SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Serban, Darah & Parut Perjuangan
Sunday, October 25, 2009


Basah darah itu masih berbekas
Sakit Luka itu Masih Berparut
Hanyir bau itu masih melekat

Masih baru balingan batu itu
Masih terasa hinggapan batu itu
Masih berpinar penangan batu itu

Ingat lagi basah dahi dengan darah
Ingat lagi lajunya keluar aliran darah
Ingat lagi merah warna darah

Terkesan aku pada serban itu
Terkesan aku pada lilitan serban itu
Terkesan aku pada lembut serban itu

Darah itu ingin sekali ku jilat
Darah itu tak terasa hanyirnya
Darah itu tak henti-henti mengalir

Serban putih itu menjadi saksi
Mengelap darah perjuangan
Menekap dahi yang penuh darah

Saat darah mengalir
Terpancar wajah pejuang
Teringat Darah As-Syahid Ahmad Yasin
Teringat Darah As-Syahid Dr Rantisi
Teringat Darah As-Syahid Muhammad Ad-Durrah

Allahu Akbar
Benarlah Perjuangan itu liku
Benarlah perjuangan itu Mehnah
Benarlah Pejuangan itu pedih

Subhanallah
Walau kalah dalam Perjuangan
Hati tersenyum puas
Biarpun Mata basah dengan Air Mata

Ku pandang wajah pejuang tanpa jemu
Ustaz Idris keletihan
Ustaz Salahuddin bengkak matanya
Dr Dzul terduduk memandang angka-angka itu
Ustaz Tantawi ku lihat sedang berdakapan pilu

Aku tak sanggup lagi melihat
Jalan Pinang itu ku tinggal sepi
Sore itu air mata tak henti-henti keluar

Ku Rentasi malam gelap itu keseorangan
Sambil tangan erat memegang serban darah itu
Masih terasa perit luka dahi itu
Air mata masih merembes keluar

Hingga pagi itu
Panggilan dari keluarga mendebarkan aku
Kaget mereka mendengar cerita pejuang muda
Dari muka utama makalah massa
Tak sangka mereka itu adalah aku

Aku menangis sepi mendegar suara ummi
Bicara panjangnya terkejut tentang aku

Aku menagis sepi mendengar suara abah
Tergeleng melihat semangat juang anak

Dan aku terus menangis sepi
Kerana aku masih mendengar suara mereka
Aku sangka sudah syahid di medan ini
Di bawa pulang sebagai pemuda syuhada'

Serban itu terus kusimpan bersama bekas darah
Dan parut ini masih belum hilang dalam lukanya
Aku bersaksi akan terus ku berjuang
Menang sebagai pahlawan
Atau mati sebagai syuhada

-6 Zulkaedah 1430 H / 5.02 a.m/KKSI

Labels: , , ,

posted by tok pulai chondong @ 2:15 AM  
2 Comments:
  • At 11/03/2009 11:03 AM, Anonymous Al-Faqir Muhaimin said…

    Salam syuhada'...
    Allahuakbar.wallau yubarik fik.enta ni klu nk gi mati syahid jgn gi sorg2,s'kurg2nye ajak la ana.hehe.k,slmt b'jihd dlm imtihn plak.doakn la kjyaan kita b'sm insyaAllah.

     
  • At 11/13/2009 7:59 PM, Blogger tok pulai chondong said…

    mati syahid di mana2 shj Allah tentukan- tengah exam pun boleh mati syahid tau...syukran akh..barakaalh

     
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com