SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
SPM DAH HABIS.....APA LAGI??
Wednesday, December 05, 2007
Medeka!!!!!!!!!yeah!!..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana sesungguhnya kebebasan yang hampir setahun ditunggu sudah dikecapi. Kebebasan yang membawa erti bahawa tidak perlu lagi mengadap sukatan pelajaran SPM, tak payah serabut nak pikir-pikir cara nak jawab periksa sebab semuanya dah berakhir.


Hari terakhir periksa, entah kenapa hati ni tiba-tiba sahaja meruntun sedih. Sedih bila terkenangkan sudah hampir enam tahun aku duk belajar di sini. Terharu betul sebab dunia Maarif ini akan ku tinggalkan. Kertas akhir subjek Bahasa Arab Tinggi Kertas 2 aku jawab sungguh-sungguh. Sebelum masuk dewan periksa aku sempat memberi nasihat akhir buat rakan-rakan supaya jawab sungguh-sungguh kertas akhir dan jangan keluar awal. Seminit sebelum masuk dewan aku sempat bergambar sambil bergaya dengan blezzer aku. Sebenarnya aku nak buang perasaan gedebar yang tiba-tiba sahaja menyerang. Kertas akhir aku jawab dalam masa 2 jam, jadi lebihlah 30 minit. Tempoh 30 minit tu aku bantu kawan sebelah..Biasalah lah hari akhir ni pengawas periksa buat biasa jer. Sebaik tamat periksa kami bergambar buat kali terakhir. Entah bila lagi dapat berkumpul semula dengan diorang..
Apa yg diorang tengok haa(kerusi sisyahid kosong)

Selepas exam ni aku sebenarnya dibebankan dengan pelbagai tugas. Tugas sebagai seorang yang aktif dalam persatuan dakwah membuatkan aku masih belum tenang untuk berehat seperti kawan-kawan lain.. Sekadar untuk peringatan untk diriku, berikut adalah senarai tugas yang wajib aku laksanakan:


- mesyuarat untuk program dakwah 2008

- perancangan aktiviti badan dakwah 2008

- Persediaan untuk memperkasakan usrah

- tamrin untuk para nuqaba'

- cari duit poket (kena kerja lani)

- barisan kepimpinan untuk tahun hadapan

-Perbaharu iman

- Taubat dari segala dosa

- STAM 2008 (target mumtaz sufi)

- kelas tafaqquh fiddin

- hafaz quran

- Jual baju labuh muslimah


MasyaAllah! banyaknyo wei!!


maksudnya aku masih belum bebas....Hidup ini dipenuhi dengan tugas, kadang-kadang membebankan, merungsingkan dan menggembirakan. Seolah-olah tiada ruang untuk berehat. Hakikat perjuangan penuh onak dan liku. bila aku dengar lagu ghuraba' membuatkan jiwa ini merintih pilu mengingatkan kembali mujahidin yang tak henti-henti berjuang untuk mengakkkan syiar Islam. Misi utama aku sekarang ni ialah MEMPERKASAKAN USRAH DI SEKOLAH.jadi aku tak boleh berlengah-lengah lagi. Bab kata pepatah arab : Bertangguh tangguh pencuri masa.



Labels:

posted by tok pulai chondong @ 8:38 PM   3 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com