SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
PRK- Nota Buat Calon & Pengundi
Sunday, January 17, 2010

Salam syuhada'

Suasana sejuk masih lagi terasa walaupun beberapa hari lagi Pilihan Raya Kampus di USIM akan berlangsung. Tarikh keramat 21 Januari ini wajib diambil perhatian oleh 5000 warga kampus USIM.

Kenapa saya katakan wajib? Kerana ia adalah soal prinsip, hak, kebajikan dan suara mahasiswa yang satu-satunya didengari dan berkuasa di bumi Iqra' ini.

Undi kalian adalah penentu kepada hak dan kebajikan semua mahasiswa. Di sini saya ingin kongsikan beberapa nota penting untuk calon dan pengundi.

Nota Untuk Calon


Wahai pemimpinku,

Jika benar kalian ingin masuk bertanding, ketahuilah saudara sebenarnya sedang memasuki satu kancah perjuangan yang berliku. Ingatlah pencalonan saudara adalah pencalonan untuk menegakkan kebenaran dan menghumbankan kebatilan.

Wahai pemimpinku, jika benar kalian ingin bertanding renungilah dan teladanilah perjuangan junjungan kita Rasulullah S.A.W. Saudara, Rasulullah hampir-hampir sahaja mati kerana diserang dan dicekik oleh sekumpulan musyrikin Mekah sebaik sahaja keluar dari masjidil Haram hanya kerana menerangkan kalimat hak iaitu Islam.

Saudaraku, ingatlah Nabi Muhammad tidak pernah merasa senang sepanjang 23 tahun memimpin perjuangan Islam. Saudaraku, Nabi Muhammad memimpin dengan air mata, darah dan perit peluh perjuangan semata-mata untuk menghapuskan kejahilan masyarakatnya.

Ingatlah kalimah akhir nabi sebelum dicabut nyawanya : "Ummati, Ummati, Ummati..."

Wahai pemimpinku, jika kalian tidak menangis kerana berfikir tentang kebajikan mahasiwa USIM, usahlah kalian bertanding. Kerana pemimpin yang tidak mengasihi rakyatnya adalah berkepentingan diri.

Prihatinlah kepada nasib mahasiswi yang berada jauh di Nilam Court sana untuk datang setiap hari ke kampus. Dengan jaminan keselamatan yang tidak sepenuhnya, bas yang tidak secukupnya, masa yang dibazirkan dan jarak yang jauh itu sudah cukup menyeksa mahasiswi di sini.

Wahai pemimimpinku, pernah kalian menyebut tentang makan minum kami di sini? Jika tidak usah bermimpi untuk bertanding. Pernahkah kalian melihat mahasiswa yang mencatu makanan pagi dan malam semata-mata untuk menjimatkan duit.

Pernahkah kalian mempersoalkan perniagaan buku-buku teks yang mahal di jual di sini? Pernahkah kalian menziarahi mahasiswa yang kebakaran rumahnya, kematian ayahnya dan kemiskinan keluarganya dan merana nasib hidupnya??? Jika tidak batalkan sahaja pencalonan saudara.

Lihat sahajalah surau Sutera Indah, sempit, panas dan tidak selesa bagaikan "hidup segan mati tak mahu."

Dimana perjuangan rohani kalian?? Pernah kalian mendengar suara azan
berkumandang di kampus USIM? Pernah saudara bersuara tentang hal ini kepada HEP atau Canselori?

Cukup setakat itu nota untuk calon. Jika tidak mampu, batalkan sahaja pencalonan kalian. Isu di atas hanya untuk calon-calon yang bercita-cita ingin memertabatkan kebajikan mahasiswa USIM.

Ingatlah, sahabat nabi Abu Dzar tidak diberi jawatan oleh Nabi Muhammad kerana Rasulullah sedar ketidakmampuan sahabat untuk memimpin.

Prihatinlah. Think others. InsyaAllah, kami mahasiswa akan mengundi sesiapa sahaja yang ingin memperjuangkan hak kami.

Nota Buat Pengundi

Sahabatku, bakal pengundi perubahan. Berjanjilah, bahawa kalian akan menggunakan hak sebagai pengundi untuk mengundi pemimpin yang begitu layak dan sesuai untuk memegang tampuk kepimpinan mahasiswa USIM. Satu undi kalian untuk perubahan dan kebajikan mahasiswa.

Tahukah kalian, disaat nabi dicekik oleh kaum musyrikin, Abu Bakar lah yang datang menyelamat baginda dari terus diseksa. Kalaulah tiada penyokong dan pembela hebat
seperti Abu Bakar, sesungguhnya sungguh sukar untuk baginda berdakwah.

