SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
DALAM DILEMMA > STAM, JORDAN & IPT
Wednesday, March 26, 2008
Sekarang ke mana arah tuju ku? Di mana diriku akan dicampakkan, hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi apa yang perlu aku tahu bahawa tubuh badan ini perlu membuat keputusan yang jelas. Tapi bagaimana mahu buat keputusan? Aku jadi keliru. Jawapannya banyak terletak pada diriku. Mintak nasihat? Semuanya samar. Pendapat orang lain tidak menjawab kemahuanku. Apa yang aku mahu? Aku mahu ilmu yang dapat membawa aku...........



Sekarang ada tiga jalan yang boleh bawa aku ke destinasi ilmu. Pertama melalui Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Baiklah, cuba fikir jika aku habiskan 2008 ini dengan bertungkus lumus mengadap STAM. Aku tidak perlu fikir tentang universiti buat masa setahun. Okey, kalau ikutkan kedudukanku sekarang, Alhamdulillah aku masih dapat mengejar ilmu STAM ni. Aku mungkin dapat score Mumtaz dalam imtihan ini. Ustaz, Ustazah yang mengajar masih lagi dapat mengajar dengan baik, dan aku masih lagi boleh fokus dengan pembelajaran ini. InsyaAllah, pintu universiti terbuka luas untuk lulusan STAM. Kemudian, 2009 terus sahaja melanjutkan pengajian sebagai mahasiswa sarjana muda di mana-mana jam'iah di seluruh Malaysia dan dunia. Aku berpeluang untuk mengambil Ijazah pendidikan jika mahu menjadi pendidik ataupun Ijazah bukan Pendidikan, terpulang kepada aku. Itu di universiti tempatan. Manakala di luar pada Malaysia, aku boleh ke bumi anbiya' untuk melanjutkan pelajaran terutamanya di bumi kinanah, Mesir. 2013 mungkin aku baru dapat bergelar Sarjana Muda. Empat tahun lamanya, termasuklah menghabiskan setahun 2008 di bangku Maahad Syamsul Maarif (L). Ini jika aku membuat pilihan STAM sebagai jalan mukaddimah untuk ke destinasi ilmu.



Jalan kedua, bagaimana jika aku teruskan pelajaranku ke Jordan? Jika dilihat kepada peluang, sememangnya aku ada harapan untuk ke sana. Aku ada menyimpan hasrat untuk ke sana. Baiklah aku fikir, seusia 19 tahun aku terus ke Jordan pada tahun 2008 dengan menggunakan sijil SPM dan di sana aku terus dapat membuat Ijazah. Kemudian seusia 22 tahun, InsyaAllah memperoleh segulung ijazah. Aku tinggalkan suasana desa di sini dan merasa angin luar di sana. Di sana adalah bumi anbiya', makam para sahabah pun banyak di sana. Makam Zaid Bin Haritah, Salahuddin Al-Ayyub dan para syuhada' membara semangat untuk aku belajar di sana. Suasana ilmu mungkin lebih hebat di sana. Bahasa arab yang aku belajar adalah lebih praktikal jika aku belajar di sana. Ulama' agung sememangnya lebat di bumi urdun ini. Allahuakbar, berdebar pula dada. Maknanya bangku Maarif lebih cepat aku tinggalkan bersama dengan kenangan. Maknanya aku bakal berjauhan dengan keluarga. Maknanya aku perlu lebih tabah berada di sana. Dua tempat di sana, University Mu'tah dan University Al-albayt. Perlunya pilihan terbaik untuk aku jika mahu belajar di sana. Suasana manakah yang lebih baik. Mu'tah atau Al-albayt. Dua nama yang gah di bumi Urdun. Nafas berat aku lepaskan, urat-urat otak mula terik. Argh....

Baik, cukup fikirkan tentang Jordan. Ini aku ada berita baik. dua tiga hari lepas aku sempat menjengah ke Program jom Masuk U anjuran Kementerian Pendidikan di Uitm. Di sana aku sempat ke kaunter UIA. Aku tunjukklah result SPM aku dekat dia dan pohon nasihat. Berikut adalah dialog aku dengan seorang pegawai UIA di situ:

Sisyahid: "Bang, boleh ke saya minta Asasi Bahasa Arab UIA, Bahasa Arab saya baik tapi
Matematik saya tak kredit la."

