Entah mengapa saya begitu bertuah hari ni, gara-gara menolong sahabat saya, Amin untuk urusan ke luar negara, Allah telah mengatur perancangan untuk kami bertemu dengan seorang tokoh akademik yang hebat iaitu Dr Johari Mat, Pengarah Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Sebelum itu sahabat saya seramai lima orang telah begitu bersemangat untuk melanjutkan pelajaran ke Darul AlMustafa, Yaman. Walaupun mereka mengetahui risiko sijil tidak diiktiraf, namun mereka telah tekad untuk melanjutkan pelajaran di sana. Namun pihak YIK tidak mahu mengurus kemasukan pelajar ke sana. Mereka di"basuh" oleh pihak YIK supaya membatalkan hasrat untuk ke sana. Kawan saya, Amin tidak putus asa dan masih bertekad untuk ke sana, sedangkan yang lain sudah macam hilang semangat untuk ke Yaman. Sehinggalah kami dipertemukan dengan Dr Johari di kantin YIK. Tempoh 40 minit tidak terasa oleh kami mendengar taujihat darinya.
"Berkenaan dengan Yaman tu ana tak pasti adakah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan atau tidak, jika tiada pengiktirafan kena fikir satu, dua, tiga kali. Benda ni kena ingat molek akhi sebab hidup anta bukan sahaja mula hari ni, tapi kena fikir bila berakhirnya pengajian enta, enta pulang ke sini, bagaimana nak berkhidmat tanpa pengiktirafan daripada kerajaan. Nak mengajar tak boleh, kerja YIk pun tak boleh, hanya kerana pengiktirafan. Hal ini kena ingat bebaik, jika duk mengajar di kampung-kampung, akhir-akhir orang akan bertanya tentang hal ni. Kadang-kadang ia menjadi fitnah, belajar mano? iktiraf ke dok..dan akhirnya akhi tak boleh khidmat hanya gara-gara tiada pengiktirafan sedangkan ilmu yang ada tinggi tapi sayang tak boleh digunakan. Memang sebelum ini sudah ada yang keluar dari Sudan, hebat dalam bahasa Arab tapi sayang takde pengiktirafan dan ape yang mampu mereka khidmat. akhi kena fikir elok-elok."
"Mana-mana tempat pun boleh belajar, soal suasana tu sebenarnya atas kita. Jika kita berani ubah sikap, maka kita akan dapat la kesannya. Tapi masalah sekarang ni, pelajar Malasyia dan Kelantan khususnya tidak bergaul dengan masyarakat luar, jadi bagaimana nak boleh bahasa mereka. Yang boleh bahasa kitalah, bahasa yang kita duk bertutur hari-hari. Pulang Malaysia, tak dapat bahasa, ilmu pun tak dapat...malu akhi. belajar luar negara, tapi tak dapat apa-apa. "
"Akhi sekarang Alhamdulillah ada peluang nak belajar ke mana-mana destinasi, tidak seperti zaman ana dulu, susah. Gunalah peluang sebaik-baiknya untuk belajar ilmu, yang perlu buat adalah dari diri kita. Ubah diri kita."
"Sebenarnya ilmu bahasa ini amat penting untuk kita kuasainya. Bahasa adalah alat untuk berfikir. Kita tak boleh terjemah bahasa arab dengan bahasa Melayu, itu adalah silap. Contohnya air batu, kalau kita guna bahasa Melayu untuk menterjemahnya kita akan kata "alma'u hajar". Bukankah itu salah. begitu juga jika kita terjemah surat khabar, kita akan kata "warqah khabar", sedangkan sepatutnya "aljaridah". Dan kita takkan peroleh ilmu bahasa ni jika terus guna sikap kita. Tak berani berkawan dengan orang arab dengan alasan orang arab kasar dan sebagainya. Macam mana kita nak kuasainya. Begitulah juga dengan bahasa-bahasa yang lain. Dan ana juga nak tegur dengan cara kita belajar bahasa hari nih, kaedah dhobit sebenarnya salah. Kita terjemah makna sebutir-sebutir adalah tidak betul. Contohnya kita terjemah" ka'sun" sebagai gelas. Sepatutnya "ka'sun" tu ka'sunlah"(sambil memegang gelas).....................
"Sebab apa ramai dikalangan belajar agama pulang luar negara, tapi tak berani nak dekati masjid? Takut nak jadi tok imam, nak kuliyyah. Duk main kot jauh-jauh, kadang-kadang balasoh dekat rumah pun tok gi, sebab takut duk depan masyarakat."
"Perkara ni jadi sebab dari asal dia duk belajar di sanalah. Sikap dia, sembahyang jemaah tak gi, ore duk menadoh ilmu tak masuk, duk berkawan sesama sendirik, inilah jadinya. Mereka kenal diri mereka sendiri. Mereka tahu mereka tiada ilmu, sebab itulah mereka takut bersama masyarakat. Bermula diperingkat pengajian lagi kita dah tahu bagaiman mereka."
"Akhi, nasihat ana jadilah orang yang lebih pada orang lain. Seperti pokok-pokok di gunung, jika kita lihat pokok-pokok di gunung semuanya sama, tapi jadilah pokok yang istimewa di gunung iatu dalam banyak-banyak pokok, pokok itulah yang menyerlah disebabkan tinggi julainya berbanding pokok yang lain. Jangan jadi pokok-pokok yang kalau kita lihat dari jauh sama sahaja dari sudut tingginya. Jadilah orang yang menyerlah"
Akhir sekali Dr Johari mengakhiri taujihatnya dengan kata-kata: "laita jamil iza ya'udu ila syabab kama akh. "(alangkah indahnya jika dapat kembali ke zaman muda seperti kalian)
Banyak lagi yang diperkatakan tapi ini sahaja yang mampu dicatatkan. Allah, bertuahnya epoisod ini.