"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Ya Allah, begitu hebat aturan hidupMU untuk saya melaluinya. Semakin hari semakin mencabar jiwa, semakin meresah perasaan. Entah sehingga mana lagi saya mampu bertahan untuk menerima segala kesusahan ini.
Hari ini, tanpa disangka-sangka drama sedih berlaku di sekolah. Manakala saya adalah watak penting dalam menjayakan lakonan sedih ini. Bukan lakonan yang terancang, tetapi lakonan yang Allah rancang lebih awal lagi. Masa pertama ustaz **idi saya dan sahabat seperti biasa menunggu ketibaan ustaz masuk ke dalam kelas. Tetapi nampaknya kelibat ustaz tidak kelihatan. Walau kami sedia maklum, sebelum ini ustaz seperti ada konfrontasi dengan pelajar kelas ini. Ustaz Di mengajar Arudh&Qafiyah untuk pelajaran STAM tahun ini. 20 minit masa berlalu, nampaklah kelibat ustaz masuk ke dalam kelas. Jujur saya katakan kelas tak berapa ceria masuk waktu ustaz mengajar. Entah ap masalahnya saya tidak tahu ataupun saya tidak mahu tahu.
Ketika kami sedia dengan buku untuk belajar, tiba-tiba ustaz Di mulakan pengajaran dia dengan mengatakan dia tiada mood untuk mengajar pada hari ini. Saya mula menyedari nada kecewa yang ditunjukkan oleh ustaz. Ustaz Di mula membuka cerita yang lebih panjang dengan mengatakan perasaan kecewa kerana pelajar tidak ambil cakna dengan mata pelajaran dia. Katanya, dia takkan mengajar selagi perasaan tidak tenangnya terhdap pelajar tidak hilang. Kelas menjadi hening, saya mula tak tentu arah. Perasan bersalah mula menyelubungi diri saya. UStaz membandingkan dengan pelajar-pelajarnya yang lepas tidak seteruk ini. Saya mula rasa pedih panas apabila cerita ustaz semakin panjang. Pelajar lain semuanya tunduk muka ke meja tak berani menganggkat muka. Siapa sebenarnya yang bersalah? Siapa sebenarnya yang telah mengguris perasaan ustaz?. Adakah aku yang telah menyakiti perasaannya? Ya Allah tolong aku. Saya tidak dengar lagi apa yang ustaz katakan. jantung sya mula berdegup kencang.
Habis masa pertama ustaz, terus keluar tanpa sempat memberi salam. Tekad di dalam hati, saya perlu minta maaf. Kemudian saya segera menapak laju menuju ke bilik ustaz, saya sudah bertekad saya mesti minta maaf. Sampai di bilik ustaz saya lihat ustaz menyapu air mata. Saya menjadi sebak, kaki mulai berat untuk melangkah. Namun saya gagahi jua kaki ini untuk melangkah masuk ke dalam biliknya. Tanpa saya sedari beberapa orang shabat saya turut datang untuk meminta maaf dengan ustaz.
"Ustaz, ana minta maaf", sebaik sahaja saya mencium tangannya air mata tiba-tiba sahaja tumpah berderai, saya tidak dapat lagi menahan sebak di dada. Saya menangis tersengguk-sengguk.
"Ana sayang pada awak Syihan," Kata-kata ustaz menyebabkan saya bertambah sebak. Kemudian sahabat-sahabat lain ikut bersalam dengan ustaz seraya meminta maaf.
Kemudian ustaz pun melepaskan perasaannya kepada kami, menceritakan segala apa yang dia rasa. Pelajar tak masuk kelas, sibuk dengan aktiviti luar, mengumpat kepada dia dan bermacam-macam lagi perkara yang menyebabkan kami semua tertunduk dan mendengar segala isi hatinya kepada kami.
Dia turut marah dengan sikap kami terhdap zaujahnya yang mengajar mata pelajaran MUET kelas kami. Ketika itu fikiran saya kosong, tak tahu nak kata apa.
"Walaupun saya maafkan awak, tetapi saya tak maafkan semua sekali. Hanya 60 peratus sahaja saya terima permohonan maaf awak."
Kami tunduk lesu dan keluar dari biliknya dengan mata yang merah terutamanya saya. Fikiran kami menerawang jauh. Saya ke tandas membasuh muka dan menenagkan perasaan. Ketika sya menuju ke kels, saya terserempak dengan teacher yang juga zaujah ustaz Di. Saya meluru ke arahnya dengan niat untuk mintak maaf.
"Teacher, ana minta maaf laah kalau ada silap sebelum ni"
Teacher buat mula selamba sahaja, tiada rasa apa-apapun. Cuma dia jelaskan, bahawa dia sebelum ni memarahi pelajar dalam kelas adalah mewakili ustazah-ustazah lain yang terasa hati dengan sikap kami dalam kelas.
Saya cepat-cepat menyapu air mata yang masih berbaki tadi. Teacher, macam menyedari yang saya menitis air mata. Habis cerita dengan teacher, saya terus balik ke kelas, dan buat muka selamba je.
Masa selepas rehat Ustaz Di masuk mengajar menggantikan zujahnya, dia buat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku, saya control malu dan buat-buat tak tahu dan tekun mendengar pelajarannya. Mudah-mudahan keadaan Ustaz Di lebih baik dan moodnya kembali sedia kala.
p/s: satu lagi episod yang memedihkan berlaku, seolah-olah aku sedang berlakon dalam cerita jepun yang biasa aku tengok tu. Ish..ish nasib badan..Allahuakbar!!!
Menarik kisah ini. Kamu bercerita melalui mata seorang pelajar kepada gurunya. Syabas kerana kamu seorang yang prihatin terhadap emosi seorang guru dan semua pelajar kena ingat bahawa guru juga adalah manusia yang mempunyai perasaan dan bukannya robot.
Walaupun ada guru buat-buat tak tahu aje bila pelajar minta maaf tapi jauh di sudut hati seorang guru itu terharu bila pelajarnya minta maaf. Tetap memaafkan pelajarnya walau seteruk manapun pelajar tersebut... Selalu-selalulah minta maaf dengan guru kalau buat silap!
You know what... bagus kau menginsaf.. tp aku pasti "keinsafan" kau pun hnya 60% atau kurang je..
Try kau muhasabah balik btol2. rahsia kejayaan yg plg besar, mcm yg kau baca yg kat ucapan aku dlm paper tuh, is about redha dan kelapangan hati guru trhdp kita.
Aku klu ckg tak senyum bila tgk aku, aku dah gelabah n start fikir bukan2. Aku plg takut bila cg ada terasa ngan kita. Sementara kau masih kat sekolah, n ckg2 kenal ko, gunakan pluang ni utk raih berkat dr seorang guru. Bila kat IPT, most of lecturer takkan kenal ko, melainkan ko jenis suka gi tnya soalan kat bilik dia..
Benda ni mmg aku rasa aku perlu tegur ko, dr dulu lg ko asyik mengata guru ko.. Ingat satu je, manusia ada lemah, dan kelemahan individu berbeza tmptnya. Gunakan kelemahan mereka sbgi kekuatan bg kita.
salam ya akhi..
ana minta izin link ke blog ni ye..hehe