"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Kebelakangan ini saya sibuk dengan urusan untuk menjayakan Seminar Penghayatan Al-Quran : Surah Al-Fatihah . Sungguh tak disangka perancangan hampir dua bulan yang lalu bakal menjadi kenyataan. Saya dan sahabat bertungkus-lumus untuk persiapan program ini. InsyaAllah penduduk Machang akan mendapat santapan ilmu yang amat menyelerakan dengan kehadiran tiga pembentang kertas kerja yang tidak asing lagi di negeri Kelantan.
Seingat saya inilah program ketiga berbentuk kemasyarakatan yang telah saya uruskan. Tiga tahun berturut-turut saya diberikan kesempatan oleh Allah mengurus pelbagai program berbentuk kemasyarakatan. Pada tahun 2007 saya telah mengarah program kefahaman dakwah orang asli di Pos Hendrop. Manakala pada tahun 2008 saya juga telah menggerak satu program mega iaitu Munajat Perdana Bersama Pelajar Agama, Alhamdulillah walaupun program ini diadakan jam 3 pagi masjid sekolah pada dinihari itu dilimpahi oleh masyarkat sekitar Machang. Saya tak akan lupa tangisan seorang mak cik tua yang bermunajat pada malam itu, ditengah hujan yang lebat.
Dan kini pada 7 Mac 2009 satu lagi program yang menarik bakal diadakan untuk masyarakat Machang. Seminar Penghayatan Al-Quran : Surah Al-Fatihah, merupakan program julung-julung kali yang kami (Ikatan Pelajar Lepasan STAM 08 ) anjurkan sejak kumpulan ini ditubuhkan.
Harapan kami, dengan adanya program ini, masyarakat kita masih hidup jiwanya dengan penghayatan Al-Quran. Amin!!!
Mari semua penduduk Machang, kita penuhi Dewan Majlis Daerah Machang dengan menyertai program ini. Hubungi saya: 019-9753314 (Ah. Syihan).