SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Nikah Khitbah - Saya Mahu Jadi Pelopor
Monday, August 23, 2010
Salam syuhada'

Salam Ramadhan Kareem...

Agenda Ramadhan adalah melahirkan ketaqwaan dan rasa takut kepada Allah S.W.T. Saidina Ali mentakrifkan takwa sebagai ; Takut kepada Allah yang Agung, Beramal dengan apa yang diturunkanNya, Redha dengan kurniaan yang sedikit dan bersedia menghadapi Hari Perpindahan (hari Qiamat).


Proses mendapatkan ketakwaan dalam bulan Ramdhan ini dengan kita bersungguh melaksanakan ibadat kepadaNya. Maka aktiviti tadarrus Al-Quran, bertarawikh, Qiam dan tazkirah adalah proses untuk melahirkan ketakwaan kepada Allah S.W.T.
Perkara yang paling penting adalah selepas melalui madrasah Ramadhan ini, apakah perlaksanaan yang sepatutnya dilakukan oleh hamba bagi membuktikan kejayaan tarbiyyah itu tad?. Sepatutnya agenda mengubati masalah masyarakat adalah agenda utama sebagai bukti kejayaan tarbiyyah di bulan Ramadhan.

Sungguh mendukacitakan, sepanjang Ramadhan ini media massa begitu istiqamah menyiarkan berita pembuangan bayi di seluruh tempat di Malaysia. Melaka menjadi kawasan popular tempat berlakunya pembuangan bayi. Seakan-akan masyarakat kita kembali ke dunia jahiliyyah.

Semua pokok permasalahan ini merujuk kepada didikan nilai kepada masyarakat semasa. Masyarakat sudah hilang nilai akhlaknya, sudah hilang identiti Islamnya. Cinta songsang menjadi pilihan, pembunuhan anak tidak berdosa adalah tafsiran kepada rosaknya nilai dan budi masyarakat. Semua kes ini berlaku dalam kalangan remaja lebih-lebih lagi remaja yang berpendidikan di universiti.

Dalam konteks USIM sebagai universiti Islam, sudah sampai masanya USIM menjadi peneraju kepada solusi masalah ummat. Perlaksanaan idea kepada penyelesaian masalah ini perlu diorganisasikan dan tadbir urus dengan bersungguh-sungguh dan cermat. Jika melihat suasana masyarakat kampus USIM, sudah tiba masanya kita melakukan sesuatu bagi mengubat penyakit yang parah dan berjangkit ini.

Penyakit yang parah yang dimaksudkan di sini ialah penyakit cinta tanpa ikatan sah, ikhtilat yang mulai bermaharajalela, pertemuan lelaki dan perempuan dalam keadaan berdua-duaan, lelaki dan perempuan berada dalam kereta berpasangan, lelaki dan perempuan berbonceng menaiki motorsikal sehingga kadang-kadang membawa kepada peristiwa penangkapan khalwat di rumah sewa, mengaku berzina dan pelbagai lagi peristiwa yang mengaibkan kepada kita warga universiti.

Perhatian! Jika inilah masalahnya, adakah cukup dengan melarang mereka tanpa memberi apa-apa jalan penyelesaian untuk membantu mereka? Adilkah kita tidak befikir untuk membantu menyelesaikan masalah mereka?

Masalah hawa nafsu dan kemaruk cinta ini perlu disalurkan kepada tempat dan tindakan yang halal. Maka di sini cadangan terbaik ialah nikah khitbah atau nikah gantung.

Nikah khitbah adalah resolusi yang dicadangkan selepas perbincangan 10 NGO di peringkat pusat. Maka USIM perlu bertindak proaktif menjayakan resolusi ini.

