SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
"Musuh Allah Yang BerPHDkan Syariah"
Saturday, June 26, 2010

Salam syuhada',

Aqidah Perjuangan Islam merupakan topik asas apabila berbicara soal mahu berjuang di medan dakwah Islami. Amal Islami tanpa aqidah perjuangan bakal merosakkan amal Islami itu sendiri. Seseorang yang mantap aqidah perjuangannya tidak akan keluar dari garisan perjuangan.

Sebab itulah modul utama yang perlu diajar kepada kader dakwah ialah Aqidah Perjuangan. Kerana ia adalah batu asas untuk masuk berjuang dalam medan ini.

Ulama' yang hebat bila luntur aqidah perjuangannya akan terperosok hina di mata masyarakat. Sejarah UMNO menjadi hina apabila parti itu tiada aqidah perjuangan. Buktinya apabila parti ini menerima hasil loteri kebajikan pada awal kemerdekaan dahulu. Tuntas, sekumpulan ulama' UMNO keluar dari parti ini kerana mempertahankan aqidah perjuangan mereka.

Pulang dari syarahan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah di KUIS tadi dengan semangat ingin menjadi 'orang baru'. Orang baru yang bersifat reformist, revivalist, dan penjelajahan.

Tapi bila mendapat khabar ini hancur luluh perasaan saya. Berita 40 orang ulama masuk UMNO adalah musibah buat diri saya. Kerana mereka adalah orang muda yang beridea segar, penggerak pembaharuan, pencinta sunnah dan golongan intelektual muda yang seringkali saya baca tulisannya.

Ia adalah konflik kepada diri saya. Ini adalah musibah. Bakal menjadi fitnah kepada ilmu yang mereka bawa itu sendiri. Kerana gagasan ilmu ya
ng mereka bawa sebelum ini adalah segar di mata masyarakat.

Saya akui saya orang yang bersikap positif dengan pandangan mereka perihal pemurnian ilmu Islam itu sendiri.

Tapi tatkala mereka menyentuh prinsip perjuangan yang sedang saya lalui, saya seperti ingin menyergah mereka. Mereka ini sedang melawan arus kebenaran secara terang-terangan di hadapan masyarakat yang begitu menghormati mereka.


Mereka sedang mencarik-carikkan kepingan ijazah syariah yang mereka perolehi. Dakwat tesis PHD mereka sudah mula berbau busuk. Harum wangi Madinah di jubah mereka nampaknya semakin pudar.

Ini adalah fitnah besar terhadap Islam. Kalian golongan berilmu. Golongan mengerti. Berpengaruh kepada masyarakat. Ini strategi jahat. Yang melemahkan Islam. Membunuh harapan ramai.


Saya bimbang sekali, fitnah yang tidur bakal bangun kembali dan kalian menjadi mangsanya.

Ini adalaha catatan sayang dan rindu kepada kalian. Tatkala itu saya teringat kepada pesan seorang sahabat sebelum berlepas ke luar negara, :

"Perangi aku jika aku berada di medan yang bertentangan denga
nmu, Aku bersyukur jika kamu memerangi ku supaya aku kembali semula ke medan kebenaran. Dan aku juga akan memerangimu jika kamu juga terpesong ke medan yang bertentangan."

Malam ini adalah malam air mata meratapi pemergian kalian ke medan yang bertentangan ini. Sedikitpun kalian tidak boleh menggunakan dakwah atau ilmu kalian untuk menjustifikasikan ia sebagai benar.

Saya selitkan status di FB Ustaz Hasrizal sebagai muhasabah bersama :
Yusuf terpenjara akibat fitnah, usaha untuk keluar dgn 'bantuan Raja' tidak diperkenankan Allah [12:42]. Yusuf tidak layak dilepaskan dgn belas ihsan. Sbg mangsa fitnah, baginda mesti dibela dgn keadilan. Mampukah masuk UMNO meraih belas ihsan UMNO untuk terhindar daripada fitnah Wahhabi - JI yang difitnahkan itu? Deklarasi iman ialah 'penjara itu lebih kusukai berbanding apa yg mereka serukan aku kepadanya' [12:33]

Labels: , ,

posted by tok pulai chondong @ 2:12 AM   8 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com