SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Perasaan Kosong
Thursday, July 03, 2008
Lama tidak menulis, lantaran timbunan tugas yang menghimpit. Tugas sebagai seorang pelajar di sebuah sekolah agama semakin hari semakin mencabar jiwa dan perasaan. Emosi semakin menjadi-jadi. Fikiran kosong, amarah meruap-ruap, perasaan muak dan letih menguasai diri.

Kini, saya merasakan diri ini seakan sudah beralah. Tiada manfaat lagi untuk diberikan kepada orang lain. Sudah tidak ada apa-apa yang ingin dibuktikan. Dan saya rasakan tiada siapa lagi yang mahukan" apa-apa" dari saya, kerana sudah banyak "perkara" yang diharapkan dari saya, mengecewakan mereka. Saya sudah malas membina harapan, cukuplah angan-angan mengisi ruang kosong masa rehat saya.

Saya seperti orang yang kecewa, redup wajah saya membawa pelbagai tafsiran orang sekeliling. Sebenarnya saya sudah tidak mampu menutup perasaan sedih yang menghantui jiwa-raga. Sedih dengan hakikat diri, yang sebenarnya sudah tidak mampu, tapi masih berlagak dengan kemampuan yang sedikit.

Kini saya sedar bahawa saya telah mengecewakan Ummi saya. Sepatutnya usia ini sudah mampu memberikan kegembiraan kepadanya, tapi masih gagal. Bukti bahawa saya sudah mengecewakannya ialah semasa majlis penyerahan markah peperiksaan pertengahan tahun di sekolah Ummi telah meluahkan perasaan kecewa kepada tuan pengetua. Ummi beritahu bahawa saya gagal mendapat tawaran ke universiti lantaran tugas luar yang banyak diberikan pihak sekolah kepada saya. Jelas, ibu kecewa dengan saya kerana gagal mendapat tempat di universiti. Saya gagal menunaikan impian keluarga. Jadi saya kecewa.

Kini saya sedar bahawa saya telah mengecewakan guru saya. Selama tujuh tahun saya berada di maahad ini, inilah saat-saat getir saya hadapi dalam suasana berguru. Sepatutnya saya sudah matang untuk menjaga perasaan guru, tetapi saya gagal. Gagal membaca isi hati guru, gagal menjaga perasaan guru, jelasnya adalah gagal menjadi seorang anak didik yang perlu menghormati guru. Bukti bahawa saya telah mengecewakan guru saya ialah mesej yang dibalas oleh seorang ustazah kepada saya; " make hati lama dah dgn puak anta."Jadi saya terkedu, saya adalah insan yang mengecewakan guru tanpa saya sedari. Jadi saya adalah orang yang mengecewakan guru.

Kini saya sedar, saya telah mengecewakan sahabat saya. Selama bertahun saya aktif dalam badan dakwah, semalam saya mendapat mesej daripada junior saya yang ingin meletak jawatan dalam badan dakwah. Mesejnya berbunyi, "ana ade prblm dlm rumah dan pelajaran, ana juz bagitahu ingin letak jawatan sebagai timbalan & naqib." Jelas saya sudah gagal dalam bersahabat. Saya tidak berjaya mendidik anak dakwah saya untuk sama-sama memahami tanggungjawab sebagai da'ie. Saya gagal memahami isi hati anak dakwah saya. Sepatutnya saya boleh memujuk, tapi saya sudah gagal. Ia saya gagal.

Kini saya sedar, saya telah mengecewakan diri saya sendiri. Saya tidak pandai menjaga emosi saya. Saya tidak pandai menjaga perasaan saya. Saya menjadi orang yang mudah terluka, sensitif, sunyi, kosong. Daya berfikir saya mula lemah, saya menjadi sukar memahami pelajaran yang diajar, saya menjadi payah dalam menghafal, saya menjadi lemah bersuara. Saya semakin mudah mengeluarkan air mata. Saya semakin tidak terurus. Bukti bahawa saya telah mengecewakan diri saya.

Allah, mengapa saya kini menjadi orang yang bersedih? Ini bukan diri saya! Saya adalah periang! Saya adalah pemikir! Saya adalah saya yang seperti seadanya.

Allah, ujian apa yang ingin diturunkan.
Allah, keluarkan saya dalam kemelut ini.
Allah, damaikan perasaan ini.
Allah, aku malu dengan dosa lalu.
Allah, hilangkan rasa sedih ini.
Allah, wajakan perasaan ini.

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 3:16 PM   0 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com