SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Ucapan Rindu Pada tok Pulai Chondong
Sunday, April 08, 2007
Ucapan Wakil Pelajar Sempena Majlis Perhimpunan ( 8 April 2007)



Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis yang memberi peluang keemasan untuk ana berbicara sebagai wakil pelajar di tapak perhimpunan ini. Yang saya hormati tuan mudir, yang saya amat kasihi, semua ustaz-ustazah, guru-guru dan seterusnya rakan seperjuangan yang sentiasa dirahmati Allah.

Sebelum saya melangkah ke sini fikiran saya kusut untuk memikirkan apa yang akan saya perkatakan pada pagi ini. Tapi saya tetap berani meminta jasa baik saudara mustapha supaya memberi peluang untuk saya berucap. Banya perkara yang ingin saya perkatakan dan saya harap perkara ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar Insya Allah.

Hadirin sekalian,
Beberapa minggu yang lalu saya terdetik untuk mencari siapa dia Tok Pulai Chondong yang sentiasa disebut-sebut orang. Entah kenapa perasaan saya semakin membuak-buak untuk mengetahui siapakah Tok pulai Chondong ini. Perasaan ini semakin bertambah apabila saya dihujani dengan banyak masalah. Juga setelah melihat telatah pelajar sekolah ini yang sudah kurang penghayatan agamanya. Ketika itulah jiwa saya begitu merindui tokoh ini. Petang semalam saya mengambil keputusan bertekad ke kampung surau pulai Chondong untuk mencari indentiti sebenar tokoh agung ini. Sesampai saja saya di sana penduduk sudah selesai menyempurnakan asar berjemaah. Saya terus berjumpa sahabat saya yang tinggal di sebelah surau itu bertanyakan adakah ada buku yang menceritakan tentang sejarah tok pulai chondong ini. Alhamdulillah hasrat saya ini disambut dengan anggukan beliau menandakan ada. Kelmarin saya solat asar bersendirian di masjid kampung surau dengan penuh keharuan. Kerana di sinilah tok pulai chondong itu menyebarkan dakwahnya.

Kelmarin juga pinggang saya seolah-olah tercabut kerana saya telah merungkas menara masjid ini. Perasaan saya Allah saja yang tahu betapa gembiranya saya kerana berpeluang memasuki menara ini. Bagaikan berada di dalam liang lahad ketika menaiki tangga yang sempit itu. Hati saya meruntun menangis untuk kembali turun, tetapi saya masih bertekad untuk meneruskan pendakian ini hingga ke puncak menara, Akhrinya saya berjaya selamat sampai di atas menara ini dengan ucapan syukur. Inilah kali kedua cubaan untuk menaiki menara ini dan percubaan kali kedua ini berjaya hingga ke puncak. Ketika berada di atas menara, menara ini bergoyang-goyang seperti ingin runtuh. Saya ditenangkan oleh rakan di sebelah supaya jangan risau. Saya fikir jika tiada kawan di sisi saya mungkan akan menangis keseorangan dan tidak akan turun dari menara ini.

Buku di tangan saya ini menceritakan serba ringkas berkenaan Tok Pulai Chondong. Saya amat bertuah kerana ditemui dengan buku ini. Di saat saya membuka lembaran buku ini hati saya di asak rasa sayu kerana di tangan saya kini menceritakan tentang ulama' yang berjasa terhadap sekolah yang saya belajar sekarang. Kerana dialah yang mengasaskan sekolah ini. Perasaan kesal menyelubungi diri saya kerana sepanjang tempoh lima tahun saya berada di sini baru saya mengenali serba sedikit tentang tokoh ini. Sepatutnya buku ini sudah lama berada di tangan saya.

Secara ringkasnya saya ingin menceritakan tentang apa yang saya telah saya baca. Sejarah menceritakan bahawa beliau merupakan ulama yang terawal di kelantan yang membuka pusat pengajian pondok. Dilahirkan di kamping Bukit. Terkenal alim dalam bidang Tasauf dan Fiqh. Pernah pada suatu hari madrasah ini dijilat api, namun ini tidak menghalang beliau meneruskan agenda menyebarkan ilmu kepada penduduk kampong dan juga orang ramai. Falsafah hidupnya ialah Berhamba kepada Allah dengan sebaik-baik hamba. Beliau telah melahirkan ramai ulama yang mashur. Bukti pengaruhnya amat tinggi dikalangan masyarakat adalah dengan kerjasama penduduk kampung membawa kayu balak dari bukit China bagi menyiapkan menara madarasah. Beliau terkenal dengan seorang pereka yang hebat, buktinya dengan kejayaan membina menara surau yang masih lagi bertahan hingga sekarang. Betapa kuatnya semangat penduduk kampung mempertahankan madarasah ini dapat dilihat dengan kejadian pembakaran madrasah kali kedua, penduduk kampung mencari dan menemui dalang yang membakar madrasah ini iaitu Pak Munah, hinggalah pengkhianat ini dibunuh oleh penduduk kampung. Kehadiran berpuluh-puluh pondok di kawasan madarasah ini menggambarkan kejayaan tok pulai chondong membawa anak muridnya menimba ilmu. Hinggalah pada akhir hayatnya beliau meninggal dunia di tanah suci mekah di kawasan tanah perkuburan Mala berhampiran dengan kubur saiditina Siti Khadijah. Semoga Allah merahamati beliau.

