SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
H1N1- Ibrah Untuk Mahasiswa USIM
Saturday, August 08, 2009
Salam syuhada'

Tidak ada di mana-mana akhbar atau media massa melaporkan bahawa wabak H1N1 ini adalah satu bala yang diturunkan oleh Allah kepada manusia sebagai peringatan. Menunggu reaksi pimpinan Malaysia memberi nasihat yang berguna ibarat "menunggu kucing bertanduk." Tersenyum saya membaca kenyataan akhbar Perdana Menteri- "diminta rakyat Malysia tidak mengunjungi tempat-tempat awam". Mungkin ini adalah isi yang terbaik untuk calon UPSR karangkan pada peperiksaan nanti. Tiada nasihat dari pimpinan yang menginsafkan rakyatnya.

Alhamdulillah, syukur jadi anak kelantan, mempunyai Menteri Besar seorang Ulama- tok guru kata ini adalah satu bala, dan memohon pada rakyatnya untuk berdoa dihindarkan bala ini. Air mata menitis, kata-kata tok guru melekat di hati, maka berduyun-duyun rakyatnya bersolat hajat memohon perlindungan dan keampunan Yang Maha Esa. Bila tok guru kata begitu, rakyatnya akan teringat mungkin dikalangan kita ada melakukan maksiat pada Allah. Subhanallah, "Alangkah indahnya jika Tok Guru dipanjangkan umur oleh Allah dan diberi peluang untuk memerintah negara ini."

Wahai mahasiswa USIM, di sini ada satu nasihat,

Jadikanlah wabak yang kita hadapi ini satu bala yang Allah turunkan kepada kita, sebagai kiffarah dan peringatan untuk menguji hambanya. Mungkin dikalangan kita ada maksiat, mungkin dikalangan kita mungkar dengan tuhan, mungkin dikalangan kita mempermainkan ajaran Islam, mungkin dikalangan kita meyokong kezaliman yang dilakukan, mungkin juga dikalangan kita tidak menjalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya.

Allah murka saudara,

Bila ada seorang pelajar USIM yang belajar Fiqh Dan Fatwa menyokong akta ISA. Katanya ISA pun ada dalam undang-undang syariah Islam. Dia berhujah dengan contoh undang-undang yang ada di Arab Saudi dan Syria. Subhanallah, entah di mana samanya undang-undang Islam dengan ISA ini. Saya katakan ISA ini zalim, isteri-isteri mangsa dizalimi, anak-anak mangsa tidak menerima kasih sayang seorang ayah, mangsa ISA tidak dibicarakan, maruah mereka ditelanjangi, nasib mereka tidak dibela. Mana adilnya ISA ini?? Dia jawab- Pergilah kau bela isteri dan anak ISA tu!!! Allahuakbar, sedih saya setelah menerima jawapan ini. Dia pelajar tahun tiga Fiqh Dan Fatwa. Bimbang saya apa akan terjadi jika mahasiswa inilah yang bakal memimpin anak bangsa Malaysia. Bimbang saya jika inilah yang dikatakan Ustaz Hasrizal - "Musuh Allah berijazahkan Syariah".

Allah murka saudara,

Disaat kebimbangan wabak H1N1 menular, mahasiswa USIM semakin galak dengan program hiburan yang entah apa-apa. Tadi setengah jam sebelum maghrib masuk, serombongan bas dari USIM menuju ke Putrajaya untuk program CIPTA 1 Malaysia. Di sana nanti mereka akan dihiburkan dengan nyayian dari arits-artis terkenal tanah air, Noraniza Idris, Zalina AF4 dan beberapa artis yang saya sudah hilang dalam ingatan saya. Subhnallah, bala apa lagi yang dimahukan oleh mahasiswa USIM. Kenapa masih lagi seronok berhibur di saat ini.

Baru semalam majlis Perwakilan Pelajar USIM mengadakan majlis Solat Hajat Dan Taubat sempena wabak H1N1 ini. Seolah-olah mahasiswa ini tak takut dengan Allah, mempermainkan Allah.. Astaghfirullah al'azim. Barah apa yang telah menimpa ummah ini.

