SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Santai: Muslimah USIM
Sunday, November 01, 2009

Salam syuhada'

Menjengah ke alam imtihan sehari dua ni, adalah baik saya bersantai seketika untuk berbicara pasal muslimah di USIM. Perbicaraan saya bukan santai yang kosong, tapi saya cuba membawa satu yang bernilai dalam bicara ini.

Suatu ketika saya pernah menulis di dalam tugasan saya bahawa kita menghukum adalah berdasarkan majoriti, bukan minoriti. tetapi di sini bukan niat untuk menghukum tapi cuba melihat gambaran sebenar berdasarkan pandangan kecil saya.

Perkara yang istimewa di Kelantan, adalah banyaknya institusi agama yang melatar di setiap pelusuk daerah. Antara institusi yang terkenal adalah UM, Nilam Puri, KIAS dan Maahad Muhammadi Perempuan. Ia menjadi terkenal dengan kedudukannya yang strategik di tepi jalan. Tahukah saudara, perkara yang menarik yang ada di institusi-institusi ini adalah ketika mahasiswanya yang berderuan keluar dari asrama dan menuju ke kampus. Menariknya adalah majoriti yang ramai itu adalah muslimah. Lebih menarik keseluruhan mereka berpakaian labuh dan majoriti mereka adalah berjubah, dan segelintir mereka yang berpurdah.

Suasana ini lah yang menarik perhatian setiap orang yang melalui kampus ini. Seolah-olah mahasiswi di kampus ini menjadi duta untuk sebuah Negeri Islam Kelantan Darul Naim.

Saya ingin katakan inilah nilai estetika muslimah yang ada dan perlu ada jika kita ingin bawa jenama Islam. Bila luarannya itu menarik, pastinya pandangan luar akan menampakkan positif dan dakwah akan mudah disebarkan.

Saya sudah bermukim di Nilai, USIM, bukan lagi berada di Kelantan. Sebenarnya saya ingin menyatakan kebanggaan saya berada di USIM. Bangga saya kerana nilai estetika itu masih ada di sini. Bila melihat mereka berderuan dengan berpakaian sebegini, jiwa saya tenang kerana memang selayaknya mereka-mereka ini berada di USIM untuk membawa jenama Islam yang terdapat pada nama USIM.

Terserahlah kepada kalian bagaimana untuk menentukan labuh atau tidak pakaian saudari. Cukuplah saya katakan ia labuh dan longgar, tidak ketat dan tidak jarang.

Saya tercari-cari fakta mengapa nilai estetika itu masih ada di USIM. Maka temuilah saya jawapannya kerana majoriti muslimah di sini mempunyai asas agama yang kukuh dalam akademiknya sebelum masuk ke sini. Ada yang datang dengan Diploma Islam, Sijil Tinggi Islam dan Tamhidi Islam. Ketahuilah saya bahawa mereka beramal dengan ilmu yang mereka miliki.

Sejarah dulu mencatatkan bahawa UIA adalah universiti yang memperkenalkan nilai estetika ini pada muslimah. Maka berbanggalah mereka yang belajar di UIA.

Maka ramai jugalah yang ingin bermenantukan dengan mahasiswi keluaran UIA.

Tapi itu adalah dulu. Nilai estetika yang ada pada muslimah UIA sudah terhakis dari hari ke hari.

Saya mencari fakta mengapa ramai muslimah UIA tidak mengekalkan nilai estetika mereka. Maka saya telah temui jawapannya, kerana sifat terbuka UIA menerima pelajar dari pelbagai aliran dan kadang-kadang mereka yang tidak ada asas agama dalam akademiknya juga turut ramai berada di UIA.

Kini USIM adalah universiti harapan mengeluarkan muslimah yang hebat dengan mengekalkan nilai estetika yang ada pada mereka.

Satu fakta yang menarik, ramai muslimah USIM berkahwin semasa berada di USIM. Faktornya adalah nilai estetika itu. Ramai lelaki yang soleh melihat nilai estetika itu kini terletak di USIM.

Saya mendoakan nilai ini terus berkekalan kepada mahasiswi USIM. Amin.



