"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
21 Februari 2011 akan bermula pemilihan pengawas-pengawas USIM buat kesekian kalinya. Cara pemilhan pengawas di USIM berbeza di mana-mana sekolah menengah yang lain. Kerana di sini cara pemilhannya menggunakan sistem elektronik. Hanya letak sahaja kad matrik anda boleh mengundi.
Justeru pengawas pada kali ini ramai yang sudah menang dan boleh memegang jawatan pengawas. Sebab tak ramai yang berminat hendak jadi pengawas di sini. Kerana tiada apa cabaran sangat jika dibandingkan dengan universiti lain. Sesiapa sahaja yang terasa ingin bertanding boleh la pergi ke bilik HEP atau bilik guru disiplin sekolah. Kebanyakan yang bertanding dari kelas-kelas yang berbeza. Pada tahun ini setiap kelas membawa ramai calon untuk bertanding peringkat Ketua Pengawas, Penolong Ketua, Bendahari, Setiausaha dan Exco pengawas yang lain.
Untuk pengetahuan semua hanya 5 orang dibenarkan menjadi penyokong setiap calon pengawas. Penyokong-penyokong yang selain daripada 5 orang tersebut dianggap melanggari undang-undang pemilihan. Kemungkinan penyokong tersebut akan dirotan oleh guru disiplin.
Kelihatan di kelas FKP, penuh kertas-kertas gambar pengawas ditampal menggunakan gam nasi. Tentu susah untuk Pustakawan USIM membuang poster tu nanti. Mesti guru Pustakawan akan marah-marah berleter kerana papan kenyataan dikotori gambar-gambar calon-calon pengawas.
Budak-budak USIM suka kalau calon-calon yang bertanding muka bersih, pandai mengaji, dan boleh jadi bilal semasa solat di surau. Budak-budak USIM benci kalau calon pengawas ni yang suka bercakap di hadapan, katanya meluat dan poyo. Budak-budak USIM benci calon yang pakai tudung singkat. Sebab tu ramai calon pengawas pakai tudung labuh. Yang tak pernah pakai tudung labuh pun bertukar tudung labuh semasa kempen dan bergambar. Budak-budak USIM tak suka calon pengawas perempuan pakai seluar ketat. Jadi semasa kempen mereka bertukar pakai kain, tapi mereka bodoh kerana kain mereka jarang, sehingga nampak pakain dalam, mujur pakaian dalam mereka labuh sehingga nampak kain dalam tu di luar kain luar.
Ramai calon lelaki senyum sengih nampak gigi, padahal sebelum ini kepala sentiasa memandang atap kelas. Ramai juga pakai songkok hitam, kerana supaya semua gelar calon pengawas ni seorang ustaz. Calon USIM tak boleh bercakap tentang politik dalam sekolah, nanti guru disiplin sound sebagai anti-establishment. Justeru kebanyakan pengawas sekolah USIM semuanya bodoh-bodoh dalam hal politik. Yang penting dapat buat program. Dapat pakai baju kot. Dapat bertali leher. Dan dapat kesana kemari dengan gayanya.
Ramai yang benci guru disiplin sekolah ini, kerana terlalu banyak sekatan dan tekanan kepada calon-calon pengawas dan kepada bebudak sekolah yang lain. Jadi ramai yang tengok pengawas sekolah ini lebih kepada balaci guru disiplin. Ha,ha,ha.
Malam ini akan diadakan majlis pengenalan pengawas-pengawas sekolah USIM. Mesti mereka bercakap gah-gah dengan skrip yang dihafal. Budak sekolah lain tahu, kalau tak bagi skrip bebudak pengawas ni tak kan pandai cakap apa-apa. Teringat tahun lepas seorang calon pengawas menyanyi semasa memperkenalkan diri. Semua budak sekolah ketawa. Akhirnya calon pengawas yang menyanyi ni kalah dengan sendirinya. Ha,ha, ha.
Selepas diorang bercakap, guru displin akan bangun bercakap. Dia akan bercakap dengan seriusnya. Pengawal-pengawal lain akan berjaga, bimbang takut ada bebudak sekolah bangun menemplak apa yang guru disiplin cakap. Dua malam yang lepas, guru besar bercakap, seorang bekas pengawas bangun membantah. Pengawal semuanya marah-marah kat dia. Kerani-kerani sekolah pergi bertemunya, menegur sikap lancangnya kepada guru besar. Tapi bebudak sekolah lain semua tepuk tangan kepada bekas pengawas ini. Bebudak sekolah lain keluar dari dewan bersama dengan bekas pengawas ini. Tak pernah ada dalam sejarah sekolah USIM, bekas pengawas lancang bercaka kepada guru besar. Sebelum ini semua pengawas-pengawas baik sahaja dengan guru displin. Sentiasa memuji, dan makan bersama. Cuma berak sahaja lain-lain tandas.
