Petang Jumaat itu saya mendapat panggilan dari naqib saya, Abang Tajuddin. Panggilan itu begitu luar biasa kerana diselubungi dengan esakan tangis abang Din. Saya bertanya kenapa? Jawabnya "Hafiz Nasir baru meninggal dunia." Allahuakbar, jawapan abang din, bagai halilintar menyerbu ke dada saya. Abang Din menutup telefon dan saya termagu keseorangan.
Tak kusangka sahabat ini begitu cepat meninggalkan kami. Hafiz Nasir sahabat sepanjang saya belajar di sekolah menegah. Semua maklum dengan penyakit yang dihadapinya. Kadang-kadang penyakitnya menyerang ketika berada di sekolah. Sahabat-sahabat banyak membantunya.
Sehinggalah dia melakukan satu pembedahan di kepalanya beberapa tahun yang lepas, dengan harapan penyakitnya kembali sembuh. Sejak itu dia begitu berubah, menjadi seorang yang begitu insaf, rapat dengan guru-gurunya dan sentiasa iktikaf di masjid. Apabila berqiamullail, pasti terdengar suara esakan tangisnya memohon keampunan Allah.
Sehari sebelum dia pergi buat selama-lamanya, dia bertemu dengan guru-gurunya di sekolah. Kata Hafiz dia mahu pergi jauh, mahu melakukan kerja penting.
Berehatlah engkau di sana adik Hafiz, kesusahan engkau di dunia Allah balas dengan kenikmatan kamu di alam sana. Kamu bukan lagi bekerja, tapi kamu sedang berehat dari kesibukan dunia. Allahumma Amin.... |
sedih bile org yg kita kenal pergi...salam takziah