekat. Bagaimanakah pencapaian sekolah Darul Aman, sebelum MTS Nurul Aman? Saya berpendapat maklumat lanjut diperlukan sebelum di katakan Darul Aman menjadi mangsa MTS.

    Apa pun memang patut ada ganti sekiranya sekolah agama di tukarkan kepada sekolah tahfiz sains, atau sekolah lain. Statistik asal amat perlu untuk menyokong suara Tok. Semua orang boleh bersuara.

     
  • At 1/08/2010 12:37 AM, Blogger tok pulai chondong said…

    Kenapa perlu semua itu, setelah berdekad lama sekolah ini tertubuh..jika itu yg diinginkan,tutp shj sekolah2 agama yg sikit pelajarnya..Di Machang tutp shj laha banggol Judah,biar semua pergi Syamsul Marif labok..atau tutup syamsul maarif labokbiar maahad tahfiz pulai chondong shj berfungsi..

    ana tidak lihat relevan utk dibandingkan statistik sekolah....tidak adildan zalim

     
  • At 1/25/2010 5:53 AM, Blogger Mohd Tariq bin Ismail said…

    This comment has been removed by the author.

     
  • At 2/06/2011 2:27 PM, Anonymous Anonymous said…

    Assalamualaikum....
    ana seorang pelajar dari mts...
    tok....ingatlah bhwsnye orang yang menghafal al-quran adlh golongan yang sangt mulia d'sisi Allah s.w.t. orang yang betul2 nakkan agama akan ijtihad kot mano2 pon...xde masalahnye kalau kte ijtihad sikit utk agama.orang yang betul2 ad agama dalam dri die... akan sentiasa d'jauhi k'susahan...walaupun susah yang datang...mereka tanganinya dengan sabar. tok kate ianya satu kezaliman kan?...bg pendapat sye...ianya adalah satu pembaharuan... kalau tok ckp zalim... sampai ble2 kalamullah x kan t'sebar dengan luasnye... bks2 pelajar boleh je g mane2 skolah arab kan... kalau betul2 nk kan agame... lebih baiknya kalau hantar g skolah pondok...dapat belajar agama lebih dalam... memanglah sye paham macamane perasaan mereka apbla d'umumkan skolah akn d'tutup... tapi nak wat camane...kite nak tegakkan kalamullah atas muke bumi ni... macam nilah, pasal masalah lokasi...kami pelajar mtsna juga duduk jauh2... tapi d'sebabkan agama...kami sanggup b'hijrah jauh sedikit dari pangkuan keluarga...ok... pasal masalah kewangan pulak...x semua pelajar yang belajar kat mtsna mampu m'bayar yuran...tapi ibubapa mereka sanggup berhabisan wang kerana agama...ingatla tok...menegakkan agama Allah bukanlah satu kezaliman... malah ianya d'muliakan oleh Allah. lainla kalau smu(a) darul aman d'tukarkan ngan sekolah jenis cina atau tamil... itu baru boleh dipanggil zamin...
    sekian...
    apa yang baik semuanya dari Allah...
    apa yang buruk...dari diri sye sendiri...
    tapi hakikatnya semuanya dari Allah subhanahu wataala...
    wassalam...

     
  • At 11/06/2011 7:33 PM, Anonymous Anonymous said…

    assalamualaikum.. sy pernah belajar di Smu (A) Darul Aman. dari tahun 1997-2001.
    sy cukup tertarik pada penulisan ini.
    pernah belajar, pernah berkhidmat sbg pengawas, ketua pengawas dan bebrbagai kelab dan persatuan membuatkan sy cukup terharu dan sedih dgn penutupan sekolah ini.
    di situ sya dan rakan2 bermula.
    memang sekolah buruk, tapi tidak mundur.
    harap ada pihak yang boleh menyatukan semula warga Smu (a) Darul Aman..

    dari:
    Abdul Halim b. Abdul Ghaffar.
    kolej Islam Sains dan Teknologi, Bachok.
    0132229513.

     
  • At 12/27/2011 10:13 PM, Blogger cik annur said…

    salam...masyaAllah...sedihnya saya baca...ana jugak pnduduk kok lanas... wlau pun tak prnh blajaq kt sini...mse ana kecik2 dlu pnah bmain di area luar smu(A)darul aman nie...dkt je ngan umh ana...mmg agak daif psekitaran sekolah..
    bila hmpir masuk form 1...dpt twaran masuk sini..tok imam siap nk bg biasiswa setiap bulan lg...tp keadaan skolah mse tu sgt daif, ana menolak slh stu sbb nye adlh disbbkn infrasturkturnya yg kurang baik.....tp bila dikenang balik, ana mnyesal...Ya Allah, sgguh mse tu ana xmatang pmikiran mlpaskan pluang bskolah d skolah agama...tp,seresly xtau plak kisah disebalik nie...sbegitu skali nsib pljr2 smu(A)...kan bgus andai dibaik pulih bgunan2 skolah tu..pasti rmai ank2 daerah bmint tuk blajar kt situ.... n maahad tahfiz plak dibina bhmpiran/sekitar kok lanas jugak...
    sokong dgn pndapat tuan punya blog nie...tapi..apepun...Allah sebaik2 perancang...ade la tu hikmah disebaliknya...n skrg nie...hrp2, pihak YIK atau mne2 pihak dpt bukak kmbli/bukak smu yg bru d skitar daerah kok lanas...:)

     
  • At 11/04/2013 11:01 AM, Anonymous Anonymous said…

    bukan kah penduduk kok lanas patut bergembira dan bersyuur kerana ada maahad tahfiz sains di kampungnya, anak2 kok lanas sewajarnya digalakkan dan diberi motivasi untuk menjadi pelajar tahfiz sains. ini adalah perubahan yang baik, bukan nya perubahan ke arah keburukan dan kezaliman.

     
  • At 11/04/2013 11:01 AM, Anonymous Anonymous said…

    bukan kah penduduk kok lanas patut bergembira dan bersyuur kerana ada maahad tahfiz sains di kampungnya, anak2 kok lanas sewajarnya digalakkan dan diberi motivasi untuk menjadi pelajar tahfiz sains. ini adalah perubahan yang baik, bukan nya perubahan ke arah keburukan dan kezaliman.

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com