Ada seorang tukang kebun sekolah ini. Dia mengarahkan bebudak USIM pecat kopiah putih. Semua bebudak USIM marah. Kenapa sesuka hati suruh kitorang buang kopiah. Tapi tukang kebun ni sudah tua. Bebudak ni masih ada rasa hormat. Dibuangnya kopiah dengan rasa marah. Dua hari lepas, seorang budak sekolah kena tempelak dekat packguard sekolah. Semata-mata kerana menyimpan janggut. katanya janggut tak boleh simpan. Serabut. macam janggut kambing. Budak sekolah ni marah kata packguard yang bodoh ni. Dia kata packguard ni tak faham sunnah. Tak mahu ikut sunnah. Budak sekolah ni, marah balik kat jaga tu. Dia kata pakcik lagi pelik, cukur janggut simpan misai, terbalik. Orang lain suruh simpan janggut kita simpan misai. Orang berjalan dengan kaki kita berjalan dengan tangan. Puas hati budak sekolah ni dapat sound packguard. Packguard baju biru tu hanya tersengih kambing.
Last, bebudak sekolah USIM ingat 21 Februari ni pilihlah pengawas yang baik-baik. yang pandai solat dan tak pandai mengorat. Jangan pilih pengawas yang tudung singkat dan gedik. Rasa nak muntah tengok calon pengawas yang gedik tu. Aku dah malas duk kempen kat pengawas sekolah ni, aku nak pergi Kedah berjumpa masyarakat yang lebih berani dan lebih kuat berjuang. Duk kat sini melemahkan semangat dan pemikiran aku sebagai mahasiswa. Aku tak mahu aku digelar budak sekolah USIM. Babai semua. papai..mamai..
Tulisan ini khas untuk abang long, abang Ngah dan abang-abang yang lain yang baru merajui tampuk kepimpinan, Sesungguhnya kepimpinan yang cemerlang apabila ahlinya mencintai kepimpinan itu. Seharusnya kepimpinan itu perlu berusaha agar dicintai oleh ahli-ahlinya. Tanpa bersikap buruk sangka marilah sama-sama kita muhasabah untuk mencintai dan dicintai.
Seorang yang memimpin perlu terus mengetahui permasalahan ahlinya sebelum meneruskan agenda organisasi. Pemimpin yang gagal memahami tabiat atau sikap ahli memungkinkan kepimpinan itu diterajui tanpa sokongan dan kehendak ahli. Ahli itu akan menyayangi kepimpinan apabila kepimpinan mendahului rasa sayang dan cinta kepada ahli-ahlinya. Kuasa dan pengaruh kepimpinan itu tidak berguna sama sekali jika ia gagal menarik kesetiaan dan kasih sayang ahli-ahli.
Melihat kepimpinan Rasulullah adalah perkara utama yang perlu diteladani para pimpinan. Rasulullah menangis mengingatkan ummatnya, bukti bahawa Rasulullah contoh kepimpinan yang mencintai. Rasulullah bersifat lembut dengan para sahabat tatkala sahabat melakukan kesilapan dan kekhilafan.Air mata Rasulullah terhadap ummatnya perlu diteladani oleh pimpinan sekarang. Kepimpinan perlu ada sifat ihsan dan simpati terhadap ahli-ahli. Ramai dikalangan ahli yang kesempitan hidup perlu didekati dan didatangi. Bukan membiarkan mereka dalam kesusahan. Langkah menyelesaikan masalah ahli perlu disegerakan bukan dibiarkan ia tertangguh.
Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz contoh kepimpinan yang bersifat mencintai. Pengorbanan Tuan Guru untuk rakyatnya perlu diaplikasi oleh kepimpinan sekarang. Tok Guru tidak bersikap skema dengan tugasannya tapi bersifat fleksibel bila mengurus kepimpinan dan rakyatnya. Kepimpinan Tok Guru hingga sekarang masih gagal atau tiada pengganti yang setara dengannya. Jangan terbeban dengan tugasan memimpin, bergembiralah dalam memimpin sebuah organisasi besar ini. Bermuamalah dengan ceria dan bahagia. Berlapang dadalah dengan kritikan dan teguran ahli. Ahli yang banyak bercakap perlu diberikan banyak tunjuk ajar dan kefahaman. Jangan bersikap mempertahankan diri jika ditegur, bersikaplah menerima teguran dan menganalisisnya dengan baik.
