SI SYAHID

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

 
Mutiara Kata
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.

Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara.Dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.

Bahasa Jiwa
Yang jauh adalah masa yang berlalu
Yang dekat adalah saat datangnya mati
Yang berat adalah memegang amanah
Yang ringan adalah berbuat dosa sesama manusia dan meninggalkan solat
Yang besar adalah hawa nafsu manusia yang tidak pernah mencapai kepuasan....
Jalinan Ukhuwwah

Tiupan Jihad

ShoutMix chat widget
My Schedule
Bumi Maarif Ku Tinggalkan Sepi
Friday, November 14, 2008

Akhirnya bumi Syamsul Maarif ku tinggalkan sepi, dengan seribu kenangan bermakna. Bumi hijau ini telah melekatkan rinduku padanya. Sesungguhnya perjalanan jauh aku di bumi ini, banyak membina keperibadianku. Tempoh tujuh tahunku di sini, adalah proses yang lama dan membawa seribu makna penting dalam erti hidupku. Ingin sekali aku bukukan kisahku di sini. Kisah aku dan konflik diri, aku dan cita-cita, aku dan pelajaran, aku dan guru, aku dan persatuan,aku dan dakwah, aku dan persahabatan, aku dan pemberontakan, aku dan semangat tajdid, aku dan semangat ingin merobah arus aku dan sebuah nama Syamsul Maarif. 2002 hingga 2008 merekodkan segala-galanya perjalnanku di Jalan Joh ini, bumi permai yang menenangkan jiwa.

2002 - Aku jejak langkah ke sini dengan sebuah harapan biarlah bumi ini dapat mentarbiahkan aku mencapai cita-cita untuk menjadi ulama' dan penghafaz Al-Quran. Kisah permulaan aku belajar di sini, hari pertama aku bergaduh dengan seorang insan hanya kerana lencana. Kisah aku dan kelas tahfiz Al-Quran. Susasana sedih di rumah sewa. Bayangkan 24 orang duduk berhimpit di dalam rumah sewa. Suana baru mengenal bahasa arab.........

Kisah aku semakin menarik, aku terpaksa tinggal bersama pelajar kelas tahfiz yang nakal dan jahat. Mulai waktu itu perangai aku mulai berubah, aku menjadi pemberontak, kisah aku terpaksa bersekongkol dengan kejahatan mereka, aku benci melihat mereka ponteng, merokok, dan bermain daun terup. Aku tak dapat untuk mengasingkan diri dan hidup bersama merka........
aku dilantik menjadi pengawas, kerana aku cute dan kemas. Dua tahun berturut-turut aku dipuji oleh guru disiplin kerana keterampilanku berpakaian

2003- Perjalanan hidup aku teruskan lagi di bumi Maarif, aku takut dengan guru disiplin yang garang, . Kisah aku dan rakan setingkatan yang jahat dan nakal. Mereka suka membuli dan aku sentiasa bertikam lidah sehingga membawa kepada pergaduhan....ramai dikalangan mereka orang yang kampung-kampung dan sederhana hidup.....Aku mulai kenal ramai sahbat yang baik..Aku juga seorang pereport yang tegar...Tapi disiplin aku sebagai pengawas agak kurang, kadang-kadang aku sekepala dengan budak jahat, akhirnya aku direhatkan daripada menjadi pengawas.

Kisah aku dengan rumah sewa Taman Ilmu, hidup dalam kedhaifan dengan rumah yang menjadi sarang kelawar..bagaimana aku jatuh dari siling rumah dan seterusnya kami ahli rumah sewa bergaduh dengan Ustaz kerana tidak sanggup lagi tinggal di rumah sewa yang dipenuhi tahi kelawar. Kami diblacklist nama dari menduduki rumah sewa. Sejak hari tu aku mengelak untuk bertemu dengan ustaz..

2004 - Aku semakin dewasa, aku antara yang tertinggi prestasi pembelajaran. Ketika itu saingan ku adalah Mazwan, seorang sahabat yang dekat denganku. Aku ingin berjaya dalam PMRU, aku mahu berpindah dari sekolah ini, kerana aku sudah tidak tahan dengan guru disiplin yang garang dan rakan-rakan yang nakal. Aku mahu cemerlang, cita-citaku adalah aku mesti ke Maahad Muhammadi tahun hadapan.

