SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Langkah Pertama Sudah Gagal
Saturday, August 09, 2008

Salam syuhada',

Semalam saya tak sempat menulis kerana tertidur, pagi ini saya benar-benar ingin menulis, kerana selepas ini saya akan ke Bayt Sunnah dan tidak ada peluang untuk mengemas blog. Penulisan ini berkisar tentang saya dan pelajaran.

Seminggu yang berlalu saya sedang bertungkus lumus menghadapi Imtihan Tajribi STAM. Tinggal seminggu lagi untuk saya habiskan saki baki kertas imtihan ini. Apa yang menyedihkan hari pertama saya sungguh malang, kerana saya rasib pada kertas Hifz Al-Quran. Rasib kerana sedang asyik menulis tiba-tiba saya diserang sakit perut. Saya hanya sempat menjawab kertas sekadar 15 minit kemudian saya keluar kelas dan menuju ke masjid.

Tiada siapa yang tahu, ketika saya di masjid saya mengerang kesakitan sendirian tanpa ada yang menolong disisi. Saya terlena di masjid sekolah sehingga saya tersedar jam 11 pagi. Maknanya saya sudah terlepas satu kertas penting pada peperiksaan ini. Menyedari bahawa saya akan rasib, saya memacu laju langkah saya menuju ke bangunan sekolah. Orang pertama yang saya jumpa ialah Ustaz Li (S/U Kurikulum), dia tak dapat membantu dan menyuruh saya jumpa dengan mudir, saya meluru ke pejabat mudir dan merayu supaya saya dapat menjawab kertas Al-Quran tadi, jawapannya sama tak boleh. Saya bungkam, maknanya saya akan gagal seluruh mata pelajaran untuk trier ini. Saya menuju ke kelas dengan langkah yang longlai, tiba-tiba sakit perut kembali menyerang, saya merebahkan diri di atas kerusi yang disusun panjang dalam kelas.

Langsung saya tak percaya bahawa saya akan gagal pada hari pertama lagi. pada mulanya saya ingin bertenang sahaja, tetapi gelojak emosi membawa saya kepada tindak-tanduk yang salah. Selepas pada solat zohor, mesyuarat Dakwah berlangsung dengan keadaan tegang, menambahkan lagi panas hati dan perut saya. Selepas mesyuarat pula kedengaran pula bising Ajk dakwah sibuk mesyuarat sampai ponteng kelas tambahan petang (saya terkecuali kerana ada imtihan). Bunyi mulut guru mengkritik AJK dakwah memanaskan lagi hati saya. Merka fikir, mesyuarat itu main-main ke. Saudara pengerusi Dakwah hari tu hampir-hampir mengamuk kerana sikap ajk dakwah yang tak komitmen, tetapi habis mesyuarat guru pula yang mengkritik pedas, tak ke serabut otak saya. Yang saya geram kritikan itu disampaikan pula adik-adik dalam kelas, tak ke tercabar maruah saya.
Dalam suasana hangat ini, saya menuju ke kelas, niat saya ingin mentelaah madah Fiqh bagi kertas esok hari. Namun sampai di dalam kelas saya semacam tak dapat mengawal perasaan, saya tumbuk papan kenyataan, saya cabut lambang universiti yang banyak ditampal dinding, yang pada satu ketika dulu saya bagai nak rak menghiasnya supaya semangat saya dan kawan-kawan untuk ke universiti memuncak. Tapi hari itu saya melihat lambang univeristi itu lambang malang kerana trauma dengan kegagalan yang berlaku pada hari pertama lagi.

Pulang ke rumah saya ceritakan peristiwa yang berlaku, akibatnya saya kena marah kerana tidak serius meghadapi peperiksaan. Apa nak buat ini nasib saya. Tempat terbaik saya luahkan di tikar sejadah, sedikit ketenangan mententeramkan emosi saya. Kemudian barulah saya terfikir bahawa tindakan tengahari tadi sungguh bodoh dan dangkal sekali. Akhirnya saya malu dengan diri sendiri.

Keesokan harinya, kelas bising kerana hairan dengan lehilangan lambang-lambang universiti impian mereka. Ustaz Li juga hairan amat, pandangannya ke arah saya seolah-olah mengerti bahawa saya ada masalah diri menyebabkan perkara ini berlaku. Saya tutup syak wasangka mereka dengan jawapan yang ringkas bahawa kelas ini dalam proses pengubah suaian dan akan bertambah cantik selepas ini. Saya yakin bahawa jawapan saya belum menyakinkan mereka. Tapi cukuplah penjelasan itu menutup rahsia semalam.

Hakikatnya, semangat saya merundum jatuh dengan peristiwa itu. Saya hilang sentuhan untuk menjawab kertas-kertas lain, kerana sudah menjagkakan saya rasib semua madah lantaran gagal dalam madah Al-Quran. Saya amat bimbang andai kata episod ini berulang pada Imtihan hakiki nanti. Na'uzubillah.

Lazimnya, imtihan ini dapat membantu saya mengkaji kemampuan saya dalam menguasai semua madah dalam STAm. Kini kaedah lain sya perlu cari sebagai usaha menilai potensi untuk menghadapi STAM nanti.

Saya teringat pada pagi peristiwa itu, saya sempat menyampaikan tazkirah pagi sebelum pelajar masuk ke kelas:


"Saudara,

Ujian adalah tarbiyyah dari Allah,

Yang bakal kita hadapi,

Baik atau Sebaliknya,

Perlunya ada ketenangan dalam menghadapi masalah,

Ingatlah saudara,

Allah ingin menguji kita,

sejauh mana takwa kita kepadaNYa,

Setinggi mana kesabaran kita kepadaNya

Hakikatnya, Allah ingin mengurniakan pahala kepada Kita,

Dengan menguji kita dengan masalah"






Labels: ,

posted by tok pulai chondong @ 6:38 AM   0 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com