Agenda mentarbiyyah dan dakwah adalah agenda besar yang perlu dokongan bersama. Kepimpinan kuat bila ahli itu kuat. Kekuatan ahli tergantung kebijaksanaan kepimpinan memobilasikan ahli dengan baik.
Saya mencintai kalian dan moga kalian dicintai sepenuhnya oleh ahli-ahli yang lain. Barakallah. Siiru 'ala barkatillah.
Aqidah Perjuangan Islam merupakan topik asas apabila berbicara soal mahu berjuang di medan dakwah Islami. Amal Islami tanpa aqidah perjuangan bakal merosakkan amal Islami itu sendiri. Seseorang yang mantap aqidah perjuangannya tidak akan keluar dari garisan perjuangan.
Sebab itulah modul utama yang perlu diajar kepada kader dakwah ialah Aqidah Perjuangan. Kerana ia adalah batu asas untuk masuk berjuang dalam medan ini.
Ulama' yang hebat bila luntur aqidah perjuangannya akan terperosok hina di mata masyarakat. Sejarah UMNO menjadi hina apabila parti itu tiada aqidah perjuangan. Buktinya apabila parti ini menerima hasil loteri kebajikan pada awal kemerdekaan dahulu. Tuntas, sekumpulan ulama' UMNO keluar dari parti ini kerana mempertahankan aqidah perjuangan mereka.
Pulang dari syarahan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah di KUIS tadi dengan semangat ingin menjadi 'orang baru'. Orang baru yang bersifat reformist, revivalist, dan penjelajahan.
Tapi bila mendapat khabar ini hancur luluh perasaan saya. Berita 40 orang ulama masuk UMNO adalah musibah buat diri saya. Kerana mereka adalah orang muda yang beridea segar, penggerak pembaharuan, pencinta sunnah dan golongan intelektual muda yang seringkali saya baca tulisannya.
Ia adalah konflik kepada diri saya. Ini adalah musibah. Bakal menjadi fitnah kepada ilmu yang mereka bawa itu sendiri. Kerana gagasan ilmu yang mereka bawa sebelum ini adalah segar di mata masyarakat.
Saya akui saya orang yang bersikap positif dengan pandangan mereka perihal pemurnian ilmu Islam itu sendiri.
Tapi tatkala mereka menyentuh prinsip perjuangan yang sedang saya lalui, saya seperti ingin menyergah mereka. Mereka ini sedang melawan arus kebenaran secara terang-terangan di hadapan masyarakat yang begitu menghormati mereka. Mereka sedang mencarik-carikkan kepingan ijazah syariah yang mereka perolehi. Dakwat tesis PHD mereka sudah mula berbau busuk. Harum wangi Madinah di jubah mereka nampaknya semakin pudar.
Ini adalah fitnah besar terhadap Islam. Kalian golongan berilmu. Golongan mengerti. Berpengaruh kepada masyarakat. Ini strategi jahat. Yang melemahkan Islam. Membunuh harapan ramai. Saya bimbang sekali, fitnah yang tidur bakal bangun kembali dan kalian menjadi mangsanya.
Ini adalaha catatan sayang dan rindu kepada kalian. Tatkala itu saya teringat kepada pesan seorang sahabat sebelum berlepas ke luar negara, :
"Perangi aku jika aku berada di medan yang bertentangan denganmu, Aku bersyukur jika kamu memerangi ku supaya aku kembali semula ke medan kebenaran. Dan aku juga akan memerangimu jika kamu juga terpesong ke medan yang bertentangan."
Malam ini adalah malam air mata meratapi pemergian kalian ke medan yang bertentangan ini. Sedikitpun kalian tidak boleh menggunakan dakwah atau ilmu kalian untuk menjustifikasikan ia sebagai benar.
Saya selitkan status di FB Ustaz Hasrizal sebagai muhasabah bersama :
Yusuf terpenjara akibat fitnah, usaha untuk keluar dgn 'bantuan Raja' tidak diperkenankan Allah [12:42]. Yusuf tidak layak dilepaskan dgn belas ihsan. Sbg mangsa fitnah, baginda mesti dibela dgn keadilan. Mampukah masuk UMNO meraih belas ihsan UMNO untuk terhindar daripada fitnah Wahhabi - JI yang difitnahkan itu? Deklarasi iman ialah 'penjara itu lebih kusukai berbanding apa yg mereka serukan aku kepadanya' [12:33]
Semasa saya sekolah maahad dulu, budaya berebut anak dakwah dikalangan individu senior agak ketara berlaku. Saya berpengalaman menghadapi situasi ini. Tapi saya bukan dikalangan yang menjadi rebutan. Saya dikalangan junior yang anti dengan situasi seperti ini. Sebab itu di maahad dulu saya menjadi dikalangan orang yang anti dengan beberapa AJK Badan Dakwah kerana perihal perebutan anak dakwah. Sikap memilih senior terhadap individu-individu tertentu menyebabkan saya menjadi jengkel kepada mereka.