Mengapa saya begitu beria-ria menceritakan kisah ini. Kerana saya ingin semua pelajar kembali kepada sejarah. Kenapa ingin mengingati kembali sejarah ini. Kerana saya lihat kita sudah jauh dari jalan yang di bawa oleh ulama ini. Mengapa saya berani mengatakan begitu, kerana saya sudah tidak tahan lagi melihat sikap kita di sini. Kita buta sejarah, sebab itulah kita jadi begini. Oleh itu saya datang membawa kembali sejarah ini. Supaya pelajar semua dapat meginsafi bahwa ulama' terdahulu telah berusaha membawa sekolah ini hingga berdiri ditahap ini. Penat lelah mereka Allah sahaja yang tahu. Perit mereka tiada siapa dikalngan kita yang menanggungnya. Kenapa waga sekolah ini begitu tegar melakukan kejahatan yang memalukan di madrasah yang dibina oleh ulama ini. Mengapa dikalangan kita masih buruk perangainya. Mengapa dikalangan pelajar sudah hilang hormatnya dengan guru. Kenapa begitu sanggup untuk mencuri hak orang lain. Mengapa begitu bangga menghisap rokok di sekolah, mengapa begitu gembira menipu ibubapa dengan ponteng dari sekolah. Inikah sikap pelajar agama. Tidak ingatkah kita jasa tok pulai chondong yang mengasaskan sekolah ini. Berani benar kalian semua menunjukkan kebodohon dikalangan masyarakat di sekitar.

Maafkan saya kerana meluahkan amarah saya di majlis yang mulia ini. Tidak sepatutnya saya begitu marah, kerana kalian semua sudah dewasa. Saya juga sudah dewasa. 16 april nanti cukplah umur saya 18 tahun, tetapi apabila saya menghisab diri saya, selama 18 tahun ini apakah balasan saya kepada orang tua. Pernahkah saya membuatkan mereka tersenyum dengan kejayaan saya. Jika ulama' dahulu umur begini sudah mampu mengepalai masyarakat, sudah hafiz Al-Quran, sudah alim dalam bidang agama. Mereka semua lahir melalui didikan madrasah. Kita juga sekarang belajar di madrasah syamsul maarif dan baru kini ditukar kepada maahad. Tetapi kita tetap melalui proses pembelajaran yang sama. Jika dilihat kepada buku-buku agama yang dipelajari, saya fikir sudah cukup untuk menjadi alim. Tetapi mengapa tidak begitu. Persoalan ini saya tinggalkan kepada saudara untuk menjawabnya.
Saudara, kita sebenarnya dilanda pelbagai masalah yang melanda diri kita. Masalah jiwa, masalah persekitaran sudah cukup membuatkan kita rasa pening kepala. Saya ingin membawa saudara sekalian kepada fitrah insani. Apabila kita demam atau sakit kepala kepada siapakah orang yang pertama kita akan mengadu. Pastinya kepada ummi kita. Walaubagaimana hebatnya kita orang lelaki tetapi apabila sampai peringkat sakit kepala pastinya, mi, ma, mok, ibu yang akan menjadi panggilan pertama kita. Walaupun dia tiada disisi panggilan itu saja sudah cukup untuk mengubati sakit yang kita alami. Tidak terkecuali mereka yang berkahwin pastinya ibu menjadi panggilan pertama untuk mengubati demam kita, kerana ibulah segalanya. Jika kita ingin meminta sesuatu, siapakah orang yang pertama kita akan cari. Pastinya ayah, abah, abi atau baba adalah orang yang pertama akan kita cari. Begitu juga kita di sekolah, dihadapan saudara sekalian adalah ibu dan bapa kita semua. Di sini saya mengambil peluang untuk menyeru kepada semua kita untuk berkasih sayang. Guru-guru di sini merupakan ibu-bapa kedua selepas di rumah. Saya mahu kita semua membina ikatan antara guru. Banyak masalah yang melanda sekarang kerana tiada tempat untuk mengadu. Carilah peluang untuk berbicara dengan guru. Saya yakin semua guru di sini mempunyai sikap keibuan yang tinggi. Apatahlagi pada tahun ini guru perempuan begitu ramai di sini jadi ambillah peluang ini untuk kita menyelesaikan masalah. Harapannya, dengan cara begini keberkatan pelajaran antara guru dan anak murid lebih terasa, dan penghormatan terhadap guru lebih tinggi.

Saya ingin mengaju soalan kepada kailan semua di sini, adakah kalian semua sayang akan sekolah ini? Jikalah ada sesipa yang membawa masalah di sekolah ini, bolehkah kita sama-sama menentang? Jika ada yang membawa kemungkaran ke sekolah ini bolehkah kita bersatu menghapuskan mereka? Jika saya nanti dipukul kerana menghalang kejahatan, bolehkah saudara semua bantu mempertahankan saya melawan mereka? Jika penjahat ini mengancam keselamatan diri saya bolehkah saudara menjadi benteng kepada saya? Saudara sekalian jika itulah kata kalian semua, saya mwngisytiharkan bahwa diri saya bersama rakan-rakan di sini akan membuang segala kejahatan yang cuba di bawa ke sekolah ini. Saya juga mengisytiharkan bahawa saya sedia syahid jika ditakdirkan musuh cuba untuk menentang. Kami akan memperlengkapkan diri kami untuk membuang kemaksiatan yang berlaku di sekolah ini. Saya menyeru kepada semua supaya bersama dengan kami untuk menentang kemungkaran yang ada di sini. Barisan kepimpinan di sini sudah membunyikan semboyan perjuangan. Para pemimpin di sini sudah siap siaga untuk turun ke medan juang. Selagi amanah ini dipegang oleh pihak kami, kami akan berusaha untuk melenyapkan maksiat yang berlaku di bumi Maarif ini. Bersama kita mengaminkan doa ini.

Akhir kalam jika ucapan ini mengguriskan hati ramai saya memohon kemaafan. Insya Allah Takbir.


12.30 a.m

Labels: ,

posted by tok pulai chondong @ 5:29 PM   0 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com