SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Peristiwa Yang Mendewasakan
Sunday, January 20, 2008





Menjengah ke sebulan saya berada di maahad ini untuk tahun 2008 terasa masih lagi sama pada tahun-tahun yang berlalu. Sikap masih sama. Macam tidak ada perubahan dalam diri. Berikut dicatatkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekolah.


Denda Bersih Tandas


Inilah pengalaman yang tak kan saya lupai. Akibat lewat ke sekolah saya bersama beberapa orang pelajar lain dikenakan hukuman bersih tandas sekolah. Beruwek-uweks la sampai habis bersih tandas. Buat sekian kalinya saya lewat ke sekolah setelah beberapa kali lewat. sebelum ni dirotan oleh Cikgu Moktar. Sedangkan saya adalah pengawas, exco dakwah dan naqib usrah, tetapi disiplin nampaknya macam hancur je. Sudah tentunya adik-adik lain duk ngumpat hal saya ketika duk menggelek motorsikal pada jam 8.00 pagi. Ish..ish..ish. Hari ni sekali lagi saya terlewat, tetapi saya buat tak hirau je arahan pengawas bertugas suruh letak motor kat medan perhimpunan. saya berani la sebab cikguTar duk hujung bangunan sana. Lagipun saya lewat sepuluh minit je. Bukan lamapun. Kesian budak pengawas tu, dia anak usrah saya mesti pelik dengan feel perangai saya..


Tak Matched @ Tak Mature


Setiap kali Ustazah masuk kelas bebelannya semakin panjang. Entahla adakah semakin panjang bebelannya selepas ini. "Awak ni tak matchedla, ingat ini Tingkatan 6 bukan tingkatan 5. Pelajar STAM tahun lepas bukan macam ni la. Hoh, orang tanya tak tahu, orang ngajar duk kecek. Perasan pandai sangat, tapi tok tahu gapo." Itulah bebelannya apabila masuk kelas. Kadang-kadang panas juga hati ni, tapi diorang ni buat muka seposen je. Itulah yang bertambah bekengnya Ustazah Raihan.


Dan saya bertambah nakal dan suka sangat menyakat ustazah ni. Tahun lepas saya pernah berasa hati dengan dia sampai tak bercakap dengan ustazah lain keranasatu peristiwa. Apa ke patut saya diundi sebagai pengerusi persatuan bahasa arab, last2 pelajar tingkatan 6 jadi pengerusi ganti saya tanpa beritahu. Bukan saya sahaja yang ditukar tetapi sahabat saya yang menduduki majlis tertinggi Persatuan Bahasa Arab juga ditukar. Macam konspirasi menjatuhkan saya la. Keesokan harinya Ustazah ni jumpa saya dan dia kata dengan senang dan mudahnya, "Syi**n, anta saya tukar dengan orang lain pengerusi bahasa arab sebab awak ni sibuk sangat, takut tak sempat nak belajar." Pada mulanya saya terus bersetuju sahaja, kemudian bila dia melangkah meninggalkan saya, saya membalas dengan kata-kata ini,




"Ustazah, saya rasa hal ini perlu bermesyuarat dulu, dan saya perlu fikirkan dahulu sebelum saya melepaskan jawatan ini." Saya berkata dengan nada yang hemat. Tapi jawapan ustazah sungguh menghiris hati saya, "La, anta nak lagi ke jawatan ni." Sejurus selepas itu dia meninggalkan saya.




Saya sungguh tertekan


Jawapan yang diberikan ustazah tadi menggambarkan seolah-olah saya gilakan jawatan. Tertekan bila memikirkannya, apa yang lebih menyakitkan hati saya adalah orang yang menggantikan saya adalah musuh saya. Musuh dalam perjuangan. Penganggu dalam segenap urusan saya. Dan dua hari sebelum itu hasrat saya untuk menyertai perbahasan bahasa arab mewakili sekolah juga turut terhalang, dan orang yang berkait dalam peristiwa menjatuhkan saya juga berkait dalam menghalang penyertaan saya dalam perbahasan ini.