2005- Tahun yang menguji aku dan persahabatan. Tahun yang menyaksikan krisis pembelajaran, Bayangkan kami mempunyai tiga orang guru matematik dalam masa setahun. Sukarnya aku menghadapi pembelajaran, aku sempat ke pusat tuisyen sebulan, kemudian aku keluar kerana tidak tahan dengan sosial di pusat tuisyen. Di sinilah aku mulai bekarya, akulah perintis kepada penerbitan majalah PERMATA. Aku masih ingat aku berjaya menjual lebih seratus naskhah majalah hasil idea aku sendiri untuk persatuan pelajar tingkatan tiga. Aku mulai melihat perubahan pada kawan-kawanku. Mereka sudah mengenal cinta, sudah pandai bermain motor, sudah ada yang rempit..dan pelbagai lagi sikap yang mulai aku tak berkenan.

2006- Perpindahan beramai-ramai guru, dan berlakunya perubahan budaya, Aku membatalkan niat untuk ke Maahad. Di sini aku mulai mengenal mutiara ilmu. Aku dan seorang guru yang begitu akrab. Aku mulai hebat dalam persatuan dakwah. Aku begitu aktif dalam pelbagai pertandingan ilmiah, syarahan, multimedia dan sebagainya.

2007 - Tahun ini berlaku lagi ramai perpindahan guru-guru. Aku begitu sedih dengan perpindahan aljabali, Murabbiku yang begitu akrab dengan anak muridnya. Tahun ini antara impian dan sebuah cita-cita. SPMku perlu cemerlang. Tapi tahun ini merekodkan pelbagai peristiwa sedih. Kisah aku gagal menyertai perdebatan Bahasa Arab kerana tiada kelulusan pentadbiran. Aku b egitu kecewa kerana impian yang sudah bertahun lama tidak menjadi kenyataan. Berhari-hari aku berjaga malam untuk pertandingan ini....Kisah aku dan perstuan, bagaimana aku dipecat daripada menjadi pengerusi persatuan bahasa arab tanpa perbincanganku. Kisah itu menyebabkan aku dua bulan tidak bercakap dengan Ustazah. ..Sejak hari itu aku berpatah arang untuk menyertai pelbagai pertandingan seperti syarahan dan pertandingan multimedia yang menjadi minatku. Aku memang begitu kecewa. Aku memendam rasa begitu lama.

2008- Tahun akhir aku di sini..pelbagai peristiwa menarik gembira, sedih dan melucukan. Kisah aku menolak tawaran untuk pertandingan Bahasa Arab, walaupun dalam hati aku bertempik bahawa aku mahu sangat menyertainya. Aku merancang pelbagai program untuk pelajar tingkatan enam. Biarlah tahun ini menjadi tahun kenangan untuk kita. Program Munajat Sempena pilihan raya, hari keluarga pelajar Tin gkatan Enam......tahun ini aku kehilangan ramai sahabat yang berjaya ke menara gading sedang aku terkontang-kanting di sini. Cita-cita untuk cemerlang dalam STAM, sebagai batu loncatan ke luar negara. Di sinlah segalanya..baru aku memahami kasih sayang guru dan sahabat.Aku menemui nilai didikan dn kasih sang murabbi kepada sang tholib. Syukran Ya Murabbi!!!!!!

InsyaAllah akan ku bukukan kenangan lalu ini. Biarlah 7 tahun di bumi Maarif memberi makna yang besar kepada aku dan sahabat....

Labels:

posted by tok pulai chondong @ 3:58 PM   0 comments
About Me

Name: tok pulai chondong
Home: Kelantan, Malaysia
About Me: Duta Penyelamat & Kasih Sayang
See my complete profile
Previous Post
USRATI
Ulama'
Pautan Ilmu
Pautan Maklumat
Pergerakan
Archives
Powered by

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 SI SYAHID Template by Isnaini Dot Com