Jawapan dari mulut seorang Ibu begitu saya nanti-nantikan. Akhirnya semalam saya mendapat kata putus dari mi mengenai plan kehidupan saya. Jika sebelum ini segala-galanya terserahlah kepada saya, tetapi hakikatnya saya tidak selesa selagi jawapn sebenar dari mi tidak saya dengari. Akhirnya persoalan saya terjawab apabila bertanya mengenai rancangan menyambung pelajaran ke Jordan.
"Nak gi ke?"
"Tak payah la"
"Ingat kat abe Pih mula, susah betul nak ngaji, tak de duit. Pinjaman YAKIN payah"
"Abah dulu berapa kali berulang-alik ke Pejabat mitok pinjaman. Susah la juga. Dulu, mujur ada Kakpah boleh timba dengan biasiswa dia"
"Belajar la sini pun, ada peluang tu masul U."
Alhamdulillah, satu masalah selesai. barulah saya dapat fokus kepada STAM. Tekad saya mesti MUMTAZ SUFI dalam semua madah. Jordan terus saya hilangkan dalam kepala. Ah, mungkin saya tak layak berada di sana dan Allah nak bagi jalan lain untuk ke DESTINASI ILMU. Saya masih ada ruang untuk terus menimba ilmu, Jalan yang berbaki ini akan saya gunakan sebaik-baiknya, InsyaAllah. Apa pun saya perlu perbetulkan niat untuk belajar dan terus penuhi dada dengan ilmu. Selesaikan segala tanggungjawab yang ada dengan sebaik mungkin . Teguhkan fikrah dan sebarkan dakwah di dalam sekolah sehingga ke penghujung ruang yang saya ada. Saya perlu buktikan sesuatu sekadar kemampuan yang saya ada.
Jika berbalik kepada persoalan dulu, sebelum ini saya ada tiga destinasi ilmu, kini tinggal dua, asasi ataupun STAM. Bagaimana jika saya boleh Asasi, adakah saya akan cabut. Persoalan yang sedikit ringan jika difikirkan dengan tiga destinasi dahulu. Saya ada harapan untuk Asasi UIA, tapi pada asasnya saya tidaklah berharap sangat untuk memperolehinya. Kemungkinan untuk cabut ada, tapi adakah saya mampu untuk melakukannya. Adakah mahu serampang dua mata, sambil belajar di asasi mengambil peperiksaan STAM sekali? Itu persoalan penting, untuk saya lakukan persediaan yang rapi. Cemuhn orang disekeliling? Ini bakal terjadi. Saya hendaklah sedia dengan sesungguhnya.
Apa pun saya tetap rasa berdosa. Adakah Allah sedang memberi kifarat kepada jiwa pendosa ini. Jiwa ini masih berkarat. Yang pasti Allah sudah merencana untuk aku kehidupan yang bakal ditempuhi. Tingga lagi, usaha dan tawakkal ku terhadap perkara yang sedang aku lakukan. Sejauh mana prestasiku yang bergelar hamba di sisiNya. Muqarrib ilaAllah menjadi misi penting untuk dilaksanakan.
Setahun 2008 aku tidak boleh berharap sangat dengan pengajian di sekolah semata-mata, aku perlu keluar, menimba ilmu, tetapi di mana destinasiku, aku sedang mencari-cari. Ulama' mana yang saya perlu mengadap masih saya fikirkan. Ya Allah tunjukkan kepadaku Ulama' untuk aku menuntut Ilmu.
Sikap perlu berubah, peribadi perlu bersih, personaliti mesti hebat, minda perlu basah dengan idea, jiwa perlu tenang, semuanya perlu yang terbaik untuk mencapai yang terbaik. Allahuakbar
Allahuma faqqihu fiddin
p/s: Madinah dan Jordan dua nama tempat yang pernah aku catatkan di blog ini. UIA juga mangsa catatanku. Apakah maksud catatan ini bahawa aku bakal kehilangan sesuatu yang ditulis. Allah, jangan bebankan aku dengan perkara yang tidak mampu aku terima...... Labels: Kehidupan |
InsyaAllah,boleh.
Ke Jordan,mengejar ilmu di bumi anbiya'.