Pegawai UIA : "Oh....result awak okey, cuma Matematik ya. (kemudian dia termenung sejenak).
Okey gini, adik ambik namecard ni, kalau permohonan adik tak dapat adik call saya."

Sisyahid: "Apa bang, call? (sambil ambik namecard tu)... Gulp......Ketua Jabatan IRK dan Human Science UIA...MasyaAllah" (saya pandang kat dia)

Pegawai UIA: Kalau adik tak dapat UIA nanti, adik buat surat rayuan dan hantar pada saya dan kepilkan bersama card saya tu..

Sisyahid: "Haaa....Terima Kasih Encik..Terima kasih...."

Jadi aku ada peluang untuk ke Asasi UIA, sebab Ketua Jabatan ni bersungguh nak tolong aku. Baiklah, aku fikir, Inilah satu-satunya peluang keemasan untuk aku belajar di UIA. Mungkin lain kali aku dah tak dpat peluang macam ni lagi. Okey, tahun 2008 aku ke UIA. Selewat-lewatnya 2013 InsyaAllah aku grade. Kalau aku sempat, sambil belajar di asasi UIA, aku boleh ambik periksa STAM kerana aku dah daftar STAM. so, aku boleh dapat awal untuk terus ke ijazah. Berkecamuk....dan berkecamuk..Allah bantu aku ....

SOLAT ISTIKHARAH

Semenjak dua menjak ni, aku banyak solat istikharah. Dua kali aku dapat petanda yang hampir-hampir jelas, bahawa Jordan bermain dalam mimpi ataupun igauanku. Petanda atau bukan, hanya Allah yang tahu..

6 April ni tarikh akhir hantar borang untuk permohonan ke Jordan, bersama-sama dengan borang permohonan adalah wang sebanyak RM400 untuk proses penterjemahan sijil, dan wang ini tidak akan dikembalikan. Mahu atau tidak, aku perlu buat keputusan awal. Ya Allah bantu aku, tunjukkan jalan yang sebenar. Aku semakin terdesak.

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 9:58 PM  
8 Comments:
  • At 4/30/2008 1:41 PM, Anonymous Anonymous said…

    assalamualaikum..
    erm..klu mimpi tu kira petunjuk ke?
    megikut rancangan hidayah tv3 minggu lepas..
    erm...
    rsenya pensyarah uia dia tu..tp aku x igt nama dia..
    but based on him..
    he said..
    mimpi bknya petunjuk..
    kemungkinan saudara waktu itu amat berkeinginan ntuk msk jordan..
    maka saudara termimpi2.
    dan mengikut kata pensyarah tu lagi..
    pentanda yg diberikan kebiasaannya dlm pentunjk keaddan semasa..
    and..
    mungkin kata2 ibu anda itu adalah antaranya,..
    waallahua'lam..
    kalau salah tolong betulkan..

     
  • At 4/30/2008 1:42 PM, Anonymous Anonymous said…

    petunjuk*

     
  • At 4/30/2008 7:39 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    Terima kasih saudara kerana mencoret komen dlm blog nih.. Mungkin betul juga kata pensyarah tu.. Kawan saya kata pula sujud akhir dlm solat istikharah merupakan jaapan pada pilihan kita..katanya bila kita sujud lama kita akan nampak terbyang pilihan kita..tp entahla betul@tak..

    tapi yg penting bila kita ada pilihan nabi anjur utk kita bersolay istikharah,..

    Ya saya amat yakin jawapan dr ibu merupakan jawapan yg tulus dn perlu utk kita ikuti..
    gembira jika saudar dpt kita bersahabat.. terima kasih..

     
  • At 4/30/2008 10:11 PM, Anonymous Anonymous said…

    huhu...
    welcome2..

     
  • At 5/01/2008 4:03 PM, Anonymous Anonymous said…

    dah cek upu?
    dpt x uia?
    kalau x dpt tu nk wat rayuan ke?

     
  • At 5/01/2008 4:59 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    macam dah tahu je aku tak dapat...sape ni ha????

    buatlah sekadar mencuba..malas dah mk layan UPU ni...mengadap STAM la woi,...

    macam frust je..tapi tak frust kot...

    sape ni ha...

     
  • At 5/02/2008 7:40 AM, Anonymous Anonymous said…

    sj tnya x leh ke?

     
  • At 5/02/2008 8:16 AM, Blogger tok pulai chondong said…

    baguslah kalau tanya..tanyala banyak lagi

    macam tahu je kamu ni spae..oo kamu rupanya

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com