Sehinggakan dulu terkenal budaya beradik angkat dikalangan senior. Ada yang memilih junior yang cute, anak wakil rakyat, ada kakak perempuan dan pandai bermesra dengan senior. Sehinggakan Badan Dakwah menubuhkan jawatankuasa adik angkat.Jawatankuasa ini diwar-warkan kepada khalayak, menyebabkan ada yang tak berapa selesa dengan suasana ini.
Akhirnya adik-adik angkat yang terpilih langsung tidak membantu kepada perjalanan Badan Dakwah sehingga ia menjadi liabiliti kepada Badan Dakwah itu tersendiri. Di era saya dan sahabat-sahabat 'memerintah' badan dakwah sekolah, dasar atau budaya adik angkat dihapuskan terus.
Kita tidak mahu ada yang keciciran dalam menerima dakwah di sekolah. Kita tidak mahu hanya yang rapat dengan senior sahaja yang difokuskan. Saya benci budaya pilih-memilih anak dakwah. Kerana peringkat menengah ini tahap mereka adalah sama dan sebagai AJK, kesyumulan menyampaikan dakwah ini tidak terbatas kepada individu-individu tertentu. Namun demikian saya tidak pernah menafikan perlunya golongan yang terpilih dilatih untuk menjadi penggerak kepada badan dakwah itu sendiri. Itu perlu, tapi jangan biarkan yang lain keciciran.
Dalam institusi dakwah, kumpulan perbincangan (discussion group) adalah nadi penting kepada hidupnya sesebuah organisasi dakwah. Kerana di sana para dai'e dapat fokus kepada anakdakwah secara mendalam. Ingatlah membentuk manusia bermula dengan hati, dan Allah segala-galanya yang berkuasa menemui hidayah anak dakwah kita.
Mencari anak dakwah untuk mengembangkan pengaruh individu atau kumpulan adalah budaya yang dilaknat Tuhan. Sedangkan maudhu' dakwah itu adalah Islam. Jelasnya, segala perkara yang dsampaikan terasnya adalah Islam. Bukan sekadar ingin menambah ramaikan ahli kumpulan masing-masing. Adalah menyedihkan, golongan yang ingin menarik anak dakwah ini tidak ada kelengkapan yang secukupnya untuk membawa anak dakwah. Sehingga anak dakwah ini akhirnya terhumban ke dalam dunia yang penuh kekeliruan.
Daie yang bertanggungjawab, mempunya matlamat perjuangan yang jelas. Dan matlamat itu diketahui oleh anak dakwah secara berperingkat. Dahulu semasa di maahad, golongan yang bukan ajk badan dakwah juga berminat untuk mencari anak dakwah. Sehingga berlaku pergelutan antara ajk dan bukan ahli ini. AJK dakwah bimbang dengan orang yang berkehendak anak dakwah ini, tapi tak layak memegangnya. Bimbang anak dakwah ini menjadi korban nafsu senior yang tergila-gilakan anak dakwah sedang diri tidak layak untuk memegangnya.
Orang yang berdakwah perlu menghadapi kesusahan dan rintangan. ada dai'e yang ingin berada dalam jalan dakwah dengan senang-lenang, tanpa mahu menempuh dugaan. Tatkala dai'e lain diugut, dipaksa dan diancam untuk melaksanakan dakwah, segelintir dai'e tenang bergerak tanpa ada masalah. Dai'e yang tenang ini, sebenarnya dai'e yang bermasalah. Mungkin ada sesuatu yang salah yang ada padanya menyebabkan tiada kesusahan yang dialami dalam perjuangan dakwah.
Akhirnya, wahai para dai'e, sebelum berjuang, perjelaskan dahulu akidah perjuanganmu, matlamat yang ingin kamu sampaikan, jemaah Islam yang sedang kamu sertai, maudhu' apa yang ingin kamu sampai, jernihkan dahulu fikrahmu dan ketahuilah anak dakwah yang bakal kamu miliki bakal menjadi keuntunganmu di akhirat kelak atau menjadi liabiliti tatkala berjumpa dengan Tuhanmu. Setelah segalanya jelas, ayunkanlah langkahmu menjadi dai'e sejati meperjuangkan Islam yang suci sehingga syahid jasadmu ataupun menang dakwahmu. Allahuakbar!!!
Alhamdulillah, tiga hari berkampung di Kampus USIM, mencatatkan memori indah dan pengalaman yang menarik dengan seribu pengetahuan dicedok daripada konvensyen ini. Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat kebangsaan anjuran Sekteriat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), USIM akhirnya berjaya membawa mesej penting kepada ramai penggerak dakwah di IPT seluruh Malaysia.