Labels:

posted by tok pulai chondong @ 2:32 PM  
20 Comments:
  • At 11/01/2009 4:58 PM, Blogger srikandi_affan said…

    salam..
    wat lagu mana smpi gambaq tue jd molek lagu tue.. semoga USIM benar2 dpt melahirkan muslimah sejati...

     
  • At 11/02/2009 11:28 AM, Blogger tok pulai chondong said…

    cek tak wat ape-pun..memang diorang pakai camni....

    si mujahedah ni ade dlm gambaq ke??

     
  • At 11/06/2009 2:23 PM, Anonymous syera said…

    wah...luahan pertama yg ku dgr....
    memang betul pun ulasannya...
    tu la beza kita dgn student uia....
    tp apa2 pun....Allah tidak melihat perbezaan manusia dengan dimana dia belajar...tp setinggi mana iman dan takwa kita padaNya....wallahu a'lam

     
  • At 11/06/2009 4:15 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    bila pulak sy meluah, tak baca ke itu adalah analisis..
    tq la baca-kalau ada kawan2 yg perlu membacanya sila lah sebarkan...

     
  • At 11/07/2009 3:43 PM, Blogger syera mohd said…

    ye2....
    analisis....
    drpd analisis, lahirlah pandangan dan luahan......ye kot##?

     
  • At 11/08/2009 1:33 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    sy tak terima teori puan-sebab teori puan ditambah dgn perkataan 'ye kot'.. gharar!!

     
  • At 11/10/2009 8:35 PM, Blogger izzahmohammad said…

    salam warga Nilai..

    saje menjengah..
    tertarik dengan isu yg saudara telah analisis ni..

    saya sangat tenang bila berada di Usim..sebab tengok semua orang menutup aurat..takde maksiat mata..
    pendek kata best ar pegi Usim..

    selalu dapat input ceramah..
    bertuah betul penuntut Usim..
    teringin nak belajar kat sana ugak..hmm..

     
  • At 11/10/2009 8:46 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    owh, dh pernah dtg USIm ek??? org spt enta ni tak de la sgt maksiat mata, kaum kami la yg mangsa maksiat mata ni,,..so analisi ni mudah-mudahan ada la yg segelintir membacanya, terutama mahasiswi USIM tercinta (*USIM tercinta)..

    duk di INTI college lg ke>>

    selamat datang ke USIM, masih terbuka luas utk sapa2 dtg belajar...

     
  • At 11/10/2009 10:30 PM, Blogger izzahmohammad said…

    penah g 2-3 kali..kakok ambo ado duk kat Desa Jati tuh..
    siap g tido lagih..hehe

    org tino pon maksiat mata ugok, tapi x seteruk kaum lelaki..
    maksiat banyak, ngaji pon benok..:)

    USIM ok ape..
    sebab jika di bandingkan dgn INTI lagi teruk..

    tak tahu la nasib masa depan lagu mana..masa xleh undur dh..dulu penah dapat offer usim..hihi

    yup..still in Inti up to next week..then chowz Nilai..:)

     
  • At 11/11/2009 5:18 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    oowh ado kakak, nama gapo, kos gapo??/ -)

    INTI tu ramai je foreigner kan-macam duk kat africa pula..

    selamat bermusafir dan bermujahadah di negara org..

    smbung kat australia kan??

     
  • At 11/11/2009 8:32 PM, Blogger izzahmohammad said…

    errk..xleyh oyak..femes lajok etep kakok ambo..budok FST..

    yerp..foreigner rama cni..
    not necessarily ore africa je..:)

    insya Allah..kalu ado jodoh, sapa la denuh..

     
  • At 11/12/2009 1:00 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    ana ramai kontek FST nih..takpe..tak pe..ade rezeki jumpa latu...hu..hu

     
  • At 11/28/2009 1:42 PM, Blogger srikandi_islamiyyah said…

    alhamdulillah...untungnye ana jd mahasiswi usim...=)

     
  • At 11/28/2009 1:42 PM, Blogger srikandi_islamiyyah said…

    alhamdulillah...untungnye ana jd mahasiswi usim...=)

     
  • At 11/28/2009 8:31 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    beruntung sangat la kak..lebih beruntung kalau lah memiliki ciri yg solehah itu....

