SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Semangat Baru
Saturday, September 09, 2006
Bismillah….Bismillah….Bismillah…..Bismillah. okey hari ni dah cukup seratus kali baca bismillah. Mulanya memang susah nak amal Bismillah seratus ni, tapi bila dah tiap-tiap hari PLo duk beleter dan sentiasa tanya amalan nie tiba-tiba jadi senang la pulak.

Sekarang ni jiwa ini berada dalam dilemma. Semalam ada seorang hamba Allah datang ke maahad yang disayangi dengan wajah ceria. Sekilas pandang memang tak kenal, tapi lepas dia tegur baru aku ingat abang ni rupanya. Abang ni pernah belajar di sini tapi lepas PMR dia sambung ke sekolah almuhammadi dekat kota sana. Apa mimpi dia datang ke sini.. Cerita punya cerita rupanya dia nak sambung pelajaran ke bumi syam dalam bidang pembomohan. Masa tengah duk cerita tu datanglah cikgu Azi datang ucap tahniah kat abang ni. Masa tu dahiku berkerut menandakan cemburu. Tapi apa yang menyebakkan dada ni bila dia memberi semangat supaya kuat belajar. Katanya walau kita di aliran agama mempunyai masa yang suntuk tapi kita masih ada peluang. Sekarang baru aku sedar dari tidur yang sedang lena.

Mujurlah abang ni datang gerakkan semangat aku yang tengah tidur tadi. Mulai hari tu, setiap hari aku pulang petang sebab belajar. SMU tinggal sebulan lagi, dan tadi selepas zohor, kat kantin tiba-tiba PakCu Cak datang tegur aku dan pesan suruh ngaji sungguh dan dia kata aku ni adalah harapan untuk cemerlang, aku jadi tak keruan(mulut aku terkumat kamit tak tahu nak kata….sekadar menyebut Insya Allah……….


Debat Islam Hadhari…

Panas….memang panas..hari khamis lepas berlaku perkara yang tak disangka iaitu debat Islam Hadhari bersama ustaz Umno. Mulanya kelas sedang belajar Feqah bab riba. Tengah-tengah duk belajar tue kawan yang digelar ‘pakcik’( coz muka dia matang) tiba-tiba dia tanya kenapa kerajaan tak banteras benda begini.. bermula dari situ maka bab riba berkembang sampai tajuk islam hadhari..pada mulanya keadaan bising dengan hilai tawa kawan-kawan kerana pakcik ni beri idea yang bernas sampai ustaz tak terkata apa. Sampai satu bab berkaitan dengan istilah islam hadhari yang salah digunakan, ustaz tu cakap kami ni lebih-lebih sangat padahal istilah tu takde apa-ape pun…

Aku yang memang sejak tadi lagi naka ambil bahagian debat nie mula menunjuk bisa.
Aku kat ustaz perlu sedar bahawa Islam hadhari ni menyeleweng….dan boleh menjejas akidah…dan sejak islam hadhari datang umta islam di Malaysia semakin lemah…hinggakan orang murtad dan islam liberal dibiarkan begitu saja.. Apabila aku sentuh bab murtad je…aku nampak usatz nie mula melenting dan mengatakan hal murtad ni adalah fitnah hingga dia kate mufti menjadi bingung dengan mengeluarkan penyataan yang salah.

Sebaik sahaja dia hina mufti, aku pun segera menjawab dan suara aku semakin tinggi “kerana undang-undang yang lemah dan perlembagaan yang kafir nilah menyebabkan murtad menjadi biasa sahaja”…………….Sehinggalah akhir sekali aku keluar ayat Al-Quran yang berkaitan dengan hudud. Kemudain aku sebut dengan lantang, “siapa yang tak sokong ayat ni tak payah jadi orang Islam. Kelas jadi riuh dengan laungan takbir..Wajah aku merah padam begitu juga dengan ustaz..Dalam keadaan kecoh tu aku pun keluar kelas….pergi rehat kat kantin…..He he tak sangka aku boleh berkata lagutu kat ustaz..kesian kat ustaz tu…dengar kat ustaz tu cakap dalam kelas bahawa dia memang tak pandai dalam bab ni….hari nie dia pegang bahu aku semasa aku masuk bilik guru…(aku senyum jer..)..

Tadi aku dengar berita anak cikgu Azi kena ragut kat kl(bukan kuala Lumpur)..terguling-guling kak yati katenyer…..mujurlah bukan adik dia yang sorang tue kena kalau tidak entah macam manala aku agaknyer,.

-letih betul kena masukkan markah dalam computer, macam jadi kerani la pulak.

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 5:02 PM   0 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com