SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Dua Tazkirah Ramadhan
Sunday, September 13, 2009
Salam syuhada'

Perkara yang paling terpaksa saya lakukan apabila disuruh adalah menyampaikan tazkirah. Kerana tazkirah itu boleh sahaja menjerat diri sendiri. Seringkali orang yang bertazkirah meludah dirinya sendiri dengan pengisian tazkirahnya itu. Tetapi tak ramai yang menyampaikan tazkirah itu sedar bahawa dia sedang mengata dirinya walau dia merasakan tazkirahnya itu sungguh menarik telinga pendengar.

Beberapa hari yang lepas pelajar tahun satu Fakulti Syariah & Undang-Undang menganjurkan majlis berbuka puasa, saya ditugaskan bahagian pengisian, antara tugasnya mencari pentazkirah dan Imam solat maghrib. Tak seperti yang dirancang pentazkirah yang diharapkan (Akhi Firdaus) tak dapat hadir kerana ada kelas sebelah petang. Tanpa diduga saya secara automatik perlu memberi tazkirah menggantikan kekosongan. Saya sempat membaca sepotong ayat Quran sebagai persediaan untuk bertazkirah, masa yang diberi untuk tazkirah selama 15 minit, saya hanya petakan di minda apa yang perlu disentuh dalam tazkirah memandangkan tiada persediaan.

Saya ambil mood tazkirah dengan memulakan dengan istighfar, kemudian membaca sepotong ayat suci dari surah al-anfal, berkaitan dengan orang mukmin yang bergegar hatinya apabila menyebut mengingati Allah dan bertambah imannya apabila diperdengarkan ayat-ayatNya. Saya ada menyebut juga tentang erti takwa seperti mana yang diberitahu oleh Saidina Ali R.A dan Saidina Umar Al-Khattab. Kemudian saya menyebut perihal ulama' yang menangis apabila tiba bulan ramadhan. Saya meyebut tentang perlunya kita memahami dan menghayati tentang syurga dan neraka. Juga perihal peri pentingya doa di bulan Ramadhan.

Dan saya ada menambah tentang perihal Najib (Datuk Seri Najib) yang memperkenalkan KPI iaitu satu sistem menilai prestasi pekerjaan seseorang, saya kiaskan bahawa KPI seseorang untuk menilai berjaya atau tidak ramadhan itu adalah dilihat selepas berlalunya Ramdhan, jika selepas ramadhan tiada perubahan ke arah kebaikan ertinya ramadhan itu langsung tidak mentarbiahnya dan puasanya itu adalah sia-sia.

Akhirnya 15 minit berlalu dan saya tamatkan dengan amaran bahawa saya bertanggungjawab di atas apa yang saya perkatakan dan para pendengar juga harus bertanggungjawab atas apa yang didengarinya.

Maka tazkirah yang saya sampaikan itu saya fikirkan kembali, bimbang sekali apa yang saya perkatakan tidak pun saya amalkan.

Tidak tamat di situ, hari ini saya ke sekolah lama (Maahad Syamsul Maarif) pada dasarnya meraikan sahabat saya yang akan berlepas ke Jordan pada lusanya. Selama bertemu dengan guru saya ditanya dan mungkin disindir oleh guru-guru di situ tentang saya, bila saya nak berlepas ke Mesir. Saya hanya tersenyum kelat sambil menjawab "tiada rezeki ustazah, belajar sini saja."

Selepas itu saya dan sahabat menapak ke masjid sekolah untuk solat Zohor. Satu kelainan saya perasan apabila anjung masjid sudah bermarmar, sungguh indah. Selepas solat zohor wakil pelajar menyampaikan tazkirah ramadhan. Sehinggalah akhir tazkirah itu terdengar suara Tuan Pengetua: "dijemput Abang Syihan untuk menyampaikan tazkirah, lama dah tak dengar suara dia, sekarang ni duk belajar di USIM, anak didik Datuk Najib." Suasana Masjid jadi hingar-bingar, saya terkedu, tak semena-semena nama saya disebut untuk menyampaikan tazkirah. Sepatutnya ada guru yang bertugas memberi tazkirah, atas sebab kekosongan saya sekali lagi disurh untuk bertazkirah.

Nampaknya episod di kampus berulang di sini. Saya sekali lagi melakukan perkara yang terpaksa. Saya mulakan tazkirah denga menyebut tentang KPI yang diperkenalkan oleh Najib, kemudian menyebut tentang ulama' yang menangis kerana akan berpisah dengan Ramadhan, kemudian saya sebutkan tentang perlunya kita sambut Aidilfitri dengan kegembiraan dan kemenangan bukan dengan tangisan dan kesedihan.

Saya bawakan sejarah silam kemenangan umat Islam dalam perperangan Badar, Fathu Mekah dan Perang Salib di bulan Ramadhan. Dan saya simpulkan bahawa kemenangan ini menjadi dalil perlunya kita menyambut aidilfitri dengan perasaan kemenangan, dan berlawanan dengan sunnah jika menyambutnya denga sedih dan pilu. Takbir pada hari raya juga perlu dilafazkan dengan semangat bukannya dengan mendayu-dayu.

MasyaAllah, tak disangka langsung ramdhan ini saya disuruh untuk menyampaikan dua tazkirah. Dua tazkirah ini saya perlu amati betul-betul, bimbang dengan peringatan Allah yang akan timpakan kecelakaan kepada mereka yang berkata-kata tapi tak pun melaksanakan apa yang diperkatakan.

Astaghfirullah Al-'azim. Ighfir zunubi!!!!!!!!
nasihatkan itu tidak pun saya amalkan.

Labels: , ,

posted by tok pulai chondong @ 7:04 PM  
4 Comments:
  • At 9/18/2009 2:51 PM, Blogger srikandi_affan said…

    salam mujahadah..
    semoga ALLAH sentesa memberi kekuatan kpd kita suma utk trus berada di jalanNYA, dgn mengamalkan segala suruhanNYA dan menjauhi segala laranganNYA..
    siru 'ala barakatillah..

     
  • At 9/18/2009 2:51 PM, Blogger srikandi_affan said…

    salam mujahadah..
    semoga ALLAH sentesa memberi kekuatan kpd kita suma utk trus berada di jalanNYA, dgn mengamalkan segala suruhanNYA dan menjauhi segala laranganNYA..
    siru 'ala barakatillah..

     
  • At 10/16/2009 6:43 PM, Blogger IBNU TURAB said…

    Memang betul ape yng anta ckap tapi kita juga perlu ketahui bahawa apabila datangnya syawal ...ramadhan pergi meninggalkan kita ... syaitan pun semua dilepaskan.... Nerapa ramai sahabat nabi yang menangis krana berpisah ngan ramadahan .... Ini berarti kegembiraan syawal juga perlu diselubungi dengan kesedihan kehilangan ramadhan...

     
  • At 10/17/2009 12:01 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    ya, saya setuju, tp masyarakat malaysia tidak melihat kesedihan syawal sebagai begitu.. tapi mereka menyedihkan 1 syawal dengan cerita lain, ke kuburan pada paginya degn kesedihan, kemudian bermaaf-maafan dgn kesedihan, dn menonton filem dan lagu raya yg sedih-sedih.... maka 1 dyawal menjadi sedih dgn begini...dak menuntu begitu..kota bersedih bukan perkara begitu, dn kita gmbira juga bukan dgn perkara begitu..sedih dgn pemergian ramadhan, serta gembira dgn kemenagn pada bulan syawal...

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com