Saya hadir dengan semangat melihat perubahan dakwah dalam konteks mahasiswa hari ini khususnya di kampus tercinta USIM. Sesungguhnya wacana-wacana dan forum yang dipersembahkan sepanjang konvensyen banyak memberi impak kepada mahasiswa dalam memperkembangkan dakwah di universiti masing-masing. Saya sebenarnya begitu bertuah mendengar seribu pengalaman dari Prof Dr Kamil Ibrahim (Uitm Skudai), begitu menyentuh perasaan. Manakala bahasa tinggi dan penuh sastera yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Juoi membuat mahasiwa banyak berfikir dan berzikir. Saya mengambil peluang untuk bertanyakan sikap pendakwah dalam mengharungi isu tajdid pada hari ini. Alhamdulillah saya berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Katanya orang muda tak boeh membuang apa yang ada pada orang tua. Sungguh mendalam maknanya.
Ustaz Hasnan kasnan (UKM) juga agak menarik mengupas isu pelbagai jemaah dalam universiti. Jawapannya simple dan menarik.
"Dalam keadaan kita sibuk berbalah pasal jemaah, Jangan pula kita lupa tujuan kita untuk berdakwah"
Seterusnya pada bengkel sesama mahasiswa saya sempat menyertai diskusi perihal tajdid agama dan strategi pendakwah menghadapinya. Saya mengambil ruang secukupnya dalam bengkel tersebut untuk berhujah, menukar pandangan, menyebarkan fikrah yang ada pada saya kepada semua mahsiswa kumpulan yang saya sertai. Alhamdulillah pelbagai idea digabungkan tanpa ada bias mana-mana pihak.
Malam penkongsian dakwah sungguh mengharukan saya. Seorang mahasiswi mewakili UiTM Sarawak menceritakan betapa peritnya menghadapai Missionary Kristian di sana. Saya akui bahawa saya menitiskan air mata mendengar betapa hebatnya perjuangan mereka di sana. Saya yang berada di USIM, malu dan berasa kerdil, betapa lemahnya kita berbanding mereka.
"Mereka berjuang dalam kesempitan ruang, sedang kita pasif dalam ruang dakwah yang begitu luas di sini"
Slot terakhir bersama Bro Shah Kirit juga agak menarik berbicara perihal gerakan dakwah kristian. Dan pada majlis penutupan, tak semena-mena saya diminta untuk menjadi wakil bagi pihak peserta USIM untuk menerima cenderahati di pentas. Pada awalnya saya kaget, kerana diberitahu Senator Dr. Mashitah Ibrahim yang akan merasamikannya. Tapi saya tenang apabila Majlis Penutup ini diwakilkan kepada Timbalan Pengarah INFAD, USIM.
Catatan akhir ini saya tujukan kepada urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Diketuai oleh Saudara Daing Fadzil, saya ucapkan sejuta tahniah di atas kelancaran program ini. Saya terharu dengan semangat kalian dari pagi hingga ke malam bekerja keras memastikan kejayaan program ini.
Timbul rasa malu, saya sekadar menjadi peserta dan memerhatikan kerja buat kalian. Sesungguhnya saya lebih melihat peluang untuk saya menyertai program ini lebih utama daripada menjadi urusetia. Apapun lain masa saya akan bersaama kalian bekerja membawa mesej dakwah di dunia kampus Usim, InsyaAllah!!
Fikrah Islam kampus perlu terus disuburi, jangan berbicara pasal kebimbangan, berbicara pasal peluang, jangan berbicara pasal menunggu kekuatan, berbicaralah pasal banyak kerja dan usaha, kita datang bukan menjadi penunggu, kita datang menjadi perebut, berlarilah ke medan dakwah, ummat memerlukan kita sepantas dan sesegera mungkin.....