Sesungguhnya, USIM adalah tempat berkumpulnya sejumlah besar pelajar aliran agama di Malaysia. USIM merekodkan jumlah mahasiswa terbanyak yang mengambil pengajian jurusan agama. Asas agama yang ada pada mahasiswa perlu dimanfaatkan secukupnya supaya mereka bertindak mengikut syariat juga.
Nikah khitbah adalah pendekatan fiqh yang memudahkan urusan perkahwinan. Ia bertujuan memberi ruang kepada pasangan itu bersedia untuk memasuki alam kekeluargaan yang sebenar. Perkahwinan ini begitu ideal untuk pasangan yang sukar dan tidak berkemampuan memegang tangunngjawab yang besar menyara kehidupan berkeluarga. Hak-hak memberi nafkah, menyediakan keperluan dan duduk bersama digugurkan dalam tempoh perkahwinan ini. Namun demikian rukun-rukun perkahwinan kekal diikuti tanpa apa-apa pengurangan.

Justeru, alangkah indahnya jika permasalahan sosial yang berlaku kepada masyarakat kampus USIM diatasi dan dibanteras menggunakan kaedah perkahwinan khitbah ini. Mahasiswa hanya perlu meminta kebenaran wali untuk bernikah tanpa perlu memikirkan tanggungan untuk isteri yang dinikahinya (mahasiswi).

Sisuami (mahassiwa) tidak perlu pening berfikir untuk membahagikan wang biasiswanya untuk isteri(siswi). Kerana bukan dalam tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri dalam tempoh ini (nikah khitbah).

Sisuami juga tak perlu kalut mencari rumah sewa untuk tinggal bersama, kerana mereka diberi kelonggaran untuk tinggal berasingan. Maksudnya, yang berada di Desa jati boleh kekal berada di Desa Jati, manakala yang berada di Sutera indah kekal berada di Sutera Indah. begitu juga yang berada di Anggerik, Desa Kasia, Akasia dan Nilam. Kekallah kalian di tempat tinggal kalian tanpa perlu berpindah randah.

Apa yang menarik, apabila mereka berkahwin dengan cara ini, mereka tanpa perlu segan-silu untuk bertemu secara berdua-duaan di mana sahaja mereka suka. Mereka boleh duduk berdua-duaan di perpustakaan berbincang dan belajar. Mereka boleh bertemu di kedai makan dan makan bersama-sama. Malah boleh berjalan-jalan beriringan ke mana sahaja, jika mahu berdua-duaan di dalam kereta, silakan skuad AMAN tidak akan melarang dan membantah, malah bersyukur dan sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian berdua.

Bahkan, jika kalian terlanjur sekalipun, kalian sebenarnya sudah halal untuk berhubungan, tiada masalah lagi. Kalian bukan lagi berzina tapi kalian sedang menuruti sunnah yang besar iaitu berkahwin. Maka keberkatan yang besar untuk kalian. Jika hamil sekalipun, tiada cercaan yang dikenakan, sebaliknya keluarga di kampung menyambut dengan kesyukuran. Kerana kalian telah menyambung nasab keturunan yang sah. malahan kalian pasti bangga menjadi ayah dan ibu muda untuk anak kalian.

Maka indahnya jika suasana halal dan soleh ini tercipta di bumi USIM tercinta ini. Bantulah mereka yang memerlukan ini. Bantu dalam sudut memberi penerangan, garisan syariat yang perlu dipatuhi dan cadangan serta nasihat yang terbaik supaya mereka memilih cara ini bagi menghalalkan hubungan mereka.

Malahan jika berkewangan, bantulah dari segi menyalurkan sedikit kewangan kepada mereka, supaya mereka kuat dan bersemangat menghadapi dunia baru dan mencabar, iaitu dunia perkahwinan. Saya pernah dengar, UIA menyediakan penginapan dan kewangan khas untuk pelajar yang berkahwin. Alangkah indahnya jika USIM juga melakukan perkara berkebajikan seperti ini.

Sedang berkhayalkah saya dengan segala cadangan ini? Atau saya sedang mimpi bagaikan bulan jatuh ke riba. Tapi saya yakin ini adalah mimpi soleh untuk perjuangan yang soleh. Tak tegar lagi hati ini melihat kemungkaran mulai masuk sedikit demi sedikit ke bumi tarbiyyah ini. Bumi USIM jangan dikotori dengan maksiat. Saya tidak sekali-sekali redha jika ini berlaku.