Sebab itulah sebelum program solat hajat diadakan saya sempat SMS kepada Exco Rohani MPP- "Kenapa baru ditimpa bala mahu ingat Allah,?? Saya harap jangan sekadar membudayakan program ini. Di saat ikhtilat bermaharajalela, apa tindakan kita??

" Sekarang sudah terbukti program ini memang dibudayakan, kalau tidak kenapalah sehari selepas program taubat, mahasiswa dijemput pula untuk menghadiri program hiburan. Subhnallah, tidak cukupkah lagi ini satu pengajaran???

Allah murka saudara,

Kebelakangan ini saya lihat mahasiswi USIM semakin melampau dalam berpakaian. Tidak tahu kenapa? apabila mahasiswi USIM yang belajar Fiqh & Fatwa berpakaian seluar jeans yang ketat gelemat dan baju yang singkat di atas punggung ke kelas. Allahuakbar. apa sudah jadi, dimana Islamnya kamu, di mana malunya kamu, di mana kamu letak maruah ibu-bapa kamu?? Ingin saja saya berteriak kepada senior tu. Tapi saya tahan sehingga merah padam muka saya, sehingga air panas mengalir dari tubir mata sya.

Allah murka saudara,

Apabila pimpinan mahasiswa tidak menjalankan amanah dengan sebaiknya. Kenapa masalah pengangkutan seringkali menjadi igauan para pelajar. Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab, saya sebagai mahasiswa tentulah meletakkan kesalahan ini kepada pimpinan mahasiswa. Apa yang susahnya mengurus bas ni. Sehinggakan majoriti mahsiswa terpaksa mengorbankan wang untuk memiliki kenderaan sendiri. Sedang kemudahan disediakan, kenapa ia tidak ditadbir dengan baik.

Allah murka saudara,

USIM sebuah universiti Islam tetapi ikhtilatnya bermaharajalela. Majoriti pelajar USIM lepasan sekolah agama, mengetahui hukum-hakam, halal dan haram. Murka Allah melebihi yang lain, kerana saudara orang yang bertanggungjawab terhadap agama Allah, tahu dengan mendalam erti syurga dan neraka...

Ya Allah, jangan kau timpakan kami dengan bala akibat dari sikap kami sendiri,
Ya Allah, kurniakan kekuatan untuk kami memperjuangkan dakwah Mu....
Hanya Engkau mengetahui betapa resah hati aku sepanjang di sini.

Bumi USIM, semoga terus thabat di sini...Amin

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 10:03 PM  
5 Comments:
  • At 8/21/2009 10:10 AM, Blogger Mohd Hazimin Harun said…

    Salam,

    saudara, tertarik dengan komentar berkenaan mahasiswa USIM. Saya sekadar menyarankan, usulkan apa yang saudara utarakan ini kepada perwakilan pelajar. Mereka juga memikirkan masalah yang sama seperti apa yang kita semua fikirkan.

    InsyaAllah, nak merubah memerlukan tindakan yang berhikmah dan tersusun. Semoga usaha dakwah kita diredhai.

    Salam Ramadhan.

     
  • At 8/21/2009 3:54 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    Saya tiada masalah untuk mengusulkan kepada sesiapa sahaja.. tapi ini ruang yang saya ada untuk berkongsi pendapat...muhasabh untuk semua, bukan untuk MPP sahaja...

    Saya setuju pelbagai pendekatan yg kita boleh lakukan untuk meyampaikan kebenaran. Saya sukakan dengan kaedah mendesak, supaya nantinya mahasiswa tidaklah tidur dengan angan-angan semata-mata..

    terima kasih atas cadangan, semoga Allah merahmati kita..

    Ramadan Kareem, Allahu Akram!!!

     
  • At 8/24/2009 2:04 PM, Blogger Ross Safina Hor said…

    PENGEDAR PROTECUR-100 DIPERLUKAN DISELURUH ASIA...