Basah darah itu masih berbekas Sakit Luka itu Masih Berparut Hanyir bau itu masih melekat
Masih baru balingan batu itu Masih terasa hinggapan batu itu Masih berpinar penangan batu itu
Ingat lagi basah dahi dengan darah Ingat lagi lajunya keluar aliran darah Ingat lagi merah warna darah
Terkesan aku pada serban itu Terkesan aku pada lilitan serban itu Terkesan aku pada lembut serban itu
Darah itu ingin sekali ku jilat Darah itu tak terasa hanyirnya Darah itu tak henti-henti mengalir
Serban putih itu menjadi saksi Mengelap darah perjuangan Menekap dahi yang penuh darah
Saat darah mengalir Terpancar wajah pejuang Teringat Darah As-Syahid Ahmad Yasin Teringat Darah As-Syahid Dr Rantisi Teringat Darah As-Syahid Muhammad Ad-Durrah
Allahu Akbar Benarlah Perjuangan itu liku Benarlah perjuangan itu Mehnah Benarlah Pejuangan itu pedih
Subhanallah Walau kalah dalam Perjuangan Hati tersenyum puas Biarpun Mata basah dengan Air Mata
Ku pandang wajah pejuang tanpa jemu Ustaz Idris keletihan Ustaz Salahuddin bengkak matanya Dr Dzul terduduk memandang angka-angka itu Ustaz Tantawi ku lihat sedang berdakapan pilu
Aku tak sanggup lagi melihat Jalan Pinang itu ku tinggal sepi Sore itu air mata tak henti-henti keluar
Ku Rentasi malam gelap itu keseorangan Sambil tangan erat memegang serban darah itu Masih terasa perit luka dahi itu Air mata masih merembes keluar
Hingga pagi itu Panggilan dari keluarga mendebarkan aku Kaget mereka mendengar cerita pejuang muda Dari muka utama makalah massa Tak sangka mereka itu adalah aku
Aku menangis sepi mendegar suara ummi Bicara panjangnya terkejut tentang aku
Aku menagis sepi mendengar suara abah Tergeleng melihat semangat juang anak
Dan aku terus menangis sepi Kerana aku masih mendengar suara mereka Aku sangka sudah syahid di medan ini Di bawa pulang sebagai pemuda syuhada'
Serban itu terus kusimpan bersama bekas darah Dan parut ini masih belum hilang dalam lukanya Aku bersaksi akan terus ku berjuang Menang sebagai pahlawan Atau mati sebagai syuhada
Ada perkara yang lebih penting untuk saya bicarakan kepada kalian berbanding mencatatkan tentang kehidupan baru saya di USIM.
Iaitu tentang kematian..Firman Allah: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian". Subhanallah...
Sejak tiga minggu saya berada di USIM saya menerima beberapa khabar kematian orang yang saya kenali...Dan hari ini sahaja saya menerima khabar dua kematian...Allahu akbar. Allah sahaja yang tahu betapa gundah perasaan saya.. Innalillah wainna ilaihi rajiun....
Seminggu saya berada di USIM, abah menelefon memberitahu Cikgu Ya, sahabat karib abah meninggal dunia.. anak perempuannya sepatutnya mendaftar sekali dengan saya di USIM. Tapi dia tidak datang mendaftar kerana bimbang dengan kesakitan ayahnya. Sungguh mengharukan, Allahyarham adalah seorang yang soleh sepanjang hidupnya. Pertemuan yang saya lazim dengannya ialah di Masjid Kweng Hitam, Masjid Abdul Rahman. Allah mengurniakan anaknya yang hafiz dan ada anaknya yang mempunyai keturunan albino (kulit puteh)
Beberapa ketika kemudian abah telefon lagi memberitahu, Cikgu Wan taib, bekas pengetua Sekolah Menengah Sains machang meninggal dunia. Turut meninggal adalah seorang aktivis PAS di kawasan Machang.
Hari ini saya menerima mesej dari Mudir tempat saya mengajar dahulu. mesej berbunyi : "Ustazah Khadijah dalam keadaaan tenat, sila sebarkan kepada sesiapa yang mengenalinya".. ustazah Khadijah adalah guru Sekoalah Menengah Ugama Arab Ahmadiah, Banggol Judah. Sebelum ke USIM, saya lah orangnya yang menggantikan Ustazah Khadijah selama tiga bulan.
Jam 3.00 petang, sekali lagi sya menerima mesej dari Mudir Ustaz Fitri: "Kak jah telah meninggal dunia jam 2.45....Innalillah...
Saya belum pernah bertemu dengan beliau walaupun saya begitu amat ingin bertemu dengan Allahyarham. Sepanjang menggantikannya saya sempat menatap gambarnya. Sehari lepas itu saya bermimpi bertemu dengan Allahyarham, dia datang ke sekolah dalam keadaan sihat, dan ceria. saya cam beliau dalam mimpi kerana pernah melihat gambarnya. Tak disangka belum sempat bertemu, Allah telah menjemputnya terlebih dahulu.
Petang tadi abah telefon sekali lagi, Mok kepada Moksujah telah meninggal dunia. Tok Cik Timah sering datang ke Machang melawat anak perempuannya. Dia tinggal di Jelawat. Allahu akbar, kematian itu satu kepastian...