Ayuh kita organisasikan agenda ini. Kita susunkan ia. Tanzimkan ia. Jelas matlamatnya untuk dakwah kepada insan-insan di bumi USIM. Biar tahu erti cinta soleh, perkahwinan yang berkat dan kehidupan yang halal. Jangan biar mahasiswanya berijazahkan syariah tetapi menjadi musuh Allah. Takrif halal dan haram sudah sebati di mulut, tapi hatinya bergelojak dengan hawa nafsu jahat yang membunuh keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Salurkan kepada tempat yang syara' nescaya fitrah itu membantu ke arah keberkatan hidup.

Saya cuba melopori tuntutan ini, tuntutan untuk nikah khitbah. Tetapi bukan bermaksud saya yang memulakan perkahwinan, tapi sebagai pendesak kepada jemaah, organisasi dakwah dan tarbiah di bumi USIM, baik MPP atau SPMM. Cuba cetuskan syariat ini, jadikan ia satu fenomena dakwah di bumi USIM. Biar bersinar syariah Allah di bumi USIM. Ini proposal saya kepada kalian. Minta dibahaskan.
Bersabda nabi S.AW. : "Wahai sekalian pemuda, Jika sesiapa dikalangan kamu mampu berkahwin, maka berkahwinlah, sesungguhnya (perkahwinan) ini menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Jika tidak mampu, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya (puasa) itu adalah ubat.

P/s : Ini adalah terjemahan idea yang dicetus oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi di alamat blognya http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Labels: ,

posted by tok pulai chondong @ 3:18 PM  
9 Comments:
  • At 8/24/2010 7:02 AM, Blogger Si Pengemis Iman said…

    This comment has been removed by the author.

     
  • At 8/24/2010 7:22 AM, Blogger inniakhofullah said…

    Salam,

    hanya sekadar pendapat.
    kadang-kala perkahwinan boleh menjadi cara penyelesaian yg baik cuma,masih ada cara lain yang boleh dipraktikkan.

    kalau mereka ini berkahwin,pasti mereka akan mempunyai nilai tanggungjawab(akhlak baik)?

    Cuba fikir,mereka yang senang2 mempamerkan keaiban/kejahatan dengan 'berdating dsb' ini ada tanggungjawabkah??

    mereka yang punya nilai tanggungjawab untuk sesebuah rumahtangga tidak akan luntur nilai akhlaknya,

    maka dari mana datang akhlak?sudah tentu dari akidah yang teguh serta ikut syariat yang betul...

    maka kesimpulannya,

    mereka ini harus diperteguhkan dengan tauhid serta syariat dulu sebelum memasuki alam 'tanggungjawab'

    hak Allah tak selesai lagi,agak2 hak manusia akan terbayar?

    perkahwinan bukan penyelesaian,apatah lagi khitbah,

    ia sebuah permulaan tanggungjawab.

     
  • At 8/24/2010 11:06 AM, Blogger nurilahi said…

    Salam...

    Tidak di nafikan ini adalah satu jalan penyelesaian yg baik bg mereka2 yg benar2 faham agama...tp bagi yg kurang arif atau jauh drpd nilai agama, mungkin mereka akan menjadikan ini satu jalan mudah bagi menghalalkan hubungan..bimbang kejahilan ilmu rumahtangga d kalangan pasangan muda menyebabkan lebih banyak kes penceraian...bergegar aras bila talak di lafazkan..Allah juga tidak menyukai penceraian.

    Kaedah ini bergantung kepada individu itu sendiri, ianya baik bagi mereka yg benar2 faham agama...manakala bagi yg kurang arif..mungkin mendatangkan permasalahan..contoh nasib ibu-ibu muda dan anak yg tak terbela setelah penceraian berlaku..

    Sebagaimana yg kita tahu, kes2 pembuangan bayi banyak berlaku di kalangan remaja yg hidupnya tidak bersendikan agama, berbanding remaja yg cukup didikan agama namun tenggelam di hanyutkan oleh badai cinta, gelodak nafsu juga hasutan syaitan laknatullah kerana lupa akan batasan yg telah ditetapkan oleh syariat..

    Ini sekadar pendapat..boleh di terima atau dibangkang...

