SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
JAKSA- Satu Harapan
Saturday, December 12, 2009
Assalamualaikum...

Saya catatkan nota ini sebagai satu peringatan dalam suasana ukhuwwah Islamiah diantara kita. Saya catatkan juga sempena program kepimpinan JAKSA sesi 2009/2010.

Tadi, saya hampir menitiskan air mata, kerana niat saya untuk mengalunkan azan asar terbantut apabila Ampilifier yg sudah uzur gagal berfungsi.Menggunakan suara asli, saya alunkan juga azan tadi dengan harapan sahabat di bilik menyedari masuknya waktu asar.

Perkara ini sudah lama berlaku, tapi saya semakin tersentak apabila menerima teguran sinis dari seorang foreigner kepada pihak JAKSA, dia tanya saya mana JAKSA?? Apa yg JAKSA buat.??Berapa ribu sangat perlu dihabiskan untuk amplifier ini? Lihat di atas sana, berapa biji speaker yang dipasang tanpa apa-apa fungsi!!

Saya terkedu, seraya mengangguk. Betul, betapa saya keluar membilang speaker-speaker yang dipasang di setiap tingkat dan block. 16 belas biji kesemuanya. Saya tanya apa fungsinya semua ini? Semuanya sekadar hiasan dinding asrama. Sekali dulu saya pernah dengar suara dari speaker ini, iaitu alunan muzik sempena hari raya aidilfitri. Kemudian langsung tidak kedengaran lagi. Seolah-olah speaker ini menjadi projek gajah putih yang memberi keuntungan kepada taukeh Cina yang memasangnya.

Saya mula mencongak, jika 16 biji speakaer dapat dipasang, kenapa tidak boleh bahagikan sedikit duit untuk keselesaan pengguna surau, iaitu mahasiswa USIM sendiri. Cukuplah beli satu set amplifier. Kerana set ini amat penting. Biarlah suara muazzin dapat menyedarkan mahasiswa yg terleka dengan kerja buat mereka. Biarlah mereka segera bersiap dan turun ke surau untuk berjemaah.

Saya sedih sekali, di mana usaha kita untuk meramaikan jemaah di surau? sempit jiwa kita apabila mahasiswa Islam tidak turun ke surau untuk solat berjemaah. Motorsikal penuh di tempat parking. Melimpah keluar. Tetapi di mana mahasiswa disaat muazzin melaungkan azan?? Penuhkah surau? Berapa keratkah yang pergi berjemaah di Masjid Putra??

Sekali lagi ini harapan saya kepada JAKSA. Usahakanlah mengimarahkan surau itu, biarlah sempurna alatannya. Saya ada hak ke atas keselesaan ini. Kami membayar setiap apa yang ada di Sutera Indah. Kalian berhak menunaikannya.

Kita diberi tanggungjawab, tunailah amanah itu sebaik mungkin. Allah benci kepada mereka yang tidak menunaikan amanah dengan baik.

Saya bersama kalian, kami bersama kalian untuk mewujudkan suasana soleh ini di Sutera Indah. Kita belajar dan ingin beramal dengan ilmu yang kita miliki. Mari kita wujudkan suasana tazkirah, kuliah. Sekurang-kurangnya sekali seminggu.Menadah kitab umpamanya.

Bergeraklah dengan niat untuk beramal kepada Allah. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita dan setimpal ganjaran Allah kurniakan kepada kita dengan amal yang ikhlas ini.

Tiada niat untuk memperkecilkan sesiapa, kita sama di muka bumi Allah ini, menegakkan yang ma'ruf dan membenci serta menentang kemungkaran. Wallahu a'lam.

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 9:43 PM   5 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com