Sebelum itu lagi saya mendapat khabar kematian seorang artis pop terkenal dunia, Michael Jackson, dan didakwa nama islamnya adalah Mikhaeel. Jika benarlah dia Islam, saya berdoa semoga Allah memberi keampunan kepadanya. Dakwaan lagi orang yang bertanggungjawab mengislamkannya adalah Yusof Islam dan Dawud Wharsanaby (betulkan ejaan saya). Semoga ia adalah dakwaan yang benar. Sungguh indah kerana lahirnya dalam keadaan kafir, hidupnya dalam kekafiran, tetapi matinya adalah dalam keadaan Islam... Allah, alangkah indah percaturan hidupmu....moga ia benar...Kenapa? Kerana ia mungkin mencetus kesedaran hidyah untuk lebih ramai peminatnya, Mungkin sahaja....kerana hidayah itu milik Allah...
Tapi berita kematian yang satu inilah yang meruntun jiwa saya. belum pun sempat sya menalaah sepenuhnya kitab tulisan Allahyarham, dia telah pergi meniggalkan kita. Dr. Fathi Yakan, permata dunia Islam yang hilang. Saya menitiskan air mata tatkala mendengar berita ini. Apa Ertinya Saya Menganut Islam- buku yang sejak saya kecil lagi sudah berada dalam rumah saya. Ketika kecil saya sering melihat abah membaca buku ini...
Sekarang baru saya sedar, betapa besar nilainya sebuah buku tulisannya ini. Buku rujukan untuk para aktivis Islam, dan remaja dakwah.....Di rumah saya ada dua buku ini dalam versi arab, saya berusaha untuk mebacanya sampai habis. InsyaAllah....
Akhirnya setelah bertungkus-lumus, mengerahkan tenaga untuk bersama membawa kemenangan kepada PAS di Kuala Terengganu, barulah hati saya tenang untuk menulis di sini. Saya telah pulang dari medan kemenangan semalam dengan hati yang girang. Pengalaman berada di sana umpama menyertai program tamrin yang berjaya mentarbiyyah ramai petugas dari Machang. Kami ditugaskan untuk menjaga peti undi Cabang Tiga Losong bersama-sama petugas dari Kuala Krai dan MTD Bukit Tunggal. Alangkah indahnya pilihan raya kecil ini yang berjaya menghimpunkan seramai-ramainya pimpinan bersama dengan pelapis-pelapis muda yang bakal membawa susana baru dalam politik negara masa hadapan. Iaitu apabila generasi saluran satu akan meninggalkan kita. Kumpulan "telan beh" ni memang penganggu kepada perubahan massa.
Pada malam kemenangan, setelah hilang suara kerana begitu kuat bertakbir dan bertahlil kami menuju ke Markaz Besar Pas di Kuala Ibai. Kami sungguh bernasib baik kerana berkesempatan mendengar ucapan sulung daripada YB YB(baca dua kali) Abdul Wahid Endut.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah petikan ucapan Tuan Guru Hj Hadi di malam kemenangan itu,'
Pada waktu ini di Palestin sudah seribu orang penduduk Gazzah yang syahid, tapi apa yang kita tidak tahu, tentera zionis lebih ramai yang terbunuh berbanding dengan tentera HAMAS.
Saudara pada pilihan raya 2004, ketika PAS tewas di Terengganu saat itu Assyahid Syeikh Yasin (HAMAS) juga syahid ditembak oleh tentera zionis, dan disaat ini sewaktu PAS menggapai kemenangan di Kuala Terengganu, tanpa kita sedari HAMAS juga sedang mulai mencapai kejayaan kecil di Gazzah, Palestin!!!
Subhanallah, maha suci Allah yang telah menurunkan tenteranya membantu kemenangan Islam di Terengganu dan ku pohon ya Allah, turunkanlah bantuan yang maha hebat di Palestin.......Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Dalam tiga hari ni saya diwajibkan untuk menghadiri program Kepimpinan Anjuran HEM. Saya adalah peserta dan kadang-kadang bertindak sebagai AJK. Gara-gara program ini dilaksanakan last minute. Guru sukar memberi kerjasama dalam keadaan tergesa-gesa sebegini. Tercongok-congoklah guru HEM yang baru ni melaksanakan program ini keseorangan. Mujurlah ada beberapa senior seperti saya ni yang banyak membantu. Tapi saya tabik kepada HEM baru ni, akrabnya dengan pelajar walaupun tak sampai sebulan dia bertugas di sini. Sukar mencari orang sepertinya.
Satu je kerana Cikgu ni mempunyai fikrah yang jelas...........