    Wallahua`lam

     
  • At 8/25/2010 9:05 AM, Blogger tok pulai chondong said…

    isunya sekarang - masalah sosial bagaikan tiada pengubat dan penawar..

    didikan adalah salah satu carany..


    tapi taisir zawaj-atau permudahkan perkahwinan juga cara yg penting menyelesaikan masalah ini..

    masyarakat sekarang melihat perkahwinan satu yg berat, kerana mengimiginasikan, kahwin dengan adat yg pelik dan kos yg mahal..sedangkan kahwin dengan mahar sebiji kurma pun sah....

    sekarang kita nk buang perspekttif negatif remja tentang perkahwinan...

    biar dia tahu nilai kahwin..

    cadangan ini memerlukan masa utk memahami, bukan terus dilaksankan

     
  • At 8/25/2010 1:45 PM, Anonymous Anonymous said…

    masyarakat PERLU melihat perkahwinan itu satu yang berat.bukan ringan...berat dari segi tanggungjawab..

    sebelum melaksanakannya kena tahu dulu tujuan perkahwinan ni..

    mungkin antara faktor yang nta ulas adalah kerana gejala sosial yang berleluasa dan perbuatan zina yang tidak dapat dibendung..

    tetapi...cuba nta fikir...adakah perkahwinan yang nta mahu syorkan hanya semata-mata unutk menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan?

    jika itu tujuannya,maka hanya itu yang akan kita peroleh..

    perkahwinan hanya unutk memberi cop halal unutk 'hubungan'
    bukan untuk melahirkan generasi soleh solehah....

    ini malaysia,bukan keperluan pelajar2 di luar negara yang menuntut kepada keselamatan seperti di Mesir dan sebagainya.

    kesian ibu bapa,xdpat rasa lagi anak-anak menanggung mereka ketika di usia emas..

    Misi Usim xhabis lagi...

    sy tak rela masyarakat yang sebelum ini tidak pernah kenal nama USIM pun tiba-tiba terkenal kerana mahasiswa2nya yang cepat berkahwin(untuk elak zina),bukan kerana kegemilangan serta keizzahan mahasiswa-mahasiswi usim itu sendiri...

    Jika kamu masih tidak mampu,bersabarlah....
    nilai kesabaran itu kelak dihapuskan jika pelaksanaan ini dianjurkan

     
  • At 8/25/2010 3:55 PM, Blogger Fazareez Fauzi said…

    Salam Ramadhan,

    Post yg menarik. Memanglah setiap perkara ada pro n contranya. Sebagai seorg muslim, perlulah menimbang manfaat melebihi kemudharatan. Krn syariat dtg utk mencari maslahah dan menolak mafsadah (جلب المصالح ودرء المفاسد)

    Saya menyambut baik saranan penulis dgn melihat fenomena yg berlaku skrg. Drpd hubungan cinta terlarang terjalin dgn melahirkn lbih bnyk yg haram, lebih baik ambil cinta yg halal biarpun ada sedikit kekurangan dan keburukan berbanding yang haram. Berpaksikan qaedah fiqh jika bertembung 2 mafsadah, ambillah yg plg ringan (إرتكاب أخف الضررين).Adakah anda rela melihat usim dilimpahi maksiat
    Ini adalah 1 alternatif. Hr ini org melarang tanpa memeberi jaln penyelesaian. Inilah 1 permasalahan. Anda rela melihat rakan2 dibuang u hanya kerana cinta yg x halal. dicemuh masyarakat, dibuang keluarga etc..

    Menurut pendapat penulis, jdkn usim sbg pelopor berkaitan perkara ini memandangkan kita membawa imej Islam adalh cdgn yg baik.

    Memetik kata2 seorg lecturer FPQS, di usim xda susana nikah ketika belajar spt di UIA. Bnda sebegini ptut disemarakkan. Sy ykin ada shbt dikalangan anda suma yg sudah berkahwin swaktu belajar. Sengsarakah hdup mereka? Kebulurkah mereka? Xdpt studykah mereka?

    Berkata ustaz tersebut lagi, menurut hadis yg shohih(x ingt matan), 3 golongan yg Allah cnfirm akan tolong, antara slh satunya, orrg yg berkahwin krn ingin menjaga maruah(hati) mereka dr bergelumang maksiat. Usah bohong jika muda remaja x pernah memikirkan soal ini.