    Tahukah anda bagaimana untuk mencegah H1N1???
    Insyaallah…PROTECUR-100 dapat membantu untuk mencegah wabak yang semakin mengganas menyerang kita semua. Produk kami adalah semulajadi dan ia juga boleh dikatakan anugerah daripada ALLAH SWT kepada hamba-hambanya apabila kita ditimpa masalah begini.

    Marilah bersama-sama kita memeranginya tanpa keluhan dan putus asa. Ia menyerang tanpa mengira usia, warna kulit, tanpa belas kasihan(no mercy) dan tanpa memberi amaran. Kini virus H1N1 ini berada dimana-mana untuk memusnahkan kehidupan kita.

    Jangan teragak-agak untuk mencuba penawar ini sebelum kita diseranginya.
    MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT…

    Hanya RM 38 sahaja sebotol dan tak rugi untuk mencubanya demi keselamatan diri sendiri dan keluarga tersayang.PROTECUR-100 juga dapat membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah:

    Kencing Manis
    Gaut
    Penyakit Kelamin
    Sinus
    Tekanan Darah Tinggi
    Obesiti
    Penyakit Kulit
    Keputihan bagi wanita
    Tahap Ketahanan Badan Rendah
    HIV Positif
    Batuk
    Demam
    Selsema
    Tonsil(Sakit Kerongkong)
    Radang Sendi
    Sakit Urat

    Hubungi ajen-ajen yang tertera didalam blog saya atau anda boleh terus menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
    (Ross +6012 4102368 / Mikhail +6012 4839622)

    PENGEDAR DIPERLUKAN DISELURUH MALAYSIA.

    http://www.protecur.com/

    Wasalam…

     
  • At 8/24/2009 2:04 PM, Blogger Ross Safina Hor said…

    PENGEDAR PROTECUR-100 DIPERLUKAN DISELURUH ASIA...

    Tahukah anda bagaimana untuk mencegah H1N1???
    Insyaallah…PROTECUR-100 dapat membantu untuk mencegah wabak yang semakin mengganas menyerang kita semua. Produk kami adalah semulajadi dan ia juga boleh dikatakan anugerah daripada ALLAH SWT kepada hamba-hambanya apabila kita ditimpa masalah begini.

    Marilah bersama-sama kita memeranginya tanpa keluhan dan putus asa. Ia menyerang tanpa mengira usia, warna kulit, tanpa belas kasihan(no mercy) dan tanpa memberi amaran. Kini virus H1N1 ini berada dimana-mana untuk memusnahkan kehidupan kita.

    Jangan teragak-agak untuk mencuba penawar ini sebelum kita diseranginya.
    MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT…

    Hanya RM 38 sahaja sebotol dan tak rugi untuk mencubanya demi keselamatan diri sendiri dan keluarga tersayang.PROTECUR-100 juga dapat membantu pesakit-pesakit yang mengalami masalah:

    Kencing Manis
    Gaut
    Penyakit Kelamin
    Sinus
    Tekanan Darah Tinggi
    Obesiti
    Penyakit Kulit
    Keputihan bagi wanita
    Tahap Ketahanan Badan Rendah
    HIV Positif
    Batuk
    Demam
    Selsema
    Tonsil(Sakit Kerongkong)
    Radang Sendi
    Sakit Urat

    Hubungi ajen-ajen yang tertera didalam blog saya atau anda boleh terus menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
    (Ross +6012 4102368 / Mikhail +6012 4839622)

    PENGEDAR DIPERLUKAN DISELURUH MALAYSIA.

    http://www.protecur.com/

    Wasalam…

     
  • At 8/26/2009 1:04 PM, Anonymous Abdullah Idris said…

    Inilah golongan yang paling ditakuti oleh Nabi kita berbanding Dajjal bermata satu.

    Ulamak dunia yang menjual agamanya kerana inginkan habuan dunia yang sementara.

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com