"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Macam mana jika ini yang terpaksa dihadapi. Bila guru mula mengaju saya tak keruan jadinya. Dua tiga minggu ni ramai guru yang mengaju dengan sikap pelajar tingkatan enam bawah yang pelbagai kerenah ni. Pening kepala dibuatnya. Resah jadi hati. Tak lena tidur memikirkannya. Bahayala kalau guru terasa ni. Nak mengubatinya amat susah sekali.
Yang terbaru kelmarin pelajar tingkatan ada merancang mengadakan program rehlah di Jeram Batang Nyior, Kampung Dewan, Labok. Bincang punya bincang ada seorang kawan suruh minta sponsor dengan setiap guru sekolah untuk menampung program ni.
Maka dengan tebal muka, kami pun mintalah dengan cikgu-cikgu secara sembunyi-sembunyi. Malu la kalau ramai cikgu tahu. Alhamdulillah, murah rezeki betul, kerana rata-rata guru yang kami temui ringan tangan seluk poket bagi duit untuk kami, malah ada juga yang ingin turut serta ke program kami nih. Tula yang menyebabkan kami teruja. Cikgu Wan Nab bagi idea suruh masuk bilik guru perempuan dan mintak dengan semua guru. Saya sebenarnya berat hatila, sebab malau la nak pergi menebal muka minta duit ni. Sehinggalah ada seorang kawan tu nama Firdaus ringan kaki dan mulut menapak ke bilik guru dan tergesa-gesa pula mengumumkan atas nama saya meminta sumbangan untuk program ni. Riuhla satu bilik guru bila dengar program ni, dan ramai la yang ringan tangan meyeluk saku dan tas tangan menghulur wang agar program ini berjaya, dan adalah seorang dua guru yang nak menyertai program ni.
Tiba-tiba suasana riuh di dalam bilik guru menjadi sunyi apabila Ustazah Han yang juga guru kelas kami menerbu masuk ke dalam bilik guru. Sehinggala ada seorang ustazah bertanya, "Eh, Han tahu ke anak buah Han nak buat program rehlah esok ni?".
Bila dengar macam tu, Ustazah Han angkat kening sambil menjawab dengan suara agak kasar, "Tak tahu saya!!!!!!" Sambil tergesa-gesa keluar dalam bilik guru.
"Syihan!!!", Faiz melaung kepada saya. "Ustazah mengaju, sebab kita tak beritahu awal-awal kepada dia."
Ya Allah kenapa aku lupa nak beritahu kepada dia tentang ke program ni. Aku lekas naik ke atas nak memperjelaskan perkara sebenar. Kebetulan saya naik tu, ustazah baru nak masuk ke dalam bilik dia. Apalagi saya pun panggil la dia, "Ustazah!!". "Bum!!" Tanpa sempat berkata apa-apa ustazah menghempas daun pintu dengan kuat, tergaman saya sejenak.
Ala, macam mana ni. Kami dua tiga orang berbincang, sehinggalah ada yang mencadangkan saya pergi jumpa di dalam bilik dia (bilik kurikulum). Saya memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik tu. Aiseh, dia kunci la bilik tuh, nak masuk macam mana.
Kami tunggu je kat bawah sampai la ustazah turun. Ustazah buat muka tak tahu je, muka orang yang tak bersalah.
"Ustazah, maaf la tak beritahu awal-awal, kitorang nak gi rehlah esok, jadi nak ajak ustazah sekeluarga ke program ni, jadi ustazah kena mari ni, sebab ramai cikgu nak mari, mari deh!!!!
"Tak tahula ana, tengokla dulu, sebab anak ana demam kelmarin, ustaz pula ada program esok, jadi tiada orang la kat rumah"
"Ustazah, kena gi la, malu la cikgu lain gi belako ni. Marilah ustazah"
"Tengoklah dulu, tengoklah, tengoklah, sambil terus menekan minyak melepas clutch dan meluncur laju keluar dalam perkarangan sekolah.
Aiseh. seorang lagi guru mengaju, gara-gara saya yang merancang program gila-gila dengan tergesa-gesa. Mudah-mudahan hari cuti pekerja esok(khamis), program rehlah kami berjaya. Sambil mengharap Ustazah ***han datang dengan keluarga dia.
salam..ana personally pon pernah ada pengalaman camni, cume rase2nye, lagi teruk kot rajuknya..fikiran ana pon dah tak tentu hala dah masa tu..tp alhamdulillah, lps bersemuka, mintak maaf betul2, baru tenang sket..:D
salam..ana personally pon pernah ada pengalaman camni, cume rase2nye, lagi teruk kot rajuknya..fikiran ana pon dah tak tentu hala dah masa tu..tp alhamdulillah, lps bersemuka, mintak maaf betul2, baru tenang sket..:D