SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Tuhan Ramadhan Juga Tuhan Syawal
Thursday, September 24, 2009


salam syuhada',

Salam aidilfitri,

Pada subuh 28 Ramadhan, Jumaat yang begitu hening, saya dan Ahmad, seorang pelajar senior dari Iraq memboceng pulang ke Sutera Indah dari masjid Nilai. Pagi itu sungguh sayu, kerana ia adalah pagi Jumaat yang terakhir di bulan Ramadhan. Warga Usim sudah ramai yang pulang berhari raya di kampung.

Dalam perjalanan pulang ke asrama, Ahmad sempat bertanya amalan saya di bulan Ramadhan, saya tersipu malu, dan mengakui belum sempat lagi khatam al-Quran. Lantas dia berkata, "Imam Syafie dalam bulan ramadhan mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 30 kali. Dia juga mengambil masa berjalan selama 3 jam sebelum mengeluarkan satu-satu hadis". Saya hanya menggelengkan kepala mendengarnya, sungguh sayu hati saya betapa hebatnya Imam Syafie, berbanding dengan kita, seguni ilmu yang kita pelajari pun belum tentu dapat menyamai sepatah kata Imam Syafie.

Saya mendengar tazkirah Ahmad sehingga sampai ke pagar Sutera Indah. Motor saya hentikan di situ, sejurus selepas itu saya bertanya dalam bahasa arab, "Ya akh, kaifa lilistimrar amal fi hazihhi syahri ila syahri akhar??.

Jawab Ahmad sambil mengurut janggutnya: "Rabbu Ramadhan, Rabbu Syawal, warabbu Rejab, waSyaban waukhra."

Saya terkedu dengan jawapan Ahmad. Ya, Tuhan Ramadhan juga adalah Tuhan Syawal. Allah ada di mana-mana bulan. Mengapa hilangnya bulan Ramadhan, hilanglah segala amal ibadat kita. Hilanglah ketakwaan kita yang kita jaga di sepanjang bulan Ramadhan. Adakah kita menyangka Allah hanya berada di bulan ramadhan?? Ya sungguh berat persoalan ini. Saya lontarkan kepada diri sya dan rakan-rakan yang membacanya.


Kembara di akhir Ramadhan


Sebelum pulang ke Machang, saya sempat mengembara ke Nilai 3 dan mengambil gambar-gambar sepi di kampus USIM. Ya, petang Jumaat itu sungguh sunyi, tak pernah saya rasakan sesunyi ini. Saya bawakan gambar-gambar untuk tatapan semua,
Suasana di kafe PKP, tak sangka saya kawasan ini menjadi kosong, biasanya mahasiswilah yang sering memenuhi kerusi ini, sehingga mahasiswa terpaksa bekorban makan di luar kerana ramai dan sukanya mahasiswi makan.

Wakaf menunggu bas kakak-kakak di Desa Jati juga kosong, tempat inilah menjadi saksi kakak-kakak yang berlari anak menghambat bas utk ke kuliah dek kelewatan bangun dari tidur

Iftar terkahir di Masjid Nilai, kelihatan kawan foreigner dari krygysztan dan Africa, kami sempat menyemai ukhuwwah apabila berkongsi nasi berbuka kerana kehabisan dek ramainya pengunjung luar datang berbuka bersama keluarga..
Perjalanan jauh pulang ke Kampung, dari Nilai ke Bangi kemudian sesat ke Sungai Merab, sampai di IPIS, naik pula bas India yang sungguh semerbak bau wangian basnya, sehingga tak tidur saya sampai ke Machang.


Selamat Kembali kepada Fitrah

Mari kembali kepada fitrah sebenar manusia, lihatlah bayi comel ini dia masih lagi berada dalam keadaan fitrah, moga Ramadhan lalu mengembalikan kita kepada fitrah insani.........(bayi ini comel kerana ayah saudaranya juga comel-lihatlah kat bawah ni)

Selamat Hari Raya Idulfitri, Minal Aidin Walfaizin, Ini baju raya yang kedua, pada hari raya kedua di saat ingin pulang ke kampung abah, baju raya pertama adalah jubah kelabu dari Mekah, Raya sakan tahun ni.....

Labels: , ,

posted by tok pulai chondong @ 12:32 PM   6 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com