Seminggu saya berjaga malam mencari isi dan membuat rujukan untuk menyertai perbahasan ini. Peluang yang diberikan oleh ustazah untuk menyertai perbahsan ini saya gunakan sebaik-baiknya. Tapi apa yang saya kurang selesa adalah musuh saya juga turut terlibat dalam kumpulan perbahasan ini. Apa tidaknya, baru sebulan masuk sekolah ni dah berlagak dan asyik duk bodek ustazah. Pembodek ni memang pandai cucuk jarum.


Tetapi malangnya sehari sebelum pertandingan tiba-tiba mudir membatalkan penyertaan untuk menyertai perbahasan ini. Itupun ustazah yang memberitahu kepada saya, saya pun apa lagi bertanyalah kenapa. Ustazah tu jawab, "Mudir tak mahu jadi tuan rumah dan Maahad Indera Petra pun tak sanggup jadi tuan rumah, jadi terpaksalah kita tarik diri," jawab ustazah dengan nada yang tak bersahaja. Saya pun apa lagi terus naik darah dan saya bertanya, "Kenapa kita perlu tarik diri ustazah!" Saya sedikit melenting.



"Anta tanya la sendiri pada mudir."


"Ustaz, kenapa kita kena tarik diri?" Saya macam menyergah kepada ustaz sambil berharap agar ustaz tidak jadi menarik diri dalam pertandingan ini. Dan jawapan daripada seoran ustaz yang amat saya kagumi begitu mrenghancurkan perasaan saya. Katanya, "Masuk tanding pun kalah juga, baik tak payah masuk." Dan kata-kata ini mengakhiri harapan saya yang begitu teruja untuk menyertai perbahasan ini. Saya menunggu 2 tahun untuk menyertainya tapi sayang nasib tidak menyebelahi saya.




Dan air matalah yang mengiringi bersama saya. Sejak dua peristiwa itu saya nekad mengakhiri karier saya dalam bidang syarahan atau apa-apa pertandingan dan tahun lepas menyaksikan saya menolak kesemua acara pertandingan ilmiah yang begitu favourite dengan diri saya. Perbahasan, tafsir ayat Quran, multimedia dan berkhutbah. Semuanya itu saya lepaskan walaupun terasa benar ingin menyertainya. Maruah saya begitu tercalar sejak peristiwa itu.





Letih & Lelah Bersama Saya


Sepanjang bulan ini saya begitu sibuk dengan pelbagai tugas yang begitu meletihkan saya. Program Qiamullail berturut-turut diadakan dalam masa 2 minggu ni. Pembahagian anak usrah begitu membebankan saya. Boleh dikatakan setiap hari saya terperap dalam bilik kurikulum sibuk menaip surat menyurat berkisar mesyuarat guru dakwah dan sebagainya. Hujung minggu ni pula saya selama 3 hari menyertai program kepimpinan anjuran bekas pelajar. Mujurlah saya sebagai AJK dalam program itu. Ringanlah sikit beban saya daripada menjadi peserta.




Semalam badan saya lenguh-lenguh kerana menyiapkan garisan di padang sekolah. Malang sekali saya seorang sahaja melakukannya, sedangkan yang lain tidak hadir. Manakala pelajar asrama takdepun yang nak tolong. Adakah saya seorang ni pak sanggup? sanggup melakukan apa sahaja. Tetapi saya benar-benar mahu meringan beban guru sekolah, sebab itulah saya turut bersama.




Ikhlaskah saya? Semoga amal yang dilakukan oleh saya diterimaNya. Satu lagi saya harap, agar saya memperolehi keberkatan dari guru-guru yang mengajar dan perangai buruk saya semoga Allah membuangnya. Saya tidak mengharap dihargai teapi cukuplah pengorbanan ini mendewasakan dir saya..






Labels:

posted by tok pulai chondong @ 1:21 AM   0 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com