SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Air Mata : Maafkan ana Ustaz, Teacher!!
Tuesday, May 06, 2008
Ya Allah, begitu hebat aturan hidupMU untuk saya melaluinya. Semakin hari semakin mencabar jiwa, semakin meresah perasaan. Entah sehingga mana lagi saya mampu bertahan untuk menerima segala kesusahan ini.

Hari ini, tanpa disangka-sangka drama sedih berlaku di sekolah. Manakala saya adalah watak penting dalam menjayakan lakonan sedih ini. Bukan lakonan yang terancang, tetapi lakonan yang Allah rancang lebih awal lagi. Masa pertama ustaz **idi saya dan sahabat seperti biasa menunggu ketibaan ustaz masuk ke dalam kelas. Tetapi nampaknya kelibat ustaz tidak kelihatan. Walau kami sedia maklum, sebelum ini ustaz seperti ada konfrontasi dengan pelajar kelas ini. Ustaz Di mengajar Arudh&Qafiyah untuk pelajaran STAM tahun ini. 20 minit masa berlalu, nampaklah kelibat ustaz masuk ke dalam kelas. Jujur saya katakan kelas tak berapa ceria masuk waktu ustaz mengajar. Entah ap masalahnya saya tidak tahu ataupun saya tidak mahu tahu.

Ketika kami sedia dengan buku untuk belajar, tiba-tiba ustaz Di mulakan pengajaran dia dengan mengatakan dia tiada mood untuk mengajar pada hari ini. Saya mula menyedari nada kecewa yang ditunjukkan oleh ustaz. Ustaz Di mula membuka cerita yang lebih panjang dengan mengatakan perasaan kecewa kerana pelajar tidak ambil cakna dengan mata pelajaran dia. Katanya, dia takkan mengajar selagi perasaan tidak tenangnya terhdap pelajar tidak hilang. Kelas menjadi hening, saya mula tak tentu arah. Perasan bersalah mula menyelubungi diri saya. UStaz membandingkan dengan pelajar-pelajarnya yang lepas tidak seteruk ini. Saya mula rasa pedih panas apabila cerita ustaz semakin panjang. Pelajar lain semuanya tunduk muka ke meja tak berani menganggkat muka. Siapa sebenarnya yang bersalah? Siapa sebenarnya yang telah mengguris perasaan ustaz?. Adakah aku yang telah menyakiti perasaannya? Ya Allah tolong aku. Saya tidak dengar lagi apa yang ustaz katakan. jantung sya mula berdegup kencang.

Habis masa pertama ustaz, terus keluar tanpa sempat memberi salam. Tekad di dalam hati, saya perlu minta maaf. Kemudian saya segera menapak laju menuju ke bilik ustaz, saya sudah bertekad saya mesti minta maaf. Sampai di bilik ustaz saya lihat ustaz menyapu air mata. Saya menjadi sebak, kaki mulai berat untuk melangkah. Namun saya gagahi jua kaki ini untuk melangkah masuk ke dalam biliknya. Tanpa saya sedari beberapa orang shabat saya turut datang untuk meminta maaf dengan ustaz.

"Ustaz, ana minta maaf", sebaik sahaja saya mencium tangannya air mata tiba-tiba sahaja tumpah berderai, saya tidak dapat lagi menahan sebak di dada. Saya menangis tersengguk-sengguk.

"Ana sayang pada awak Syihan," Kata-kata ustaz menyebabkan saya bertambah sebak. Kemudian sahabat-sahabat lain ikut bersalam dengan ustaz seraya meminta maaf.

Kemudian ustaz pun melepaskan perasaannya kepada kami, menceritakan segala apa yang dia rasa. Pelajar tak masuk kelas, sibuk dengan aktiviti luar, mengumpat kepada dia dan bermacam-macam lagi perkara yang menyebabkan kami semua tertunduk dan mendengar segala isi hatinya kepada kami.

Dia turut marah dengan sikap kami terhdap zaujahnya yang mengajar mata pelajaran MUET kelas kami. Ketika itu fikiran saya kosong, tak tahu nak kata apa.

"Walaupun saya maafkan awak, tetapi saya tak maafkan semua sekali. Hanya 60 peratus sahaja saya terima permohonan maaf awak."

Kami tunduk lesu dan keluar dari biliknya dengan mata yang merah terutamanya saya. Fikiran kami menerawang jauh. Saya ke tandas membasuh muka dan menenagkan perasaan. Ketika sya menuju ke kels, saya terserempak dengan teacher yang juga zaujah ustaz Di. Saya meluru ke arahnya dengan niat untuk mintak maaf.

"Teacher, ana minta maaf laah kalau ada silap sebelum ni"

Teacher buat mula selamba sahaja, tiada rasa apa-apapun. Cuma dia jelaskan, bahawa dia sebelum ni memarahi pelajar dalam kelas adalah mewakili ustazah-ustazah lain yang terasa hati dengan sikap kami dalam kelas.

Saya cepat-cepat menyapu air mata yang masih berbaki tadi. Teacher, macam menyedari yang saya menitis air mata. Habis cerita dengan teacher, saya terus balik ke kelas, dan buat muka selamba je.

Masa selepas rehat Ustaz Di masuk mengajar menggantikan zujahnya, dia buat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku, saya control malu dan buat-buat tak tahu dan tekun mendengar pelajarannya. Mudah-mudahan keadaan Ustaz Di lebih baik dan moodnya kembali sedia kala.

p/s: satu lagi episod yang memedihkan berlaku, seolah-olah aku sedang berlakon dalam cerita jepun yang biasa aku tengok tu. Ish..ish nasib badan..Allahuakbar!!!

Labels: ,

posted by tok pulai chondong @ 12:04 AM   10 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com