"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Tinggal 10 hari lagi saya bakal menghadapi Imtihan Sijil Tinggia Agama Malaysia(STAM), saat ini saya berada dalam keadaan tak tentu, tak selesa, tak tenang dan berserabut. kenapa tidaknya, persediaan yang kurang rapi bertambah dengan pelbagai masalah yang melanda menyebabkan saya kebutuhan waktu untuk mentelaah madah peperiksaan.
Hampir dua minggu sejak hari raya pertama saya langsung tidak dapat menumpukan kepada madah Imtihan, hampir dua minggu saya menderita kesakitan di lutut kaki kanan saya akibat kemalangan yang lepas. Sejak hari itu saya hilang fokus terhadap madah Imtihan. Sukar untuk saya menilai sejauh mana prestasi saya untuk menghadapi Imtihan ini. Hanya Allah yang tahu betapa saya bimbang dengan ujian ini.
Saya mengambil keputusan untuk melalu detik-detik akhir ini dengan ketenangan, kadang-kadang saya rasa hairan sejak akhir-akhir ini apa yang saya baca mudah masuk ke dalam kepala. Semoga Allah terus memberi kemudahan kepada sya sehingga tamat Imtihan yang belangsung pada 20-28 Oktober nanti.
Ayat-Ayat Cinta
Semalam saya hilang fokus untuk membaca, apabila tertarik dengan siaran televisyen filem ayat-ayat cinta. Setahun yang lepas saya sudah membca novelnya. Novel karya Habiburrahman ini agak menarik dan mendalam sekali makna yang ingin di bawa, kisah percintaan pelajar agam di Azhar sana.
Tapi saya hilang minat menonton filem ini kerana watak dan jalan cerita yang dikeluarkan dari novel ke dalam filem, begitu jauh bezanya. Saya tidak dapat menghayati apa yang terkandung di dalam filem berbanding apa yang terdapat di dalam novel. Apapun saya berikan dua bintang kepada mereka yang menghasilkan filem ini.
Kemasukan Ke Azhar
Semalam saya terbaca artikel berkenaan kemasukan ke AL-Azhar melalui link ini. Kenapa mereka begitu hasad dengan anak-anak pelajar agama yang ingin menuntut di sana. Semakin hari, semakin bertambah batasan untk belajar ke sana. Saya mendoakan supaya kerajaan pakatan rakyat cepat-cepat berubah.
assalamualaikum.. dah nak exam STAM,kan? Buat persiapan rapi ye.. Insyaallah boleh berjaya..yakin boleh ye dik.. Jgn lupa selalu solat hajat n taqarrUb ngn Allah.. Mantapkan hafalan dan skil2 jwb imtihan.. Ma'aatufiq wannajah:)
assalamualaikum..
dah nak exam STAM,kan?
Buat persiapan rapi ye..
Insyaallah boleh berjaya..yakin boleh ye dik..
Jgn lupa selalu solat hajat n taqarrUb ngn Allah..
Mantapkan hafalan dan skil2 jwb imtihan..
Ma'aatufiq wannajah:)