SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Catatan Sepanjang Rejab @ Julai
Sunday, July 20, 2008
Assalamualaikum hari ini saya mencuri masa untuk berblog. Saya jarang online disebabkan dua perkara: pertama saya sekarang tinggal di rumah sewa, dan yang kedua internet di rumah rosak mungkin disebabkan ribut petir baru-baru ini. Masa yang singkat ini saya ambil kesempatan untuk menulis catatan yang berlaku sepanjang bulan Julai ataupun Rejab. Saya mula dengan peristiwa yang terbaru.

Hadith palsu di Bulan Rejab

Selepas maghrib tadi saya ada melayari laman web Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, dalam banyak-banyak artikel saya tertarik dengan salah satu ruang soal jawab tentang hukum berkenaan dengan kelebihan bulan Rejab. Saya rasa terkesima apabila Dr. Yusof menjelaskan tentang sebaran hadith palsu dan mungkar tentang kelebihan ibdah di bulan Rejab. Saya terkesima kerana, dua tiga hari yang lepas saya telah tergesa-gesa copy-paste tentang kelebihan bulan Rejab dan dicetak khusus diberikan kepada pelajar sekolah sebagai risalah bulanan Badan Dakwah. Rupa-rupanya keraguan saya ada benarnya, bahawa hadith yang saya printout dan dibuat risalah itu adalah hadith palsu dan munkar. Minggu lepas juga saya ada memberikan tazkirah waktu zohor berkenaan kelebihan beribadah pada bulan Rejab tanpa membawa nas-nas dari Al-Quran dan hadith. Jadi malam ini saya rasa bersalah dan bertekad ingin membetulkan keadaan. Sesuatu perlu dilakukan supaya tiada tanggapan salah berkenaan kelebihan bulan Rejab ini. Selesai.

p/s: tadi dalam perjalanan pulang ke rumah saya mengambil kesempatan singgah ke kedai ustaz Awang kononnya menghantar surat yang berada di rumah sewanya dulu. Rupa-rupanya anak daranya sedang menjaga kedai, tapi yang ni tembam sikit dan masih kecil lagi dalam tingkatan satu atau dua. Sedang saya menghidupkan enjin motor saya terpandang kat dia, rupa-rupanya dia senyum meleret kat saya, saya buat tak tahu je. alangkan indahnya jika senyuman itu adalah milik kakaknya yang sorang lagi. Astaghfirullah.

Gangguan Di Rumah Sewa (Bayt Sunnah)

Malam sabtu yang lepas saya keseorangan di rumah sewa, ahli rumah Bayt Sunnah semuanya pulang kecuali saya dan Firdaus, tetapi dia tidur di asrama sekolah. Jam pukul 3.00 pagi, kerana
sudah puas menghafal syarah nusus Al-Barudi saya merebah badan ke lembek yang usang. Tiba-tiba bunyi kuat datang dari arah atap dapur, saya terkejut amat. Kemudian derap kaki melangkah dari atap menggerunkan hati saya, tidak lama kemudian bunyi itu hilang. Saya membaca sebanyak-banyaknya ayat Kursi sehingg terlena. Ini adlah kali kedua saya diganggu bunyi yang aneh.


Shafawi STAM

Alhamdulillah, tamatnya shafawi maka berkuranglah bebanan menghadapi STAM. Saya melepasi ujian shafawi dalam suasana yang begitu kalut. Perasaan tenang sukar diperolehi. Hanya Allah Taala sahaja yang tahu betapa kenalirnya menghadapi ujian ini. Bacaan Al-Quran saya bergetar-getar dan Ayat Hadith saya banyak ditegur oleh pemeriksa. Mudah-mudahan Shafawi tidak mengganggu STAM yang berlangsung pada bulan 10 nanti.

Bengkel Kerja Pengawas

Saya mengambil peluang meluahkan perasaan kecewa saya dihadapan adik-adik dan Penolong Kanan HEM. Banyak saya kritik pihak sekolah yang seolah-olah mengunci suara pelajar.

Pelancaran Usrah

Alhamdulillah, usrah yang sudah lama dirancang terlancar jua akhirnya dengan bantuan Abang-abang bekas pelajar.

Hari Keluarga Peringkat Sekolah

Saya dan beberapa orang pelajar ditugaskan untuk menjadi urusetia program Hari Keluarga yang diadakan di Permai Chalet, Bachok. Alhamdulillah saya dapat mengenali lebih dekat keluarga guru-guru. Gementar juga, keran Cikgu Fayzal menyerahkan tugas kepada kami sepenuhnya menyelaras program nih. Banyak perkara yang saya tahu, Ustaz Ramli mempunyai nama anak yang hampir sama dengan nama saya, Siham MUez. Ustazah Raihan mempunyai ramai anak rupanya, 5 orang belum termasuk yang tengah sarat. Sya tak dapat mengenali suami ustazah Hazirah (Ustaz Aziz) kerana ustazah hanya hadir bersama anak kecilnya kak YAya. Banyak lagi peristiwa yang menarik, dan yang paling penting zaujah cikgu yang paling comel ialah zaujah cikgu Fayzal. Cayalah cikgu!!

Itulah sekadar yang ingin saya catatkan. Ada yang ingin saya catatkan tapi saya rasa lebih baik diam dahulu. Perkara yang memerlukan kesei,mbangan emosi dan akal sebelum dapat menulis. Wallahu a'lam.

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 1:04 AM   0 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com