"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Semasa saya sekolah maahad dulu, budaya berebut anak dakwah dikalangan individu senior agak ketara berlaku. Saya berpengalaman menghadapi situasi ini. Tapi saya bukan dikalangan yang menjadi rebutan. Saya dikalangan junior yang anti dengan situasi seperti ini. Sebab itu di maahad dulu saya menjadi dikalangan orang yang anti dengan beberapa AJK Badan Dakwah kerana perihal perebutan anak dakwah. Sikap memilih senior terhadap individu-individu tertentu menyebabkan saya menjadi jengkel kepada mereka.
Sehinggakan dulu terkenal budaya beradik angkat dikalangan senior. Ada yang memilih junior yang cute, anak wakil rakyat, ada kakak perempuan dan pandai bermesra dengan senior. Sehinggakan Badan Dakwah menubuhkan jawatankuasa adik angkat.Jawatankuasa ini diwar-warkan kepada khalayak, menyebabkan ada yang tak berapa selesa dengan suasana ini.
Akhirnya adik-adik angkat yang terpilih langsung tidak membantu kepada perjalanan Badan Dakwah sehingga ia menjadi liabiliti kepada Badan Dakwah itu tersendiri. Di era saya dan sahabat-sahabat 'memerintah' badan dakwah sekolah, dasar atau budaya adik angkat dihapuskan terus.
Kita tidak mahu ada yang keciciran dalam menerima dakwah di sekolah. Kita tidak mahu hanya yang rapat dengan senior sahaja yang difokuskan. Saya benci budaya pilih-memilih anak dakwah. Kerana peringkat menengah ini tahap mereka adalah sama dan sebagai AJK, kesyumulan menyampaikan dakwah ini tidak terbatas kepada individu-individu tertentu. Namun demikian saya tidak pernah menafikan perlunya golongan yang terpilih dilatih untuk menjadi penggerak kepada badan dakwah itu sendiri. Itu perlu, tapi jangan biarkan yang lain keciciran.
Dalam institusi dakwah, kumpulan perbincangan (discussion group) adalah nadi penting kepada hidupnya sesebuah organisasi dakwah. Kerana di sana para dai'e dapat fokus kepada anakdakwah secara mendalam. Ingatlah membentuk manusia bermula dengan hati, dan Allah segala-galanya yang berkuasa menemui hidayah anak dakwah kita.
Mencari anak dakwah untuk mengembangkan pengaruh individu atau kumpulan adalah budaya yang dilaknat Tuhan. Sedangkan maudhu' dakwah itu adalah Islam. Jelasnya, segala perkara yang dsampaikan terasnya adalah Islam. Bukan sekadar ingin menambah ramaikan ahli kumpulan masing-masing. Adalah menyedihkan, golongan yang ingin menarik anak dakwah ini tidak ada kelengkapan yang secukupnya untuk membawa anak dakwah. Sehingga anak dakwah ini akhirnya terhumban ke dalam dunia yang penuh kekeliruan.
Daie yang bertanggungjawab, mempunya matlamat perjuangan yang jelas. Dan matlamat itu diketahui oleh anak dakwah secara berperingkat. Dahulu semasa di maahad, golongan yang bukan ajk badan dakwah juga berminat untuk mencari anak dakwah. Sehingga berlaku pergelutan antara ajk dan bukan ahli ini. AJK dakwah bimbang dengan orang yang berkehendak anak dakwah ini, tapi tak layak memegangnya. Bimbang anak dakwah ini menjadi korban nafsu senior yang tergila-gilakan anak dakwah sedang diri tidak layak untuk memegangnya.
Orang yang berdakwah perlu menghadapi kesusahan dan rintangan. ada dai'e yang ingin berada dalam jalan dakwah dengan senang-lenang, tanpa mahu menempuh dugaan. Tatkala dai'e lain diugut, dipaksa dan diancam untuk melaksanakan dakwah, segelintir dai'e tenang bergerak tanpa ada masalah. Dai'e yang tenang ini, sebenarnya dai'e yang bermasalah. Mungkin ada sesuatu yang salah yang ada padanya menyebabkan tiada kesusahan yang dialami dalam perjuangan dakwah.
Akhirnya, wahai para dai'e, sebelum berjuang, perjelaskan dahulu akidah perjuanganmu, matlamat yang ingin kamu sampaikan, jemaah Islam yang sedang kamu sertai, maudhu' apa yang ingin kamu sampai, jernihkan dahulu fikrahmu dan ketahuilah anak dakwah yang bakal kamu miliki bakal menjadi keuntunganmu di akhirat kelak atau menjadi liabiliti tatkala berjumpa dengan Tuhanmu. Setelah segalanya jelas, ayunkanlah langkahmu menjadi dai'e sejati meperjuangkan Islam yang suci sehingga syahid jasadmu ataupun menang dakwahmu. Allahuakbar!!!
hoo..istilahnye anak dakwah ye? kat tmpt ana dlu..ada jgk lebih2 lg dlm klgn plaja pmpuan.. mereka nak jd adek angkt pd senoir sbb nak kakak2 ni bimbing mereka jd lebey baik..niat mereka baik,mybe sbb mereka benar2 bkehendakkn prubhn pd dri mereka..
sbg seorg dai'e..jln pjuangn 2 mmg xkn penah mudah,ada duri2 dan hlgn yg perlu dtempuh.. namun itulah hrga yg perlu dbayar utk mbeli kbahagiaan di akhirat..
Tahniah Akh...tak sangka ada juga org yg faham seperti ana faham...jemaah sebenar ialah umat islam keseluruhannya...kumpulan2 kecil itu hanya pembahagian komitmen dan tugas bukan agama lain...
lepas ni kita kena bagi kefahaman ini kat ikhwan kita tu plak!!!
hoo..istilahnye anak dakwah ye?
kat tmpt ana dlu..ada jgk
lebih2 lg dlm klgn plaja pmpuan..
mereka nak jd adek angkt pd senoir sbb nak kakak2 ni bimbing mereka jd lebey baik..niat mereka baik,mybe sbb mereka benar2 bkehendakkn prubhn pd dri mereka..
sbg seorg dai'e..jln pjuangn 2 mmg xkn penah mudah,ada duri2 dan hlgn yg perlu dtempuh..
namun itulah hrga yg perlu dbayar utk mbeli kbahagiaan di akhirat..
well..nice post! keep blogging^_^