     
  • At 6/03/2012 5:14 AM, Anonymous Anonymous said…

    We'll see. USIM is still new compare to IIUM.

     
  • At 6/03/2012 11:24 AM, Anonymous bunyaminkhair said…

    Assalamualaikum, sbg student UIA, mmg naturally akan terasa sedikit. Tpi tak mengapa.

    Realiti di uia, mmg terbuka utk mana2 jenis pelajar, malah ada yg free hair di luar kampus, tapi berjubah dan bertudung dlm kampus.

    Secara jujurnya, sepanjang 4 tahun di UIA, sy lihat trend muslimah solehah berjaya dikekalkan sbg majoriti 'mazhab' pelajar perempuan di uia. Oleh sbb itu, ramai sahabiah2 yg dahulunya x mengemal aurat,x mengenal usrah, talaqqi,kitab,baitul muslim dsb. berjaya berubah kpd kebaikan, klu x sepenuhnya pun, ada improvement.

    bagus usaha USIM utk menerima pelajar yg soleh2 solehah saja, supaya lebih mudah mengawal biah solehah. Tapi bagaimana dgn sekelian ummat lain yg dahagakan suasana agama? Kita menghalang mereka i.e pelajar 'kurg solehah' masuk ke uia, dan mencadangkan mereka ke univ. lain yg lebih sosial, lepas tu kita hanya menggelengkan kepala sahaja apabila perlakuan sosial mereka semakin parah (!)

    Sama sahaja klu kita ambil contoh lain, klu tuan penulis katakan mengapa sekolah harian di bandar lebih teruk sosialnya berbanding sekolah asrama penuh; maka kita dapati jawapannya kerana sekolah asrama penuh hny terbuka utk pelajar2 straight A saja, sebab itu digelar sekolah cemerlang.

    Sama2 kita fikir risau atas hidayat kpd seluruh ummat, bkn kelompok kita sahaja... :D

    wal 'afwu minkum..nahnu muhibbukum..

     
  • At 6/05/2012 8:40 PM, Anonymous Anonymous said…

    salam...saya juga student dari UIA..sy setuju dengan pendapat bunyaminkhair.. kita tidak boleh membandingkan UIA dengan USIm kerana 2 buah universiti ini berlainan strategi mereka..bagi USIM mereka mahu mengekalkan student mereka dari kalangan mereka yang mempunyai ilmu agama yang lengkap..akan tetapi bagi UIA ini adalah 1 langkah berdakwah kepada student yang kurang di beri pendidikan agama..sebagai contoh diri saya sendiri yang telah sedar akan kemanisan Islam dan setelah melihat keadaan rakan- rakan yang lebih beragama mereka tidak kedekut ilmu berkongsi ilmu agama mereka kepada saya. jadi tidak perlula kita terlalu memandang dari segi luaran..berdakwah ke arah kebaikan yang kita perlukan.

     
  • At 6/09/2012 12:13 AM, Anonymous Anonymous said…

    I love UIA and will always proud to be UIAnian...=)

     
  • At 7/19/2015 6:33 PM, Anonymous Anonymous said…

    IIUM/ UIA is awesome! and I love it. Alhamdulillah, macam y saudara atas cakap tadi, ramai mahasiswa mahasiswi berubah bila diorang masuk UIA..Hakikatnya, terletak pada diri kita sendiri. Biah d universiti sudah terlihat dan pada hakikatnya bagus, tapi manusia sendiri y merosakkannya.. Kita diciptakan Allah bukan hanya utk Nahi Munkar, tetapi juga utk Amar makruf.Jika hanya berpaksi pada mencegah kemungkaran, tapi tiada seruan kepada kebaikan, juga tidak ada gunanya, bukan? Jika semua hanya menjaga y sudah soleh/ solehah, siapa y ingin menyeru pada yang telah tersasar?.. Masyaallah, setiap universiti ada peranannya. Rasanya tidak perlulah kita mempertikaikannya d antara satu dengan y lain.Moga kita lebih positif, tidak sinis dan skeptikal serta lebih terbuka. Amin Ya Rabb

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com