SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Catatan Akhir Ramadhan
Friday, September 10, 2010



Salam Ramadhan,

Ini adalah catatan lewat setelah Ramadhan berlabuh sepi. Tapi biarlah ia catatan kenangan saya sepanjang mengharungi madrasah Ramadhan ini.

Pada awal Ramadhan saya dan sahabat-sahabat lain ditugaskan untuk menjadi Imam dan pentazkirah di surau-surau kolej kediaman. Saya sempat beberapa kali bertazkirah dan mengimami solat terawikh di Kolej Sutera Indah serta di Qaryah Ramadhan, PKP.

Tapi suatu yang sukar menjadi Imam ialah saya tidak mampu melagukan bacaan dengan baik. Ia adalah satu kekesalan bagi diri saya dan berazam untuk memperbaiki mutu bacaan Al-Quran. Kadang-kadang bacaan kita boleh menjadi buah mulut orang terutama jika berada bersama masyarakat. Saya menginsafi kekurangan ini dan berusaha untuk memperbaikinya.

Tugas yang agak berat bagi saya dalam mengharungi madrasah Ramadhan ini adalah menyampaikan tazkirah. Saya berusaha sedaya mampu dalam penyampaian saya agar hati para pendengar ini tersentuh. Kerana sering kali Tok Guru berpesan para daie perlu menyentuh jiwa mad'unya. Sehinggalah di pertengahan Ramadhan suara saya kering dan demam akibat kerap bertazkirah apatah lagi mike yang digunakan uzur dan memberi kesan terhadap suara saya. Jadi di pusingan kedua Ramadhan saya berhenti bertazkirah.

Pada bulan ini juga, aktiviti Ramadahan dipenuhi dengan majlis Ilmu. Saya menyertai pelbagai seminar dan slot ilmu. Antara yang menarik adalah slot bersama Ustaz Shaari dari IP Minda. Penyampaian berfakta tentang sirah Rasul pada bulan Ramadhan cukup membangkitkan semangat perjuangan dalam konteks mahasiswa di kampus.

Saya begitu terkesan dengan penceritaan Perang Badar yang disampaikan oleh Dr Zulkifli Al-Bakri. Begitu detail, penuh tragik dan emosi. Syarahan bersahaja Dr Zu bagaikan limpahan mutiara hikmah yang tak pernah didengari.

Kemudian, di pertengahan Ramadhan, Syariah law Club menganjurkan Wacana Istinbat Hukum dengan tajuk : Talfiq Mazhab. Tajuk ini agak kontroversi namun penyampaian oleh Dr Zulkifli Al-Bakri dan Dr Wifaq Mokhtar begitu menarik, menyakinkan dan jelas. Apapun, pada pandangan saya walaupun kesimpulan dari wacana ini, penyampai begitu jelas menolak talfiq mazhab namun saya yakin ada ruang kepada perluasan perbincangan tajuk ini.

Di pusingan akhir Ramadhan sekali lagi saya berpeluang menyertai program Daurah Ramadhan di Surau An-Nur, Bangi, menampilkan ustaz Nik abduh dan dua penceramah yang saya lupa namanya. Seminar berkisar tentang Ramdhan bulan Al-Quran, bulan maghfirah dan bulan jihad. Penyampaian yang mantap oleh ketiga-tiga pembentang begitu mengujakan dan membuatkan kami memahami betapa bernilainya sebuah Ramadhan ini.

Pada 27 Ramadhan ketika saya berada di kampung halaman, saya berpeluang bertemu murabbi cinta, Alfadhil ustaz Yahya Othman. Murabbi bercerita tentang perjuangan dan jerih perih kehidupannya sepanjang berada dalam medan ini menyebabkan air matanya tumpah dan jatuh mengalir. Kami yang hadir turut merasa sebak, betapa hebatnya kehidupan beliau. Usianya tak melunturkan semangat juangnya berjihad di medan ini.

Akhirnya saya akhiri catatan Ramadhan saya dengan peristiwa sadis di hari-hari akhir Ramdahan. 29 Ramadhan.. Cukuplah gambar-gambar di atas menceritakan segala-galanya. Saya tak memerlukan kepakaran ini buat masa sekarang.

Minal Idin Walfaizin

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 2:26 AM  
1 Comments:
  • At 10/30/2010 6:04 PM, Blogger pena abid said…

    syihan2...cmne ikan leh jtuh..nk pegang kuali dgn kain..sebek bkn kuali yg jtuh...klo x melecur kaki...

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com