SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Dua Kelahiran : Nawal Busyra & Ahmad Syihan
Friday, April 16, 2010

Salam syuhada'

16 hari yang lepas, saya merafakkan kesyukuran tak terhingga di atas kelahiran anak saudara baru. Allah menganugerahkan kepada abang saya seorang bayi perempuan yang comel. Gembira saya dan berkebetulan pula saya pulang ke kampung pada hari itu. Sempat menatap wajah comel itu serta mencuit pipi lembut bayi suci ini.
Beberapa hari kemudian, bayi ini terpaksa dikurung di wad ICU kerana mengalami masalah keracunan susu. Ummi beritahu bayi ini dipenuhi dengan wayar-wayar yang berserabut di badannya. Mendengar berita tu, saya tersentak dan badan rasa tak berdaya. Bayi kecil ini diuji pada usia yng begitu mentah. Teringat kembali raungan bayi ini semasa menerima suntikan lazim oleh doktor pada awal kelahirannya. Saya menutup telinga kerana rasa resah dengan suaranya.

Ujian si kecil ini bukan sahaja keracunan makanan, tetapi turut mengalamai masalah jantung berlubang. Saya menerima berita ini antara percaya dengan tidak. Saya tak pernah menjangka setahap ini sakit yang dialami anak kecil ini. Ummi saya hanya tenang memberitahu berita ini, sungguh tabah. namun saya tak berdaya menahan air mata keluar. Tak terbayang begitu susahnya adik kecil ini menghadapi dunia barunya. Anak saudara saya, darah daging saya. Tak betah saya memikirkan kesusahan adik ini.

Beberapa hari kemudian saya bertanya khabar tentang anak ini, kata ummi, anak ini masih belum dapat disentuh, masih terkurung di dalam bekasnya. Kata ummi lagi, tubuh anak ini semakin menyusut. Saya bertanya kepada ummi apa nama bayi ini. Ummi kata namanya Nawal Busyra. Ummi tanya apa maknanya. Saya katakan maknanya anugerah berita gembira. Mendengar makna itu, ummi terus berdoa moga Allah mengurniakan berita gembira untuk anak kecil ini. Saat itu dada saya berombak kencang, turut mengaminkan doa penuh harapan daripada ummi, nenek untuk cucu kecil ini.

Sehingga hari ini saya terus berdoa moga Allah menganugerahkan kesihatan untuk adik Nawal Busyra. Kepingin untuk mencubit hidung adik Busyra, mencium pipi gebunya dan bermain dengannya. Moga abangnya yang bernama Fawwaz serta mama dan babanya turut gagah mengasuh adik istimewa ini. Kelahiran yang teristimewa.

Manakala 21 tahun lepas, Ditengahari jumaat yang terik, keluarga ini turut menerima kelahiran istimewa. Bayi lelaki ini dilahirkan dengan sihat dan cukup sifatnya. Menjadi ahli yang kesepuluh dalam keluarga besar ini.

Bayi ini dilahirkan dengan seribu harapan daripada kedua ibu dan ayahnya. Semasa kecil lagi diajar utnuk bercita-cita besar. Pertamanya diajar untuk bercita-cita menghafaz 30 juzu' al-Quran. Kerana kata abah, orang yang menghafaz 30 juzuk al-Quran dapat memberi syafaat kepada seluruh keluarganya di akhirat kelak. Tambahan lagi keluarga kami adalah keluarga yang besar. Kemudian abah juga mengajar anak ini supaya bercita-cita untuk menjadi ulama'. Dan ketika itu idola anak kecil ini semestilah Tok Guru Nik Aziz dan abah setiap kali pagi jumaat membawa budak kecil ini mendengar kuliah jumaat nun jauh di Kota Bharu dengan vespa klasiknya. Jika tak sempat abah membeli kaset tok guru dan memasang di rumah mendengarnya bersama keluarga.

Anak ini dianugerahkan dengan nama Ahmad Syihan. Ahmad maksudnya terpuji dan Syihan maksudnya bersungguh-sungguh mencapai hajat.

Sekarang sudah dewasa,bergelar mahasiswa USIM, dalam bidang Fiqh. Sekejap terfikir, adakah aku sedang berada dalam landasan untuk menjadi ulama' seperti yang dicita-citakan dahulu. Jika benarlah Ya Allah, tsabitkanlah hati ini untuk terus mengutip mutiara ilmu di sini.

Ulama' itu orang yang sudah disiap-siapkan dalam tempoh yang lama. Dibajai hatinya dengan Al-Quran, diwarnai fikirannya dengan sunnah, dan dihiasi kehidupannya dengan perjuangan.

Ya, inilah landasannya. Ulama' itu jiwanya hidup dengan perjuangan,tak kisah dibaling dengan batu kehinaan, tak ugah digari dengan besi keangkuhan, ulama' itu tetap tabah menghadapinya, penjara adalah mainan kehidupannya. Nista itu muzik telinganya, yang pasti Allah tetap memeliharanya.

Umur yang ke 21 ini, sungguh manis untuk saya mentajdidkan cita-cita saya, juga cita-cita sahabat perjuangan sekalian. Sebaik masuk dan berjanji untuk bersama di medan ini, ketahuilah sahabat sekalian kita juga berjanji untuk syahid di medan ini. Ya cita-cita itu ialah syahid di medan perjuangan. Allahumma Amin..Allahumma Amin.

Dulu sahabat saya pernah bercerita bahawa kita boleh merancang bila untuk kita mati syahid. Hari ini saya ingin merancang bahawa saya igin mati syahid pada tahun 2010. Allahuakbar!!

Saya akhirkan tulisan ini dengan kata-kata ulama' juang, Sheikh Abdul Qadir Audah :

Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada.


Labels:

posted by tok pulai chondong @ 11:44 AM   6 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com