    Setuju dgn penulis, bhw hr ini org memeberatkan perkahwinan, sehingga mereka mengambil jln mudh mencari yg haram.

    Sy rs x slh jika nikah khitbah ini dianggap seolah hanya utk cater mslh 'hubungan suami ister' krn itulah solution permasalahn yg kita cr skrg dlm masyarakat.Jikalau sekalipun penulis menganggap bhw pernikahan hanya utk mendapatkn 'hubungan' tersebut shj, bg sy tdk ada salahnya. Krn takrif pernikahan dlm kitab fiqh sendiri pn menyebut bahawa Nikah itu adlh "aqad yg membolehkan berseronok(hubungan suami isteri)" عقد يتضمن إباحة استمتاع

    Mohon maaf atas kekhilafan. Ini adlh pndpt peribadi, blh dicadang @ dibangkang.

    p/s: jikalau hal ini menjadi 1 keprluan dn bknnya kehendak, sy rela menjadi org 1 yg menyahutnya.

     
  • At 8/26/2010 5:04 AM, Anonymous Anonymous said…

    hendak atau tidak..selesaikan yang aula dulu..

    syihan,rasanya kene survey pendapat ibu bapa mahasiswa pula..

    baru adil...pelajar ni jiwa muda,masih bergelojak untuk kahwin awal..

    ibu bapa punya pengalaman yang jauh lebih bermakna,jadi tanyalah mereka.

    tidak adil sekiranya kita meminggirkan mereka..

    mungkin gejala kiamat sudah dekat..

    remaja kahwin awal kononnya untuk elak fitnah,tetapi sebenarnya kahwin,dan lahirkan anak kemudian letak anak-anak mereka bersama ibu bapa..ibu bapa diperhambakan anak-anak...

     
  • At 8/27/2010 6:57 PM, Blogger زركشي خليلي said…

    hadisnya cukup jelas, sape yang mampu? jadi kepada yang tidak mampu? dan penawarnya cukup jelas iaitu berpuasa... memangla tak menyusahkan siswa tapi yang ibu bapa cmne? yg tlg bg duit?... suami wajib bagi nafkah kat isteri, tapi ini suami pun orang yang bagi nafkah camne? kebanyakan siswa assignment pun terkejar2 nak wat ni nak pikul satu tanggungjawab yang besar pulak, kalau betol2 cinta kerana Allah tak timbul isu2 ni, ni semua timbul kerana cinta atas dasar ape?-fikir2kanlah... ,macam mane nak cinta kerana Allah, kalau tak mencintai Allah dengan sebenar2 cinta... cinta adalah perasaan yang suci yang hadir dalam hati2 yang suci yang datangnya dari Allah yang maha suci. ni takrifan ana, jadi ramai yang sebenarnya hari ini takde pun cinta ni tapi perasan ade tu yg banyak masalah timbul, lepas tu salahkan cinta, padahal takde pun cinta tu.. khulasatul kaul ya akhi ya akhowah talabah kalau benar anda cintakan seseorang sememangnya and sanggup bersabar untuknya dan sememangnya anda akan berusaha untuk menjadi yang terbaik sebelumpergi memintanya dari penjaganya yang menjaganya dengan baik sekali.. jadi baik kah anda wahai si jejaka jika anda membebankan penjaga anda untuk menanggung anda seta zauj anda yang kononnya anda sanggup tunggu seribu tahun itu? fikir2kanlah, sebenarnya lebih elok mahasiswa itu mencari cinta yang hakiki itu dulu sebelum hendak bercinta kerana ramai yang sebenarnya bercinta tapi sebenarnya tak de pun cinta tu, nafsu semata-mata.... waallahualam...

     
  • At 3/05/2011 4:16 PM, Anonymous ikhwan said…

    assalamualaikum....cadangan yang mendapat sokongan dari pensyarah2... seorang ustaz ad mengatakan..jgnlah kita buat bisnes yg tdk menguntungkan (bercouple) tapi buatlah bisnes yg menguntungkan( berkahwin) wallhualam..boleh dipertimbangkan...

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com