"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
selama dua puluh tahun saya hidup di dunia, inilah kali pertama rasanya Ramadhan di perantauan. Setelah dua hari berpuasa di rumah, malam ini saya akan berangkat ke kampus, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Sangka saya, say berperantauan di Mesir, Jordan ataupun Kuwait. Perancangan Allah melebihi segala-galanya, akhirnya saya berperantauan di Nilai sahaja.
Semoga Allah merahmati kehidupan saya di sini..
Siapa kata pelajar dari Malaysia tak boleh jadi alim...InsyaAllah, hanya usha penentu pencapaian kita!!!!!!!!
Salam.. Kita mengharapkan ilmu yang kita pelajari itu boleh menjadikan kita seorang yang 'alim. tapi adab dan cara menuntut tidak kita jagai, seperti tempat pengajian yang bersistem menyatukan pelajar lelaki dengan perempuan. Sampai bila nak jadi 'alim, sedangkan kita menuntut dalam keadaan berdosa. Sekali pun kita tidak melakukan dosa secara zahir.
Tapi ia adalah kebiasaan yang menular di Negara kita ini. Tambah pula segala aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran & kokurikulum pun sedemikian jua. Lebih-lebih teruk lagi, Asrama lelaki & perempuan berdekatan tanpa ada apa-apa penghadang.
Bemula dari muqadimah zina atau dipanggil sebagai perkara yang membawa kearahnya (zina) iaitu percampuran antara lelaki & perempuan, aktiviti bersama-sama, pandang-memandang, membuat hubungan, bersentuh-sentuhan dan lain-lain, seterusnya boleh membawa kearah melakukan penzinaan itu sendiri.
Allah Taala melarang keras hambanya melakukan muqadimah zina dan zina itu sendiri dalam firmanNya, yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina!”(surah al- Israa:32)
Harap mengerti kongsep pengajian ilmu agama yang sebenar. Wallahu'aklam....
Halimislam,
Makkah Al Mukarramah. www.halimislamic.blogspot.com
Salam ustaz halim, terima kasih dia atas komen saudara..ana gembira mendengarnya..
ya adab belajar perlu dijaga untuk menghasilkan kualiti yg baik.. tapi bukan tempat menjadi faktor kpd kejayaan itu..azam dan usaha..
ustaz halim dgn cabaran di mekah, dan ana dgn cabaran di Malaysia..
bagaimana kita sbg seorang pendakwah berjaya mengatasi masalah yg berlaku itulah yg berjaya.. masalh bukan penghalang kepada kejayaan, teapi suatu momentum dan lonjakan utk alim..azam ya sheikh, azam utk melihat perubahan..zaman nabi keadaan sosial sangat teruk, tapi nabi berjaya mengatasinya...
ibrah dari kisah nabi ana jadikan tauladan semasa berda di malaysia..
syukur sheikh enta berada dalam suasana yg amat soleh, itulah cita-cita ana..tapi Allah campakkan saya di sini, satu peringatan bahawa di tangan saya ada tanggungjawab utk mengubah umahh ini.. takbir!!!!
salam.... saya sokong ngan saudara syihan....tempat tidak menjadikan batasan kepada untuk kita menjadi alim...itu bergantung pada diri sendiri....pandangan mata harus dijaga kerana dari mata turun ke hati...itu la permulaan kepada zina...jadi tempat untuk menuntut ilmu tidak menjadi hal....dan macam mana kita menjaga batasan dan cara kita menpraktikkan ilmu yang kita perolehi dalam kuliah atau kelas....allahuallam
assalamualaikum,
Boleh tak kalau saya nak bertukar link dengan blog ni? Saya dah pun letakkan link blog ni di blog saya.
Terima kasih.