SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Rehlah Ke Jeram Batang Nyior
Sunday, May 04, 2008








Tanpa disangka-sangka perancangan yang tergesa-gesa membawa kami menikmati ketenangan dan kehebatan ciptaan Ilahi di puncak bukit, Jeram batang Nyior, Kampung Dewan labok. Pada mulanya hanya seramai tujuh orang sahaja yang bersetuju dengan trip ni, tapi sampai je waktu tamat persekolahan, kelas Tingkatan enam bawah menjadi riuh dengan mesyuarat tergempar, "rehlah dan mendaki bukit ke Jeram Batang Nyior."







Kata putus telah dibuat, seramai 20 orang telah bersetuju untuk menyertai program ni dan yuran dikenakan sebanyak tiga ringgit seorang. Melihat kepada kewangan yang begitu mendesak, seorang pelajar tua yang berpengalaman memberi idea supaya medapat sponsor daripada guru-guru sekolah ni. Maka dengan muka yang tebal kami melaksanakan misi mengumpul dana program ni. Seorang demi seorang guru kami temui secara sembunyi-sembunyi sehinggalah keadaan menjadi gawat apabila ramai guru tahu dan menyokong usaha ini dan memberi kewangan sekadar yang termampu. Misi kami hampir selesai, kami berjaya mengumpul sebanyak RM 76 hasil daripada misi ini. Namun satu perkara penting tidak selesai, apabila baru kami sedar, kami lupa memberitahu perkara ini kepada bos merangkap guru kelas. Maka bersegeralah kami terangkan perancangan ini. Kesimpulannya ramai guru yang ingin turut serta dalam program ini, maka kami tukarkan program ini kepada "hari Keluarga Tingkatan 6. Duit dah ada, guru pula ada yang nak datang, maka catatan episod kembara bermula...........






Khamis 10.30 pg




Kami berkumpul di sekolah, kemudian bertolak menuju ke destinasi. Singgah sebentar ke rumah Ustazah Nabilah, mengambil puding dan anaknya yang turut serta dalam episod kembara ini. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Jeram Batang Nyior yang diketui sendiri oleh Cikgu Kamaruddin, orang yang bertanggungjawab dalam menjayakan misi ini.




11.00 pagi segala barang keperluan dan bekalan di bawa ke tempat lapang. Sedikit kemalangan berlaku, apabila salah seorang peserta tersembam jatuh ke dalam air kerana tersepak batu. Namun misi kami berjalan lancar. Setelah tempt membakar ayam disiapkan, kami tak sabar-sabar lagi untuk mendaki bukit yang belum pernah kami rasai ini. Ada yang sudah berendam di dalam air kerana begitu teruja. Dalam keadaan peserrta sibuk menyiapkan tempat, tiba-tiba kami terpandang ke sungai dana dapati anak ustazah Nabilah, Syahir terkapai-kapai seperti kelemasa, mujurlah Mustapha bertindak pantas terus terjun untuk menyelamatkan budak Syahir ni. Alhamdulillah, program kami tidak tergendala dengan insiden ini.










Allah sahaja yang tahu betapa indahnya kami melihat ciptaannya di sana. Kami jangka hanya satu dua sahaja air terjun yang jumpa. Rupa-rupanya berbilang-bilang lagi air terjun di atas sana. Setiap kali bertemu dengan air terjun kami menempik keriangan dan berasa takjub dengan keindahan air terjun.






Walaupun sudah jauh di atas, perasaan ingin mendaki lebih jauh ke atas tidak menghalang keletihan yang menguasai kami. Ada dua tiga orang sahabat kami yang tidak larat turun ke bawah, ada yang cedera dan ada yang sudah lapar.




Kami sampai di atas puncak dengan hati yang girang, walaupun beberapa orang sahabat ada yang hampir kemalangan kerana cabaran yang terpaksa kami tempuhi. Bukit-bukit yang kami daki seolah-olah seperti gunung, dan perasaan adventure begitu kami rasakan.

Sehinggalah ke puncak barulah perasaan sayu menerbu perasaan. Waktu inilah saya menyindiri memikirkan kehebatan ciptaan Allah S.W.T. Mulut ini basah dengan zikir kepada Allah, mudah-mudahan perasaan penghambaan kepada Allah menebal di hati.


Jam 2.30 petang kami mengambil keputusan untuk turun ke bawah untuk bersiap solat zohor dan menikmati hidangan tengahari. Di bawah sana sahabat sudah menyiapkan makana, menunya adalah nasi ayan bakar kuah pedas. Rupa-rupanya dua orang ustazah kami datang meraikan jemputan kami. Ustazah Bahiah dan Ustazah Nabilah dengan keluarganya. Namun kami tak sempat bertemu kerana sudah pulang sewaktu kami sedang mendaki.


Sedikit terkilan kerana guru kelas tidak hadir bersama, mungkinkah masih marah kerana tak beritahu awal-awal tentang program ni. Minta maaflah ustazah, hari tu memang tergesa-gesa pun.


Alhamdulillah, sewaktu menikmati hidangan saya mengambil peluang untuk memberi sedikit tazkirah kepada sahabat betapa pentingnya melihat kehebatan ciptaan Allah ini dengan penuh keimanan terhadapNYA. Ini adalah sempena juga perpisahan sahabat kami, Mustapha dan Aziz kerana kedua-duanya berjaya ke menara gading. Msutapha ke Darul Quran dan Aziz ke MAtrikulasi.......


Kami singgah ke rumah ustazah NAbilah unrtuk solat zohor, terima kasih ustazah kerana melayan kami sebagai tetamu istimewa.
Sampai di rumah saya dapat berita yang saya gagal mendapat tempat ke universiti. Nampaknya tiada rezeki untuk saya ke menara gading pada tahun ni. Tak palah kerana sekarang ni saya begitu bersemangat untuk menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), tahun depan kalau ada rezeki saya berhajat juga untuk ke luar negara.

Tahniah Aziz dan Yusof kedua-duanya dapat ke Asasi UIA dalam bidang bahasa Arab, Bidang pilihan saya tetapi bukan rezeki saya. Tak palah, saya tidak pun rasa kecewa, kerana peluang masih luas untuk ke Universiti cuma kena bersabar setahun. Ya saya akan tabah selama setahun. Jangan menangis lagi!!!!!!!!












Labels:

posted by tok pulai chondong @ 12:20 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com