"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Pada subuh 28 Ramadhan, Jumaat yang begitu hening, saya dan Ahmad, seorang pelajar senior dari Iraq memboceng pulang ke Sutera Indah dari masjid Nilai. Pagi itu sungguh sayu, kerana ia adalah pagi Jumaat yang terakhir di bulan Ramadhan. Warga Usim sudah ramai yang pulang berhari raya di kampung.
Dalam perjalanan pulang ke asrama, Ahmad sempat bertanya amalan saya di bulan Ramadhan, saya tersipu malu, dan mengakui belum sempat lagi khatam al-Quran. Lantas dia berkata, "Imam Syafie dalam bulan ramadhan mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 30 kali. Dia juga mengambil masa berjalan selama 3 jam sebelum mengeluarkan satu-satu hadis". Saya hanya menggelengkan kepala mendengarnya, sungguh sayu hati saya betapa hebatnya Imam Syafie, berbanding dengan kita, seguni ilmu yang kita pelajari pun belum tentu dapat menyamai sepatah kata Imam Syafie.
Saya mendengar tazkirah Ahmad sehingga sampai ke pagar Sutera Indah. Motor saya hentikan di situ, sejurus selepas itu saya bertanya dalam bahasa arab, "Ya akh, kaifa lilistimrar amal fi hazihhi syahri ila syahri akhar??.
Saya terkedu dengan jawapan Ahmad. Ya, Tuhan Ramadhan juga adalah Tuhan Syawal. Allah ada di mana-mana bulan. Mengapa hilangnya bulan Ramadhan, hilanglah segala amal ibadat kita. Hilanglah ketakwaan kita yang kita jaga di sepanjang bulan Ramadhan. Adakah kita menyangka Allah hanya berada di bulan ramadhan?? Ya sungguh berat persoalan ini. Saya lontarkan kepada diri sya dan rakan-rakan yang membacanya.
Kembara di akhir Ramadhan Sebelum pulang ke Machang, saya sempat mengembara ke Nilai 3 dan mengambil gambar-gambar sepi di kampus USIM. Ya, petang Jumaat itu sungguh sunyi, tak pernah saya rasakan sesunyi ini. Saya bawakan gambar-gambar untuk tatapan semua,
Suasana di kafe PKP, tak sangka saya kawasan ini menjadi kosong, biasanya mahasiswilah yang sering memenuhi kerusi ini, sehingga mahasiswa terpaksa bekorban makan di luar kerana ramai dan sukanya mahasiswi makan.
Wakaf menunggu bas kakak-kakak di Desa Jati juga kosong, tempat inilah menjadi saksi kakak-kakak yang berlari anak menghambat bas utk ke kuliah dek kelewatan bangun dari tidur
Iftar terkahir di Masjid Nilai, kelihatan kawan foreigner dari krygysztan dan Africa, kami sempat menyemai ukhuwwah apabila berkongsi nasi berbuka kerana kehabisan dek ramainya pengunjung luar datang berbuka bersama keluarga.. Perjalanan jauh pulang ke Kampung, dari Nilai ke Bangi kemudian sesat ke Sungai Merab, sampai di IPIS, naik pula bas India yang sungguh semerbak bau wangian basnya, sehingga tak tidur saya sampai ke Machang.
Selamat Kembali kepada Fitrah
Mari kembali kepada fitrah sebenar manusia, lihatlah bayi comel ini dia masih lagi berada dalam keadaan fitrah, moga Ramadhan lalu mengembalikan kita kepada fitrah insani.........(bayi ini comel kerana ayah saudaranya juga comel-lihatlah kat bawah ni)
Selamat Hari Raya Idulfitri, Minal Aidin Walfaizin, Ini baju raya yang kedua, pada hari raya kedua di saat ingin pulang ke kampung abah, baju raya pertama adalah jubah kelabu dari Mekah, Raya sakan tahun ni.....
salam alaik! saya terjumpa blog ni secara x sengaja. ye ke?? baru sempat lihat sepintas lalu. blm sempat lihat entri demi entri. macam mana pengajian dan USIM?
anak-anak didik(adik-adik mungkin?)di ABJ bakal berjuang dalam PMR tanggal 7 Oktober. doakan yang terbaik untuk mereka ya...
All the best n best of luck untuk Syihan.
Salam idulfitri juga(maaf, lupa dah bls atau belum sms idulfitri dr syihan.)
salam cikgu fizah.. malu nyo....he.he... terima kasih ingat lagi.. budak ahmadiah, sombong la... takde pun yg hantar msej ingatan... kirim salam kat adik-adik saya tu, form 1 hgga tiga... kirim salam rindu... saya kirimkan doa kejayaan kepada pelajar PMr, tak lupa student SMU dan SPM....
"Mari kembali kepada fitrah sebenar manusia, lihatlah bayi comel ini dia masih lagi berada dalam keadaan fitrah, moga Ramadhan lalu mengembalikan kita kepada fitrah insani.........(bayi ini comel kerana ayah saudaranya juga comel-lihatlah kat bawah ni)"
Salam syuhada'. Syeikh,kelakar la ana rse yg kat ats 2 hehe.xpe,ana stuju.enta mmg comel kah3.
salam! malu bakpo plak? hehehe ke sbb terkantoi? insya Allah akan saya sampaikan salam untuk anak-anak didik. salam rindu tu utk Ha****h ke? Maaf, Amir pernah minta no Syihan tp saya blm bagi..terlupa. Dorang ni ingt lagi kat Ustaz...
waalaikumussalam!! eh,eh cikgu fizah ni, apa yg terkantoinya, ni mesti ade baca artikel yg lepas-lepas ni...jangan salah faham ye... ha****h tu ape??? jgn gosip2 cikgu, malu la ana.... tak terjejak la ana ke ahmadiah nanti..hu.hu.hu satu lg cikgu, tolong jgn ssebarkan blog ana ni ye..
salam alaik!
saya terjumpa blog ni secara x sengaja. ye ke??
baru sempat lihat sepintas lalu. blm sempat lihat entri demi entri.
macam mana pengajian dan USIM?
anak-anak didik(adik-adik mungkin?)di ABJ bakal berjuang dalam PMR tanggal 7 Oktober. doakan yang terbaik untuk mereka ya...
All the best n best of luck untuk Syihan.
Salam idulfitri juga(maaf, lupa dah bls atau belum sms idulfitri dr syihan.)
May Allah bless U
it's me
cikgu fizah :)