TAKRIF Al-JIHAD MENURUT BAHASA Al-Jihaad adalah Masdar dari fi'il Ruba'iy: Jaahada berdasarkan wazan fi'il yang bermakna Al-Mufaa'alatu min Thorfayin (Saling berbuat dari kedua belah pihak) seperti perkataan Al-Jidal yang bermakna Al-Mujaadalah masdar dari perkataan Jaadal . Dari fi'il Thulathi bagi perkataan Jihad adalah Jahida masdarnya Al-Jahdu artinya At-Thooqot (kekuatan), dan masdarnya Al-Juhdu artinya Al-Masyaqqot (jerih payah). Dan didalam Lisanul Arab : dikatakan Al-Jahdu (Al-Jahd) artinya Al-Masyaqqot (jerih payah), dan Al-Juhdu (Al-Juhd) artinya At-Thooqot (kekuatan). Dan dalam Lisanul Arab juga terdapat perkataan Al-Jihaad maknanya : Istifrooghu maa fiil wus'i wattooqoti min qaulin aw fi'li (Mencurahkan segenap tenaga dan kekuatan baik berupa Ucapan maupun Perbuatan). Penulis Munjid mengatakan: Jaahada Mujaahadatan wa Jihaadan artinya Badzala wus'ah (Mengerahkan tenaganya) dan asalnya: Badzala kullum minhumaa juhdahu fii daf'i shohibih (Masing-masing di antara keduanya mengerahkan kekuatannya dalam menolak pasangannya). Dan didalam tafsir An-Naisabury : Dan yang shahih sesungguhnya Al-Jihaad adalah Badzlul Majhuudi fii Husuulil Maqshoudi (mengerahkan segala jerih payah untuk mencapai tujuan). Dari beberapa makna bahasa diatas dapat diperoleh Ta'rif Lughowi yang merupakan hakikat lughowiyyah bagi perkataan Al-Jihaad yaitu: Al-Jihaadu Huwa Istifrooghul Wus'i fiil Mudaafa'ati Bayna Thorofaina Walau Taqdiiroon "Jihad adalah pengerahan kekuatan yang didalamnya saling tolak menolak antara dua kutub walaupun pada takdirnya (bukan pada zahirnya)." Yang dimaksud dengan takdirnya ialah Jihadul Ihsan terhadap dirinya, yaitu: bahawa di dalam diri manusia itu ada dua kutub, ketika kedua keinginan yang saling berlawanan bertemu di dalam dirinya, maka masing masing berjihad untuk mengalahkan yang lain. TAKRIF Al-JIHAD MENURUT ISTILAH SYARAK: "Bahawasannya Jihad itu jika dinyatakan secara mutlak tanpa qayyid maksudnya adalah Qital (Perang) dan mengerahkan kemampuan daripadanya untuk meninggikan kalimatullah. Dan ta'rif Jihad yang lebih mendasar dan lebih mencakup adalah yang dinyatakan dalam Mazhab Hanafi yaitu: Mencurahkan kemampuan dan kekuatan dengan berperang di jalan Allah SWT, dengan jiwa, harta dan lisan dan selain itu." (Al-Kisani, Badai'u Ash-Shanai'i 9/4299) Ibnu Rusyd mengatakan: "Setiap orang yang meletihkan dirinya di dalam mentaati Allah, maka sungguh ia telah berjihad di jalanNya, kecuali bahawasanya perkataan 'Jihad fie Sabilillah' bila dinyatakan secara mutlak, maka dengan kemutlakannya itu tidak dapat diartikan selain dari: Memerangi orang orang kafir dengan pedang, hingga mereka masuk kedalam agama Islam atau membayar Jizyah dari tangan mereka, sedang mereka dalam keadaan hina." (Muqaddimah Ibnu Rusyd 1/369) Dan perkataan 'fie Sabilillah' jika dinyatakan secara mutlak atas sesuatu perbuatan, yang dimaksud adalah Jihad yang maknanya Perang. Oleh karena itu kita lihat banyak para ulama penyusun berbagai kitab mencantumkan hadist-hadist yang mengandung perkataan 'fie Sabilillah' didalam bab-bab Jihad. Misalnya Hadist: "Sesiapa yang berpuasa sehari fie sabilillah niscaya Allah menjauhkan mukanya dari api neraka 70 tahun perjalanan." (Fathul Bari no. 2840, Kitabul Jihad, Bab Fadlus Soum fie Sabilillah 6/47) Untuk lebih menyakinkan kita rujuk kitab kitab: Shahih Bukhari, Sunan Nasai, Sunan Tirmidzi, At-Targhib wat Tarhib, dan lain-lain Ibnu Hajar berkata: "Dan yang tidak memerlukan pemikiran yang panjang untuk memahami lafaz 'fie sabilillah adalah Jihad." 12/05/98 Abu Aqeedah Mati Hanya Sekali, Jadikannya Pada Jalan Allah