Ingatlah, disaat kematian nabi Muhammad, Umar Al-Khattab la orang yang paling kuat menangis, Abu Bakar pengsan, Ali bertitis air mata dan Uthman berteleku diam. Tengoklah saudara, sahabat-sahabat ini, adalah penyambung, pembela dan penyokong Rasulullah dan kebenaran ajaran yang dibawa Khalilullah.

Ibrah dari kisah nabi, ingin ditafsirkan kepada mahasiswa bakal pengundi. Kalian wajib menyokong dan membela calon pejuang kebajikan mahasiwa. Calon yang berani menyatakan kebenaran dan calon yang akan membina perubahan minda mahasiswa. Kalian wajib memilih calon ini.

Jangan sesekali kalian salah memilih. Jangan nanti pilihan kalian mengundang murka Allah. memilih pemimpin yang benar adalah suruhan Allah, dan mentaati pemimpin yang benar ini juga adalah suruhan allah.

Tegarkah kalian untuk senyap tidak mengundi? Atau menjadi batu yang tidak berguna di kampus USIM. Ubahlah mentaliti mahasiswa yang peduli akan keadilan, kebajikan, dan keintelektualan mahasiswa USIM.

Saudara, saya menulis dengan linangan air mata, merayu agar kalian keluar mengundi untuk kepentingan kita bersama.

InsyaAllah. Pilihan raya kampus ini datang bersama berkah Allah membantu dan membenarkan kata-kataNya: "Negara yang baik, Tuhan yang Maha Pengampun".

Marilah kita jadikan kampus USIM sebagai sebuah kawasan yang dipayungi berkat Ilahi, dengan adanya pemimpin yang takut kepada allah dan menunaikan amanah kepimpinannya.

::21 Januari 2010,
tarikh keramat Mahasiswa yang mendokong
keadilan dan kebajikan::


Jika kalian bersama saya, sebarkanlah risalah ini.

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 10:23 PM  
1 Comments:
  • At 1/19/2010 7:30 PM, Anonymous Anonymous said…

    KEPADA CALON PILIHANRAYA:

    1. pernahkah anda terfikir berapa kali kami dihalau dari Acasia dengan rakus oleh pegawai USIM diawal, tengah dan hujung semester walaupun yuran asrama dibayar.

    2. wajarkah kami penghuni wanita dihalau keluar dari ACasia untuk menempatkan pekajar lelaki dari IPT lain di bilik kami dan rakan wanita kami ditingkat atas dalam blok yang sama dengan lelaki ini. Ini lah kerja USIM tapi tiada MPP pun simpati dengan kami.

    3. wajarkah peserta wanita IPT lain pula ditempatkan bersama pelajar lelaki USIM di Sutera Indah.

    4. Pernah tak anda dengar USIM menganjurkan solat zohor dan asar berjemaah dalam suraunya sedangkan ia menggunakan nama Islam pada Universiti ini. Di mana semua pensyarah lulusan agama USIM? Pimpinan pun tak tunjuk model yang baik. Bagaimana pula nak paksa kami buat itu ini. Kita bersolat berjemaah, mereka hu ha sana sini waktu solat.

    5. Tahukah anda bahawa selepas pilihanraya ini, tiada lagi kantin di PKP. Kita kena ke PK pula. Tak bolehkah PKP dan PK sama-sama ada kantin dan pelajar boleh dipecahkan ke kedua-dua tempat ini.

    6. Tahukah anda bahawa arahan PKP tutup hanya lepas pilihanraya saja kerana takut pelajar tahu rahsia ini dan berdemonstrasi.

    7. Calon Pro Aspirasi dibentuk untuk menang. Calon Pro M ditekan dan dihalang dari bertanding.

    8. E Undi sudah merangka siapa yang menang. Manipulasi telah dibuat untuk menunjukkan 100% turun mengundi.

    10. Buatlah yang terbaik kepada pengundi anda bila menang. Bukan buat yang baik untuk pegawai USIM sahaja. Mereka tak undi anda. Adna jadi kuli mereka saja.

    KEPADA PENGUNDI:

    1. Bentuklah MPP yang berjuang membantu anda. Bukan yang hanya bergaya YB. Kita tak mahu yang pandai cakap. Kita mahu yang bekerja untuk kita. YB kita adalah Yang Berkhidmat bukan Yang Berlagak.

    2. Pastikan kemenangan calon yang tidak disokong oleh USIM. Supaya tidak menjadi YES MAN

    3. Kedudukan kita diasrama sudahlah sentiasa terancam dengan ancaman luar. Ditambah pula dengan pegawai asrama dan HEP yang bengis dan kasar.

    Tok Kuala Besut.

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com