"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada"
- Sheikh Abdul Qadir Audah -
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Ini kain rentang Kem Mendaki Puncak SPM & STAM, ia bakal mengundang kontroversi.
Kumbang ini sedang menikmati manisnya madu bunga putih itu. Gambar ini di ambil belakang rumah saya.
Burung ini sedang merenung sesuatu. Indahnya ciptaan Ilahi, ini bukan di taman bunga, tetapi di taman rumah saya.
Ahlan Wasahlan adik-adik yang begitu gembira datang untuk belajar Quran di rumah saya. Sekarang ini rumah saya menjadi Pusat Pengajian Al-Quran yang diuruskan oleh abah. Sungguh ceria dan comel kanak-kanak ini. Yang cute dan ayu tu baru darjah tiga, namanya Puteri Qistina. Yang pakai baju putih tu adalah insan istimewa, nampak matang, umurnya baru enam tahun, idham namanya, menurut cerita, doktor tersalah beri hormon masa dia kecil dahulu.
Mengajar kanak-kanak ini menyebabkan jiwa rasa tenang, kerana mereka masih bersih dari dosa. Allahu Akbar. Astaghfirullah.